Friday, January 28, 2011

hoo yeaaa, hoo yeaaa...

Setelah hampir sebulan aku bertapa, menuntut ilmu back track..akhirnya berjaya jugak online dari portable station aku kat taiping atau di mana saja tanpa perlu kuar umah, cari wifi spot kat kedai2 mamak..Thanks to sifu, wifi signal booster and back track software..

Pada mangsa2 wifi yg aku "tumpang" tu.."terima kasih daun keladi, pasw0d korang tu tak cukup kental lagi.." Lagipon aku tumpang pon sat jee, bukannnya aku donl0d file besar2..korang pon tak perasan aku tumpang wifi korang tu sbb xde effect..sori yee tuan2 umah sekalian..huhuhu...

Tuesday, January 18, 2011

Blueberry Cheese Tart



Nak posting ker tak..nak posting ker tak...dah lama dah aku dok pikir nak posting aku nyer hasil tangan sendiri membuat biskut tart nie..rasanya dah 5 kali kot aku buat biskut nie..kali nie nak posting lah..no.5 jugak aku pilih..yelah kan aku kan anak no.5 ..lahir pun bulan 5.


k lah dicut kan citer malam tadi aku rajin sikit dok kat dapur sampai kol 1 pagi..bukan nyer aku basuh kain guna tangan yer..dan bukan jugak aku buat 5S kitchen kabinet aku...kisahnya aku cooking-cooking...dina n azim dah byk kali soh aku buat biskut nie..sian la pulak...so malam tadi buat lah..kebetulan pulak kak ida dari prai ada datang opis lumut coz ada training ..boleh lah aku jamu sket..sebenornya nie first time aku buat dan bawak datang opis..sampai kena perli dengan girl-2 kat sini..nie aku buat bukan untuk kak ida saja tau...makan ramei-ramei...jangan gadoh-gadoh

Note jari : Ramai sangat cakap aku dengan kak ida nie mcam kembar, nnt aku buat posting..'my twin' yek....sama kat mana aku tak pasti..badan kot.hahaha 


Untuk biskut nie aku guna 2 jenis filling( blueberry and stoberry )...aku buat 2 bancuhan.... ye la kan kata nak bagi kawan rasa...takkan makan sorang 1 kot..dah la saiz sedang-2 jer...resipi nie aku dapat dari internet..tak ingat la dari blog sapa..resipi simple dan senang nak follow..Asben pun suka makan..sementara nak tggu habis masak...macam-2 aku jamu kat dia supaya jangan tinggalkan aku masak sorang-2 kat bawah..
tapikan aku pelik la time aku nak letak filling cheese / blueberry mesti cicak kat dalam bilik air akan berbunyi..aku tak mintak dia temankan aku pun..agaknya nie cicak belaan LPP kot.bertindak ikut arahan boss.terlepas dari ikatan la tu..hehehe..malam tadi jugak susun siap-siap dalam bekas dan letak dalam peti ais..sikit untuk rumah..bagi umah mak sikit..bawak mai opis sikit

gambar bukti..hahahaa....

 Buat doh bulat-bulat
 tekan-tekan macam nie pas tu bakar dengan suhu 180 deg selama 15 minit
 Dah siap

 Stoberry and blueberry flavour

Wednesday, January 12, 2011

kek dah sampai

Hai ,

Dalam entry yang lepas aku ada janjikan nak snap gambar kek hasil kerja tangan dan kudrat kak ina tokei kek manjung tuh..nie lah hasilnya..taraaaaaaaaaaa



Special thanks to :-
1. kak ina sebab bersusah payah menyiapkan dalam masa 2 hari
2. Tq kat mak/abah dan adik-2 yang tolong masakkan laksa dan goreng kentang 
2. Leen sebab dia tolong ambik kek 2 dari kak ina ( Deme nie jiran satu taman )..dannnnnnn
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Thanks jugak kat asben ..banyak tolong nie..walaupun mata merah lepas keje malam..
InsyaAllah petang nie ada buat sikit jamuan makan sempena besday Azim..tadi dia ada kol n bagi tau senarai kawan yang dia dah jemput..kawan-2 yang suka ejek dia gemuk dia takmo jemput...jahat katanya and sombong...aku soh ajak jer....tapi tengoklah petang nnt sapa datang.

Menu yang dia request
1. Laksa
2. Sate - x tau lagi ada ker tak
3. Kentang goreng
dan semestinya kek dengan tema - Shark Boy ( rancangan kartun apa ntah..) dan 
aku ada tambah sikit tid bit..untuk budak-2 yang datang..( thanks leen..sebab tolong beli kat kedai borong manjung, tu  pun sebab dia hantar husband dia balik umah sebab nak p KL petang nie ..kalau tak aku beli la sikit-2 kat sini...last minute arrangement macam nie la..)kat pantai remis nie xder kedai borong..maklumlah pekan kecik @ pekan koboi..

nanti Puan leen ambik sikit yer untuk Your Auni and Aimi...

