Tuesday, March 22, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hai...

kengkawan mesti dah tengok kan citer hantu kak limah balik rumah nie..pasan tak lagu soley-soley yang depa dok mainkan masa si johan ngan usop makan meggi..part nie memang mendatangkan kesan pada anak dara aku..pantang dengar lagu nie dia akan bangun menari..tak kira la time makan ka..time menulis ka..sapa suruh menari ja mesti dia akan buat..memang tak malu..esok bila dia dah besaq dan harap-2 blog server nie ada lagi..aku nak soh dia tengok video dia nie.....ikut sapa aku pun tak tau..ayah dia kotttttt hehehehh


Dina dancing..dancing

Saturday, March 19, 2011

Malakoff Charity Ride 2011


Jelajah berbasikal Malakoff Charity Ride yg ke 6 kembali lagi..route kali ni bermula dari Lumut pada 30 April dan berakhir di Kuala Lumpur pada 2 May sejauh 430KM..Bayaran RM100 per cyclist dan limited 100 cyclist je kali ni by-invitation..

Sunday, March 13, 2011

Monday Blues

hai...
aku rasa dah lama sangat aku tak cuci sawang under 9W2SEV nie...malas yarabbi..tengok member yang lain kemain semangat lagi update blog and BW...ermmm hari nie monday..mood memang tarakkkkk..buat keje kat opis pun macam badan xder tulang...duduk pun senget...tangan kanan pegang mouse tangan kiri tongkat dagu..nie dah memang rasa malas tahap gabannn...nasib kerusi tu ada tempat sandar kalau tak aku dah meniarap atas kapet opis nie...esok  sampai jumaat aku xder opis..2 hari training kat Holiday Villa ( Rabu + khamis )..jumaat cuti..ingat plan nak bawak my lovely son and daughter g jalan-2.tempat tak tau lagi....tggu LPP decide...harap-2 dia setuju.....ermmm K lah nak melayan perasaan jap..daaaaaaaaaaaa




 memang teruk ...

tak tau la apa nak jadi

Zairi nie maybe sama jugak cam aku..minggu nie nak p vietnam..confirm lagi malas nak keje..balik jer la.

Friday, March 11, 2011

HAARP



Apa itu HAARP?

HAARP singkatan untuk High Frequency Active Auroral Research Program. Ia dibiayai oleh tentera laut US, US AirForce, Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).

Konsep asasnya ialah binaan antenna, menggunakan satu jumlah kuasa besar , dan memancar kuasa ke dalam atmosfera atas. Maka kemampuan untuk mengubah dan memanipulasi cuaca melalui ionosfera. Berpotensi mencetuskan banjir, kemarau, puting beliung dan gempa bumi.


Details leh surf kat web:
http://milkhouse-mouse.blogspot.com/2008/06/western-bankers-threatened-japan-with.html
http://www.theforbiddenknowledge.com/hardtruth/haarp_mind_weather_control.htm
http://www.elitesideeffect.com/haarp.php

Gempa bumi Jepun


Gempa bumi yg berlaku adakah disebabkan oleh High-frequency Active Aural Research Program (HAARP)..? byk kajian dh dibuat sebelum dan selepas kejadian gempa bumi di Jepun ni..byk konspirasi mengatakan ini adalah berpunca dari HAARP, senjata yang dibangunkan oleh US dan Rusia yg terletak di Alaska..HAARP mempunyai kebolehan utk memanipulasi climate control dan could be used to test the ability “to deliver very large amount of energy, comparable to a nuclear bomb, anywhere on earth”, “changing the weather patterns”, “blocking all global communications”, “disrupting human mental processes” and mind control, communicating with submarines, and “xraying the earth”.

Projek HAARP menggunakan satu isyarat berkuasa 3.6MW, dalam frekuensi 2.8Mhz–10MHz jalur HF [Frekuensi Tinggi], dipancar ke dalam ionosfera. Isyarat boleh dihantar secara pulse atau berterusan dan berpotensi mencetuskan banjir, kemarau, puting beliung dan gempa bumi.



Data HAARP induction magnetometer yang diambil dari university tokyo menunjukkan HAARP telah diONkan pada kira-kira jam 0:00 pada 9 Mac, 2011 UTC dan kekuatan signal semakin kuat dari tarikh itu. Di sini ialah data untuk terakhir 36 jam:


Ini pulak data yang diambil sejak seminggu lalu sebelum gempa bumi, HAARP telah diOFFkan dengan melihat data HAARP induction magnetometer lebih kurang ini setiap hari:


Tapi kenapa jepun..? Adakah kerana ekonomi Jepun ialah ketiga terbesar di dunia. Jika sasaran ialah untuk memusnahkan negara-negara terkuat dunia, Jepun memang satu daripada tumpuan utama. Ataupun mungkin satu serangan pada kemudahan nuklear Jepun kot..mengikut laporan berita, radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Fukushima Daichi, Jepun akibat kegagalan sistem pendinginan berfungsi dikatakan sebagai punca radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat.

Apabila HAARP telah diONkan, dan dihalakan ke negara2 tertentu, perubahan pada struktur dan warna awan, langit akan berlaku..Lepas ni boleh la pandang2 ke langit tengok kot2 ada perubahan struktur, warna pada lapisan awan..