Sunday, November 28, 2010

Mr.Right Lena Pagi Petang

Hai semua,

Dah lama rasanya aku tak update blog..Bizi yang amat..dengan keje opis lagi dengan keje rumah lagi...dengan bizi body lagi...hehehe..adoiiiiiiiiiii penat betul semalam join treasure hunt kat opis cuaca panas yarabbiiii ...sebelum tu dah memang letih dah ...2 hari aku merewang sekitar manjung - lumut - sitiawan...dengan my best partner..Puan Linda...untuk event nie...letih woiiiiii MySpace...sampai demam kawan aku tuh.....dia nie memang semangat waja wish..heheh


pasal treasure hunt aku tak nak citer..yang tu aku serah pada yang arif  yaitu Mr.Right ..sebab semua yang berlaku dia dah simpan dalam kotak memori dia..aku tak larat nak ingat dah....tapi tak tau la bila nak update..sebab nyer balik dari treasure hunt..Mr.Right  telah mengalami demam yang agak teruk dicampur dengan sakit kepala...malam tu pulak nak masuk keje pulak..kalau aku la..dengan demam-2 nak masuk keje..mau berbaldi air mata yang kuar.tapi Mr.right nie keje shift susah nak cari orang ganti...nak-2 weekend..aku mula la susah hati dengan Mr.right nie..sebab tangan kaki sejuk biru..badan panas yarabbi..aku apa lagi terus la bertukar jadi misi ( nurse ) yang tak bertauliah.cari ubat sakit pala...paksa jugak soh makan....paksa minum air banyak..( nie jer yang mampu aku buat - sebab tu jadi misi yang tak bertauliah ).hopefully boleh fast recover....


Mr.Right dah ada kat opis.n dalam kul 9 lbh aku msg tanya perubahan...dia kata ok..aku agak lega..n boleh la tdo dengan nyenyak nya.zzzzzzzzzzzzzz.pagi ni aku tunggu dia balik...adoiiiiiiiiiiii muka macam cuka masam...rupanya..lagi teruk....aku pun mulakan tugas jadi misi ...beli air cap badak/buat sooh hoon goreng kicap/prepare ubat/ bancuh air...letak semua dalam bilik..dan macam portable klinik dah bilik aku...tapi takper janji Mr.Right boleh recover sebab mlm nie nak keje lagi..dia dah start tdo...lama la jugak..bangun solat..pas tu sambung balik..n dalam kul 5 lbh dia dah  start ngadu kaki kejang n sakit pala....aku pun tak tau apa nak buat.last-2 aku tingat  salah satu cara kalau sakit kepala kita urut ibu jari kaki ( bahagian tepi ) sampai dia rasa sakit...ok lah jugak boleh laaaa...lega la sikit..kaki pulak aku urut sikit-2 jer..aku ingat camner makcik yang aku selalu p ngurut buat kat aku..nie pun not bad..boleh laaaaa....


dah selesai sumer..p kat dapur ambik ais batu letak dalam kain towel..biar cair sikit..pas tu tuam /demah kat kepala..lama la jugak dari ais batu tu sebesar penumbuk aku sampai la jadi sebesar penumbuk dina...naik kebas tangan aku..sejukkkkkk heheheh.


Mr.Right pun dah selamat p keje ( night shift )..hopefully dia dah tak macam semalam....


Untuk Mr.Right hari nie aku buat Sup ketam dengan telur dadar jer..dah menjadi kebiasaan..kalau anak-2 demam aku akan masak sup jugak untuk bagi cepat kebah..



Telur dadar xder..dah selesaiiiiiii..







Sunday, November 14, 2010

Powerman Malaysia Preliminary Result



Alhamdulillah..berjaya dapat ranking pertama utk kategori Malakoff Sprint Relay..Official timing result run-cycle-run diperolehi dari website powerman.com.my 2jam 22 minit dan 17 saat..dan juga diperolehi dari Bernama Online http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=543118

Team aku, Malakoff Cycling Club berjaya tamatkan event ni dengan 2jam 22 minit 17 saat..terlebih 1 minit dari result tahun lepas, 2jam 21minit 51 saat..Tapi tahun lepas team aku dapat ranking ke 2 dalam kategori yang sama..

Thanks to Rizal & Fairus, superb runner...hari ni mmg laju, walaupon masing2 cakap tak training langsung..Apa pon tahniah, kita dapat membuat catatan peribadi terbaik...Thanks to 9W2SEV for full support..
1st runner,Rizal(topi oren).

Slooow mo0oo..
Mije-Sprint event

Tahniah juga pada 9W2BGR, berjaya tamatkan race walaupon selepas cut-off time,tu pon sebab dah cramp pada last 10km running..tekad & keberanian untuk buat full individual mmg aku tabik walaupon baru 1st time join powerman..

The individual and Relay categories involve a 11km run, followed by a 64km bike ride, ending with another 10km run, while the Malakoff Sprint Duathlon category comprise a 5.5km run, leading to a 32km bike ride and end with a 5km run.