Ini lah hasil kek yang ditempah
 Gigi Shark
Mata Shark

 Daaaaaaaa

Tuesday, January 11, 2011

Hari ni 12.1.11, semalam 11.1.11

Dah masuk 8 tahun azim hari ni, 12.1.11...dah bes0 dah..tapi, mmg bes0 pon azim tuu..kena lak makan kek kepala ikan jerung, makin bertambah bes0 la lepas ni..

igtkan kari kepala ikan je ada, kek kepala ikan pon dah ada jugak.."selamat maju jaya laa kepada kak ina tokei kek"..hehehe..

Hepy BesDay Azim..Ayah bukan lupa, cuma tak igt je..huhu..Semalam,11.1.11 masa amik dia kat sekolah, dia bgtau xde sape pon wish kt dia..kwn dia sorg je yg igt besday dia 12/1..apa ntah nama kawan dia tuu, lupa laa pulak..

Semenjak layan si "nazmi" (sila baca betoi2, aku tulis Nazmi yee, bukan Nazmin..Nazmin tu bos aku..) peserta raja lawak 5 ni, aku jd lupaaa..aku lupaaa yang hari ahad ni ada cycling pre ride Le tour de langkawi dengan Letua Cycling Team kat Shah Alam...Pastu aku leh lupa, maybe weekend ni kalau ada peluang nak test logic modification utk make up water pump..silap2 kena datang standby, makan PIL..ni yang aku sukaaaa..hehehe..

ish, ish,..takkan laa aku nak suruh ana rafali tu tolong ingatkan aku..mau aku tido luar kat depan tv sambil layan EPL seminggu..huhuhu..

Happy Birthday - Mohamad Azim Hakimi Bin Azahar

Kek yang aku order untuk azim..Pic nie dia pilih sendiri dari Mr.Google sebab dia suka sangat dengan citer shark boy and larva girl..
Salam Semua,

Actually hari nie @ 12.01.2011 ada lah hari lahir anak aku yang sulong..Mohamad Azim Hakimi ..dah besar dah..umur pun dah naik lagi 1 anak tangga..dari 7 jadi 8 tahun...ermmm ibu ngan ayah pun dah tua..heheh

My beloved son :-
Selamat hari lahir yang ke 8 tahun , semoga Allah panjangkan umur azim, diberikan kesihatan yang baik,  menjadi anak yang cerdik  , be a good Boy , semoga sentiasa dilindungi oleh Allah dan Hidup sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.
aminnnn

Ibu dan ayah sentiasa mendoakan untuk azim..

Pesanan dari ibu : Sorry malam tadi tak jadi nak buat blueberry cheese tart..letih sangat...nanti free ibu buat ok..

oh ya kek kat atas tu azim pilih sendiri dari mr.google..aku tak tau la kak ina tokei kek manjung tu click sini boleh buat ke tak..esok dapat kek tu aku snap kan ek...byee
salam

muahhhhhh

Monday, January 10, 2011

Takder Tajuk

Hari ni tak tau naper..aku rasa macam MySpace..letih bangat..nak kata aku penat buat keje umah..dah memang aku pompuan/isteri /ibu..

tak tau lah ..kalau dapat nie MySpace kan best...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

atau monday mood.MySpace..arghhhhhhhhhhhhhhhh tak tau lah....


Apa nak masak malam nie yek....To LPP sila anto msg kalau ada special request..daaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, January 6, 2011

Azim dengan rambut baru

Yuhuuuuuuuuu

Aku lebih rajin malam nie...boring..asben keje malam..harap-2 dia on9 skype..leh chat...hehehe..anak-2 pun dah tido.

Lepas maghrib tadi aku bawak anak-2 g klinik..azim terseliuh yang dina pulak sakit perut..sejak dah sekolah nie time makan dia dah tak menentu..dah 2 malam nangis kembung perut..hari nie decide p klinik..
kisah kat klinik doktor 2 mesti tanya kat aku ..' mana budak yang masuk junk food dalam hidung dia'...aku pun dengan ngantok dan pedih-2 mata toinggggggg jari kat dina.....dina dapat lagi nasihat free yang berapa kali aku pun tak tau dari DR tuh...pas dah habis check sumer..kuar n tunggu nak ambik ubat....jumpa pulak dengan manjit Ops..dengan wife dia..first time jumpa wife dia...cantik n sesuai dengan manjit...kulit putih...dah dpat ubat sumer chowwww...nie 1st aku guna medical card untuk tahun 2011..

