Wednesday, February 17, 2010

Mini ReUnion



salam semua,

hari sabtu lepas iaitu 6hb Feb 2010 aku , kak liza ( HQ staff - ex - lumut staff ), kak yati,kak ida ( Prai power plant - Ex lumut staff )kami berkumpul beramai-ramai di rumah kak kiah..asalnya member opis ada kenduri kahwin anaknya..kebetulan rumah depa nie bersebelahan..so lepas makan kat rumah kenduri..kami pun mula la berkumpul kat rumah kak kiah.lama la jugak kami bertandang nak dekat pukul 6 baru balik.Dalam kami bersuka-2 sebab dapat berkumpul...ada sepasang hati yang sedih dah berduka dan merindu..orang yang aku maksudkan adalah kak kiah dan suami .Dia nie baru saja kematian anak lelaki.Arwah nie seorang yang hensem, putih, tapi dia istimewa,nama dia ABID...dia ada pasangan kembar namanya ADIB..umur mereka skang dah darjah empat.Arwah nie adalah anak kesayangan kak kiah..dulu masa aku praktikal dekat tempat yang aku keje sekarang nie la....aku selalu tumpang kak kiah p keje..so aku ada la jugak dukung-2 anak dia, main-2 dan dia suka pegang muka aku dan suka senyum tu yang aku dok ingat sampai sekarang.Takper lah aku tak nak citer lebih-2 sebab aku tak mau dengan cerita aku ini boleh menambahkan lagi kesedihan dia, walaupun aku tahu dia terlalu rindukan anak dia( blog arwah - http://allaboutdewihatiku.blogspot.com)kak kiah buat khas untuk arwah

Tapi walaupun kak kiah sedang bersedih dengan 'kehilangan' anak kesayangan dia...dia sanggup masak untuk kawan-2 yang nak datang...menu dia hari tu..laksa mee dan pulut inti..ermm laksa mee dia masak memang sedap...laksa mee nie tak semua orang tahu dan suka makan..sebab laksa mee nie popular kat pangkor and pantai remis.Dah menjadi kebiasaan...kalau member -2 dari KL datang mesti nak makan laksa mee, pendek kata special request la.Thanks kak kiah sebab masak untuk kawan-2 yang nak datang.

So dah tak tahu apa nak tulis..Jom kita layang gambor yang sempat di snap.



aku ( baju biru ) dengan kak liza



nie gambar kak yati ( baju merah ) ngan kak ida ( baju kuning )...depa nie bakal berbesan..hehehe



Bakal besan yang serasi



senyum dapat makan laksa mee..layannnnnnn



lelaki baju merah nie suami kak ida, Baju kemeja hijau tu Encik Zainal ( Ex-boss 9W2LPP) dan yang duduk di tepi pintu tu adalah suami kak kiah.



kak ida asyik sungguh dok cari ketam



tegak jer duduk perut kenyangggggggg...




Tuesday, February 9, 2010

Result RAE dah kuar

Tahniah...ramai rakan2 aku kat Citraclub yg LULUS...

sila laa check kat http://rae.skmm.gov.my/


Monday, February 8, 2010

HepY aNibersaRy yg Ke 8....


Alhamdulillah, hari ni 8/2/2010 genap lah 8 tahun usia perkahwinan aku dgn bekas tunang aku, yg sekarang ni memegang callsign 9W2SEV...

Tak sempat nak celebrate lagik, aku QRL dgn tugasan kat site. Skg ni tgh major overhaul, tukar generator step up transformer dan jgk kelas AO yg tak abis2 lagi sampai la ke hari exam 16/3 nnt...Apa pon, aku bersyukur & berterima kerana isteri aku sangat memahami situasi aku sekarang ni..Insyaallah kalau ada kesempatan masa, kita plan sesuatu yg menarik...Terima kasih diatas segala pengorbanan selama ini..


Semut Putih...

Lama benor rasanya aku tak update blog ni..Bizi sesangat dgn tugasan di pejabat & di rumah..time cuti dah hantar, amik anak pi dan balik sekolah...

Lebih2 lagi pulak bebaru ni almari stor kat umah kena serang dengan angkatan tentera "semut putih" a.k.a anai-anai...abis dokumen, file2 kerja, file kursus, majalah kereta yg aku simpan dari aku start main kancil turbo kat dlm almari tu jadi makanan depa..dan yg paling aku bengang, duit yg aku letak dlm laci tu pon depa dah makan separuh...RM260 semuanya koyak rabak...dengar citer boleh tukar balik duit tu kat mana2 bank...kebetulan ada rakan XYL aku di HQ, suami dia keje di bank negara..so dah pass dia duit tu hari jumaat lepas..hari ni,isnin dia dah dpt tukar yg baru...Allhamdulillah, ada lagi rezeki aku...


Aku mmg tak puas hati betoi dgn anai2 ni..pagi tu aku discovered depa buat sarang dlm almari stor tuu, petang tu jgk lepas balik keje, terus beli racun anai2..mlm terus start operasi sembur racun..abis satu umah berbau racun..dekat seminggu jgk laa berbau..2 kali aku repeat sembur racun kat luar dlm almari dan di setiap terowong anai2 tuu...dah check balik 2,3 hari lepas nampaknya anai2 tu dah lari..taktau depa lari ke mana...


tanya jiran sebelah, rupanya umah dia pon dah lama kena..tingkap dapor dah nak reput kayunya kena makan dgn anai2..aku pon tak pasti anai2 yg kat umah aku tu dtg dari umah dia, atau anai2 dari umah aku pi ke umah dia..apa apa pon, kawasan perumahan aku ni dah diserang anai2...


kalau nak panggil geng2 pest control mau beribu jgk laa depa charge...tebuk lubang dan sembur racun apa ntah masuk ke dlm tanah...aku ada survey dlm internet, depa ada juai "umpan anai2"..skg ni byk guna sistem umpan ni..bila anai2 tentera ni makan umpan tuu, depa akan jadi gila dan menyerang anai2 lain serta ratu anai2..so akan abis laa mati koloni anai2 tuu semua..kalau ada rakan2 yg ada info mcm mana nak membasmi sepenuhnya koloni anai2 ni, sila kongsi2..