Results:

Men Elite:

1. Joerie Vansteelant (Belgium) 2'40:44

2. Rob Woestenborghs (Belgium) 2'45:06

3. VSoren Bystrup Jacobsen (Denmark) 2'46:29

Sprint:

1. Robert Skazidroga (Germany) 1'34:03

2. Mark John Williams (United Kingdom) 1'35:27

3. Mohd Fitri Saman (Malaysia) 1'37:13

Relay:

1. PSL 2 ATM (Malaysia) 2'48:44

2. Tranz TT (Malaysia) 3'19:26

3. Rodjana (Malaysia) 3'20:41

Women's Elite:

1. Radka Vodickova (Czech Rep) 3'01:57

2. Camilla Lindholm (Sweden) 3'03:05

3. Michelle Ann Parsons (United Kingdom) 3'12:48

Relay:

1. Chay Liying Michelle (Singapore) 1'47:19

2. Apple Lim (Malaysia) 1'47:37

3. Adrienne Low (Singapore) 1'56:31

Sprint Relay:

1. Malakoff Cycling Club (Malaysia) 2'22:37


2. Kelabing (Malaysia) 2'28:37

Mixed Team Relay:

1. PSL TLDM (Malaysia) 3'25:49

2. Mr K (Malaysia) 3'34:34

3. KRI 2 (Malaysia, Myanmar) 3'36:51

-- BERNAMA

Saturday, November 13, 2010

Malakoff Power Relay



Agak lewat jugak keluar dari umah petang tadi, sedap tido..huhuhu..sampai je kat stadium manjung, runner aku,Rizal dah sedia menanti..race kit pon dah collect, pak hamid tolong collect..Race number 3002 utk Malakoff Power Relay..






Lepas amik race kit, masuk sekejap dalam dewan jumpa cikgu eimiza (9W2BGR) dgn ash..ronda2 pusing tengok jualan running shoe, cycling shoe, jersey..tapi takde beli apa pon..cuma beli power gel je 6, free 1..satu RM6..tarikh luput Jun 2011, boleh buat stok utk kayuh interstate ujung tahun nnt...

T-shirt pon not bad laa..quick dry dan design still sama..cuma design depan je lain..tambah lagi koleksi t-shirt powerman..




Beskal pon dah setup cun2..race number pon dah tampal..semua dah ready..harap2 cuaca cantik esok pagi, mcm hari ni cuaca cerah sepanjang hari..semoga semuanya berada pada tip top condition..dan yang penting enjoy the race...



All the best utk semua duathlete...!!!!

Friday, November 12, 2010

Powerman Malaysia 2010


Mengantuukkk..!!! baru je balik keje, malam tadi cover syif Halim..Jap lagi nak setup beskal, cuci2 sket bior berkilat & semoga esok kayuh pon laju macam kilat..huhuhu... balik dari kayuh MAD Kluang terus simpan beskal dlm bilik tak bercuci..training pun tak utk event powerman esok 14 Nov 2010..

Petang ni nak ke stadium manjung untuk collect race number & goodie bag..bertambah lagi koleksi t-shirt powerman start masuk dulu dari tahun 2005..dah 5 tahun dah..takde pencapaian ranking yg boleh dibanggakan..setakat kepuasan diri je..dan support event company aku, Malakoff..lagipon kitorang masuk free je..hehehe..

Run 11km, Bike 60km, Run 10km..sememangnya aku tak boleh berlari sejauh tuu..dulu muda2 sakan sangat merempit, kona baring sampai cecah lutut..sekarang rasa laa akibatnya..Bab2 lari, aku serahkan pada yang pakar biar diorang yang setelkan..aku setelkan yang kayuh tuu, no problem..nnt aku kawtim..korang standby jee kat transition area..

Malam ni macam biasa carbo-loading utk Malakoff Cycling Team, pihak media, race coordinator & pihak penaja..Kali ni buat kat Restoran ikan bakar jugak mcm tahun2 lepas cuma di restoran yang berbeza..

All the best pada Cikgu Eimiza (9W2BGR), 1st time buat full individual race 11km-60km-10km..memang aku tabikkkkk aarrr...

Thursday, November 11, 2010

Hari Anugerah SK Pengkalan Baharu


Hari ni 111110, aku & SEV amik cuti sebab ada Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah Azim..Dapat surat dari pihak sekolah 2 hari lepas, Azim bukan main excited lagi nak tunjuk kat aku..dah berkomplot dgn SEV siap call lagi, suh balik cepat baca surat tu & isi borang maklum balas untuk kehadiran pada hari anugerah..selagi tak isi borang tu, selagi tuu laa dia dok usung sana sini...




Peperiksaan akhir tahun ni, keputusan Azim sedikit merosot dari segi permarkahan walaupon still lagi dapat A..So dapat no 2 je dalam kelas..tu pon berkat kesungguhan & kesabaran SEV setiap malam menjadi guru tuisyen dia kat rumah..aku takde bakat mengajar, takut dia lari rumah pulak nnt..ada ke nak belajar dok depan TV, kang dgn dia & TV tu sekali lepas keluar..hik..hik..hik...