Pas tu ..terus p kedai gunting rambut...selalu aku bawak dia p gunting rambut kat amoi...tapi malam nie decided p kat marcha....aku tak tau la azim suka ker tak..masa dok gunting dia nyer mengeliat..geli..aku dah agak pas nie mesti berjela dia nyer complain..takper wait n see..

5% lagi jer yang tinggal..dia dah moncong...tapi bila marcha tu letak jel kat rambut dia..mak aiiiiiiii senyum sampai ke telinga...suka bebenor...kedai tu yang terbaik katanya...mana tak nya..mengikut citarasa..hehhe....

siap soh aku snap gambor lagi...tapi dia tak tau aku ada agenda lain nak masuk blog...esok dah tua-2 leh tengok balik citer masa kecik - kecik...

 senyum tak hingat

Rambut Pujaan hati

Nur Addina Sofea 1st Day at School

Salam Semua,

Rasanya ramai ibu-ibu macam aku mesti nak update citer pasal anak -2 kan EFBI/BLOG Terutamanya yang baru nak sekolah kan..agak lambat jugak la aku update....xder masa..walaupun cuti 3 hari..jadual penuh..hehhee oklah jom story mori

Tarikh 03.1.2011 hari tu anak aku yang no.2 Addina a.k.a manja ayah dah masuk sekolah tadika...aku dan suami decided daftar sekolah yang sama macam abg azim dulu..iaitu Tadika Pei Zheng.sesi persekolah dina sesi petang nak hantar pagi dah penuh..tapi ok jugak la..petang tak ramai sangat..senang teacher nak concentrate..Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..dina pun tak nangis takut nak balik..baru masuk dah jeling-2 dekat kawan baru dia.Nama kawan dia  Puteri Balqis Batrisyia...aku tak tau la budak nie boleh ker tak tulis nama dia dengan betul..panjang sangat.

Hari pertama dina dah boleh mesra dengan kawan-2..termasuk la teacher dia..teacher maria dan teacher shila.Hari tu dina malu-2 kena usik dengan teacher dia..sebab teacher-2 panggil sofea....depa suka panggil nama tuh..aku tak kisah lah kan..sah-2 la aku bagi nama anak aku macam tuh...kira tak sia-2 la...heheheh...

Petang tu aku pergi dengan azim jer ...ayah dia keje pagi...so aku ambik alih semua urusan anak-2 aku disekolah...dengan bantuan kewangan oleh bank  keluarga..alhamdulillah...

Penat woooooooo aku rasa kaki aku letih dok tekan minyak ngan brek..kejap sekolah rendah..kejap p sekolah tadika..dengan mandi tak menentu makan pun tak menentu..dengan nak masak lagi..letih sangat...tapi takper untuk anak-2 aku yang aku sayangi..aku sanggup buat apa saja walaupun tak makan.

Azim :-
Dia dah masuk darjah dua..so senang sikit tak payah macam masa mula-2 masuk darjah satu dulu..nanti azim darjah empat..dina darjah satu....ermm besar dah anak-2 aku..love u all so much..ayah dia pun sayang jugak..heheh

Untuk Azim dan Dina :-
Belajar Bersungguh-sungguh ..semoga Allah terangkan hati ..jadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya..aminnnnnnn..

1st Day  

 Jeling-jeling nak berkenalan
 Dah ok
 Azim pun join venture

 My Name is Nur Addina Sofea Binti Azahar
 5 Watermelon

 main-main jer..teacher tengah sibuk tenteramkan budak-2 yang nangis
nak lari balik..nak iku mak..

2nd Day
 malu-malu meow


 ibu luve u sayang

Sunday, January 2, 2011

Italy...Hijau Putih Merah




Ini bukan berbasikal jelajah itali,Giro d'Italia, walaupon jersey kaler macam bendera Italy, Hijau Putih Merah..Tapi ni la event Malakoff Interstate Fellowship Ride utk tahun 2010/2011..

Laluan untuk tahun ni mmg berbeza dari tahun lepas, tahun ni hari pertama lagi dah bermula dgn climbing, ada laa jugak sikit2 macam laluan giro d'italia..naik ikut relau, jalan tun sardon, teluk bahang, batu feringghi..yang tak cukup training macam aku ni, climbing tu mmg sesuatu yg paling azab laa aku rasa..macam ayat salehan (9W2SBD) bukan sekor dua yg bawak, tapi dah berkandang-kandang...hahahaha...

