Tuesday, February 19, 2013

Bercuti di Columbia




Check in kat Columbia Asia Taiping hari Isnin lepas, 18 Feb 2013, genap umur Iqbal a.k.a Amin 1 tahun 4 bulan..dah teruk sangat batuk berkahak hakkk tuiiihh sampai mengganggu tido dia..sebelum ni tiap2 bulan pegi buat Neb kat Klinik Pantai Medic je..Klinik ni je yg buka 24jam kat area sini..Bila kena je serangan penat lelah ni terutama bila start masuk musim sejuk, mmg bawak ke klinik ni je laa..Sehari 2 kali, pagi dan malam buat nebuliser.



Memandangkan keadaan amin yang tak stabil, wife aku ajak pi try bawak amin ke hospital pulak, so pagi tu lepas hantar azim & dina ke sekolah terus bersiap ke Columbia..Naluri hati wife aku memang nak sangat try kat hospital. Kebetulan aku memang off day so bawak la ke Columbia. Lepas dapat consultation dari Doktor Fabian, dia suggested untuk tahan amin kat wad sehari..at least dia boleh bagi neb every 4 hours dan memantau keadaan amin. Selama ni neb 2 kali sehari tu tak cukup untuk dia.



Mujur la amin dah pernah buat neb sebelum ni, so takde masalah la untuk dia. Rileks jeee pakai mask & sedut gas..Maybe dia rasa lega, lapang dada bila gas tu masuk ke dalam saluran pernafasan..walaupon dok penat, lelah, asthma segala..tapi still aktif berlari sana sini dalam bilik..nasib baik la amik bilik sorang, kalau kongsi bilik dengan orang lain, kompom pesakit sebelah jadi stress..dalam bilik siap main bola lagi..aku memang bawak spare bola tu sebab aku tau hidup dia akan boring tanpa bola..nanti dia akan tendang kasut, tendang kerusi, tendang meja, tendang almari..hahahaaa..bila ada bola baru laa ada "kick"..

Masuk je bilik dah order bubur nasi..makan maintain kuat..cuma makan ubat je susah sikit, abis semua nama mak sedara pak sedara kena sebut..termasuk la "besi buruk"..baru laa boleh abis makan ubat..



layan Neb..





Pastu layan tido..





So lepas ni kena sedut gas sendiri kat rumah guna inhaler..









MTB



Semenjak aku beli MTB, inilah 1st time aku kayuh offroad kat Bukit Kinding Resort, Ipoh..Kebetulan ada kayuhan MTB bersama JKKP Perak & Industri..So aku dan member2 opis yang lain mewakili Lumut Power Plant..ada kot dalam 50 orang peserta campur dengan group JKKP & group Janamanjung..maybe ada lagi group lain yang aku tak berkesempatan untuk berkenalan..

Geng LPP dengan jersi SCOTT..


PIC utk group LPP..

Ada 3 pilihan laluan, A & B (15km) , B(10km) & C(5km)..Group aku pilih laluan A & B..awal2 kayuh lagi dah start climbing..abisssss gear dah aku pakai...hahaha..dah laa tak biasa dengan gear MTB, main belasah je tukar gear..walaupon laluan awal tarmac, tapi minta nyawa jugak laa..sampai kat puncak, regroup untuk start masuk offroad..turun ke air terjun ok lagi la sebab downhill, ada naik bukit pon sikit2 je..sampai kat air terjun ada makan2 dan minum pulak lagi..aku sampai je dah ready terus ngaaaappp jee..memang kebetulan tengah lapar..gerak pagi tu memang tak sempat breakfast..huhuhu..



Lepas berhenti rehat kat air terjun, naik balik ikut jalan downhill tadi..perghhhhh, terpacak bukit nak kena kayuh..tadi bukan main syok layan downhill..amekawwwww...!!!! kayuh separuh, tolak MTB separuh..tapi tolak MTB lebih azab rasanya dari kayuh walaupon slow tapi ok, maintain je naik slow2..baru cecah 6km..aaarrrghhhh..

Sorang dari group aku tarik diri, terus balik manjung..aku rasa dia dah bertahun tak kayuh, tetiba ride ni pulak dia join..out terus laa..tapi aku memang tertekan betoi kayuh belakang dedau..hahahhaa...dedau baru 1st time kayuh, MTB pon baru beli..tapi dia maintain selalu kayuh dengan group2 kat manjung..stamina dan semangat tuu memang tengah membara laa..dia punya menjerit sambil kayuh tu boleh buat semua binatang dalam hutan tu bangun pagi..hahaha..Zahrain pon power jugak dgn MTB Lapierre dia..ntah bila dia beli, tau2 ada je..

Nak abiskan 15km tuu pon dah semput, taktau laa macam mana rasanya kayuh jamboree MTB yg cecah sampai 50km..boleh ke gamaknya aku abiskan...wait n see je laa..huhuhu..

Yang paling tak best, lepas abis offroad nak kena basuh MTB..jenuh laa nak sental buang selut lumpur semua..kalau layan roadbike takde laa susah2 nak basuh teruk sangat..





Februari Datang Lagi...

Sailen not sailen, nau oredi 11 years we living en loving ich ade..tak terasa pon masa berlalu begitu pantas..dah 11 tahun kita couple..thanks pada yang wish hepi aniversari kitorang..teringat kembali nostalgia zaman muda2 dulu..huhuhu..

Semoga jodoh kita hingga hujung nyawa..sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan illahi..thank you & i love u so much..XOXO..