Masa exam pertengahan tahun hari tu dapat no 1...tapi persaingan dalam kelas dia mmg hebat, ada 2,3 student yang sentiasa dok cucuk angin bak kata mat rempit, silap sket je kompom depa akan dapat potong ranking walaupon kelebihan 1 atau 2 markah..

Dapat no 2 pon aku & SEV dah bersyukur sesangat..aku dulu pon exam tak pernah dapat dok dalam TOP 10, asyik tercorot jee..Dapat no 2 dlm kelas pon still satu keputusan yang boleh dipuji dan Azim jugak dapat 2 anugerah Mata Pelajaran Terbaik utk Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia..Siap dapat duit lagi,untuk ranking no 2 dlm kelas dapat RM8 dan untuk 2 mata pelajaran terbaik RM10..
Aku bahasa malaysia pon tak berapa nak betul, ini kan pulak bahasa inggeris mmg hacussss laa, maklum laa duduk kat Korea lama sangat...huhuhuhu..



Dari segi kedatangan ke sekolah pulak..emmm, like father like son laa...bukan ponteng, tapi amik "annual leave"..hahaha...Dari 494 student dlm sekolah tuu, hanya 39 org je rekod bersih utk kedatangan dlm setahun...yang sekelas dgn Azim ada kot tadi 4 org yg dpt sijil penuh kedatangan..yang lain2 termasuk Azim, paham2 sendiri laa..

UPSR 2010 pon merosot, yang dapat 5A 3 org je, tu pon semua pompuan...tahun 2009 ada jugak 9 org yg dapat 5A...tak pasti laa kat mana silapnya..harap2 pihak sekolah dapat la membuat RCA bagi menangani jika ada sebarang masalah...

Apapon aku sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih pada guru kelas Azim & jugak guru lain SK Pengkalan Baharu diatas segala ilmu,didikan dan pengorbanan yang dicurahkan...Hanya Allah sahaja dapat membalasnya...Pinjam sat ayat Nordin, cikgu2 & cikgi2.."keep up the good work.."

Thursday, November 4, 2010

Malakoff Interstate Fellowship Ride 2010/2011


http://www.kotrt.com.my/fellowship_main.html

Dapat email dari Malakoff HQ:

It’s the last event of the year and the opening event of 2011 – presenting the Malakoff Interstate Fellowship Ride!

The event will cover 2 days of cycling around Penang Island, starting from Youth Park, Penang and crossing Penang Bridge on the second day for the ride into Perak and Kedah, that ends in Autocity Juru.

The distance for Day 1 is 60km, and Day 2 will be approximately 170km.

Registration fee is RM50 and a cycling jersey will be given out to cyclists.



The inaugural ride last year attracted 700 participants. This year, the ride is expected to attract 1,000 participants.

This year’s fellowship ride aims to raise at least RM50,000 to be donated to charities. Last year, we donated RM30,000 to NASOM.

This ride is organised and ‘powered’ by Malakoff in collaboration with the Knight of the Round Table (KOTRT) cycling club (technical), Penang State Government (Support), Majlis Sukan Pulau Pinang (Coordination), Auto City and Youth Park (Venues), Delta (Registration), Majlis Perbandaran Seberang Pulai Pinang (MPPP) and Majlis Perbandaran Seberang Perai (logistics) and PDRM (road safety).

Monday, November 1, 2010

Go Kart

Layanzzzz...!!!!




Macam tahun lepas...yearly company punya tournament event, GO KART & PAINTBALL...tapi aku tak main paintball, sempat main go kart je..tu pon masuk takat semi final je, dah kalah..dapat laa main 3 stages, 1 stage 8 laps..itu pon dah cukup laa, menggigil tangan pegang stering...huhuhu...sakit tangan dari ujung jari sampai ke bahu...kayuh basikal pon rasa tak seteruk macam ni..sampai kena layan panad0l extend...
Disebabkan ramai yg tak turun main go kart petang tuu, jadi ada laa seat kosong pada sapa2 yang tak register tapi teringin nak main...suh SEV main, dia takm0..last2 ajak Kak Pah GB3 main go kart..Kak Pah bawak go kart mcm layan pegi pasar..sloowww moooo je...hehehe..



Cukup puas hati..!!! Sampai koyak kulit stering tuu aku punya berpaut..hahahaha...Tengkiu pada Shukord sbb tolong amik gambo..terbaeeekkk bro..!!!

"Ini lah sukan permotoran yang paling merbahaya di muka bumi..." sapa yang cakap..? hanya geng2 LPP je yang tahu...

Lepas abis main go kart kat manjung terus gerak balik taiping..monitor rakan2 HAM ada kat wan seafood dok eyeball..tapi disebabkan sakit badan layan go kart, malas aku nak kuar mlm minggu kelmarin..layan bola Kelantan vs N9, last2 tertido..sempat tgk sampai 1st half je..

Azim pulak demam, badan dah panas..so aku temankan azim tido je la seharian hari ahad tuu, dari pagi sampai petang...kesian tengok azim tido sorang2..huhuhu...Petang lepas asar baru bergerak pi rumah shariman, hantar laksa mee..kemudian terus pi beli barang2 dapor untuk rumah taiping yg dah kehabisan stok...