Tahun lepas pon tak lepas naik relau-tun sardon..tahun ni pon sama jee..dengan jalan yg sempit dan sesak dgn keta, lori, bas, motor..terpaksa laa jugak aku menyertai cyclist2 yang lain turun menolak basikal sehingga melepasi satu selekoh, lepas tu jalan dah luas hingga ke atas dan selamat untuk mula kayuh..tu pon kejap kayuh, kejap berhenti..last2 tolong "tolak" hilux..ramai jugak laa yg dok menolak basikal tu tak puas hati bila tengok aku dan beberapa cyclist lain yg turut sama2 pegang kiri kanan hilux dan tolak naik hilux sampai ke feeding station pertama..huhuhu...aku bukannya climber mcm Ivan Basso ataupon Jose Rujano..dah ada hilux kat tepi tarik je la..konon2 support car tengah dok feeding laa mcm gambo ni...hehehe..



Hari pertama, 31 Dec 2010, mije & pak hamid je dari malakoff lumut yg berjaya kayuh sampai ke finishing..yang lain semua dah kayuh dlm van & hilux..



Memandangkan peta laluan tak diberi, jadi aku takleh nak jangka apa yg bakal dilalui sepanjang kayuhan..rakan2 TV3, geng batu gajah rider dok call tanya pasal route..aku pon tak tau sebab mmg tak dpt route utk kayuhan kali ni..

Hari kedua ingatkan flat road, cuma ada 1,2 bukit atau rolling yang tak melampau..Start dari mula sampai ke feeding point pertama boleh la lagi stay dlm peloton depan dgn zaki utusan walaupon org depan tarik sampai cecah 40km/h..Kena last flyover, jambatan besi tuu, terus tercicir dari peloton..
Lepas je feeding station pertama, aku pon tak igt apa nama kampung tu,melepasi ampang jajar..tuuu dia haihhh, bukit nala punya tinggi mcm climbing relau-tun sardon..dari jauh dah nampak ramai dok tolak basikal...kali ni kena turun tolak jugak la, pasai hilux dah balik ke johor, group malakoff tg bin kayuh sampai 50km je, lepas tu semua pakat balik..aku tengok Tabah TV3 turun tolak, aku pon tumpang sama la, ada jugak kawan nak bersembang...dah laa 1st day kena climbing, 2nd day pon climbing lagi..turun je bukit tu, terus sampai ke simpang jalan serdang-kulim..best jee layan turun bukit..tapi takut jugak, sebab 1st day tu dah ada kemalangan, sorang cyclist dah terbabas masa layan kona turun teluk bahang..berdarah muka/kepala dan pengsan..


Kelajuan turun teluk bahang tu leh cecah sampai 70km/h..silap haribulan mmg tergolek la..Last time pon ada yg dah terjun gaung masa downhill kat teluk bahang ni..aku jumpa gambo ni kat blog manciocc..

Sampai di feeding point pertama, jumpa pulak dgn toki manjung, kebetulan dia balik ke Selama, katanya ziarah anak saudara kot, meninggal dunia..tu yang dia tak dpt join kayuh sama..sempat jugak toki amik gambo..org lain minum secawan, aku bantai sebotol terus..hahaha..dak aihh, air tu aku refill dlm botol, baki tuu aku juruih bagi cooling sikit..


"Jan Prai Power" dok kutip apa ntah laa tepi kotak kat belakang aku tuu...hehehe..

Hari ke 2, 1 Jan 2011 ni pon, aku mampu kayuh sampai 127km je,ada hutang lagi 50km..Kaki pon dah start nak krem, kayuh pon sorang2 di kiri kanan ladang kelapa sawit..jiwa pon dah kacau..tgk depan pon takde cyclist, belakang pon takde..last2 van TV3 jugak yang sampai..Mujur Tabah suruh driver dia berhenti, dpt la jugak aku tumpang..ramai jugak geng2 TV3 dan letua yg dah masuk van depa..aku tumpang mencelah sama..tinggal Jemsol & kamarul dan 2 org rider lagi je yg masih ketegaq takmo naik van walaupon diracun oleh Tabah dgn janji2 manis..On the way balik ke finishing kat juru otocity, sempat lagi van TV3 yg aku tumpang singgah pekena laksa & cendol..mmg tengah lapar pon time ni..laksa pon sedap..Terima kasih pada geng TV3..

Sampai otocity ujan pun turun,keluarkan basikal dari van, check out dan amik nombor lucky draw..tengah dok beratur nak makan nasi, nombor naik pulak, dpt la helmet cycling..igtkan dapat frame specialized..huhuhu...Geng TV3 terus balik ke KL, cyclist yang lain terus berkayuh ke terminal feri, malakoff dah booking 2 buah feri utk cyclist dan support car seberang ke Padang Kota Lama..Kat Padang Kota Lama disambut pulak dgn kompang dan tarian naga..mercun/bunga api je takde, maybe dah abis pasang masa sambut malam tahun baru..