Saturday, October 29, 2011

Malakoff Appreciation Ride 2011

Putrajaya - Port Dickson (130km)

Tengkiu buat ibu, Azim, Dina & Iqbal sebab approvedkan permit kayuh ni..mula2 mmg dah cancel utk join event ni..tapi last minit jadi pi jgk..Hari jumaat petang bergerak ke KL utk join malakoff appreciation ride..sampai KL terus check in kat midvalley cititel..pagi lepas breakfast terus ke KL Sentral dan start konvoi ke Putrajaya..

Ride sepatutnya tayar bergolek jam 8am, tp delay dekat kui 9am baru start kayuh..x ramai sgt yg join..dlm 50 cyclist camtu kot..jalan rolling mmg kaw kaw punya..awal2 boleh la lagi stay dlm peloton, kena rolling up & down, peloton dh start pecah..1st time ride dgn malakoff takde ambulance follow..sebelum ni kalau 1 day ride pon mesti ada ambulance..Baru 30km ride, dah ada sorang yg jatuh, brader dari company MMC..tak pasti tulang bahu patah atau x, tapi mmg timbul la tulang atas bahu tu..tulang selangka kot..Dengan cuaca yang panas, jalan pon rolling..perghh mmg azab jgk la..dah laa aku langsung xde training..mmg mendapat laa..70km aku dah takleh blah dah tgk budak2 TV3 pon dah tahan van 8TV..90km regroup utk refill air, aku trus stop naik hilux sampai ke lunch stop 117km..

Stop lunch kat kedai makan yg dulu masa kayuh MAD 2010..mmg takleh blah dah makanan dia..time makan, tgk group TV3 semua dah nak stop kayuh takat tu je..semua dah pack basikal dlm kotak..group2 pinarello pon nak stop kayuh jgk..last2 tinggal la dlm 15 org kot, group malakoff je yg tinggal utk abiskan lagi 15km sampai ke Glory Beach Resort..Masa ni kayuh pon dah santai, sambil tgk pemandangan laut Port Dickson..

Thursday, October 27, 2011

Tengkiu..Tengkiu..

Untuk kenangan Iqbal

Terima kasih bebanyak pada jiran2 & terutama pada member2 opis yang sudi menziarahi keluarga kami dari dalam wad lagi hingga lah di base station..siap bawak hadiah dan buat collection lagi untuk Iqbal,sudi datang ziarah pon dah mencukupi bagi kami sekeluarga....tengkiu so much..semoga kita semua dimurahkan rezeki..aminnnn...

Agaknya memang dah rezeki Iqbal lahir time orang pergi haji ni.atok dan opah dia pun ada disana..Iqbal lahir 2 hari lepas atok n opah dia pergi menunaikan haji..harap-2 doa yang tak putus dari mak ngan abah di tanah suci..walaupon mak & abah di Mekah, tapi masih sempat call utk tanya khabar & bagi tunjuk ajar..maklum la kali ni berpantang sendiri..

Mak & Abah Sebelum berangkat ke Mekah (Cilok dari blog kak putu..)


Tok Nek dari Taiping pon dah datang tengok cicit dia ni..Opah Melaka pon dah sampai dgn makcik aju & maksu hanim..


Tok Nek Taiping

Opah Melaka


Alhamudillah pusat Iqbal pon dah jatuh pada hari ke 7, lebih kurang jam 3 pagi masa nak tukar pampes..tengok2 clip pusat tu dah takde..cari2 jumpa kat belakang baju dia..skg ni tak cukur rambut je lagi..berpantang kali ni byk bertanya pada pakcik google & youtube tentang cara nak belah mulut, nak cari doa nak bagi nama dan lain2..senang zaman IT, semua maklumat senang diperolehi..nak cukur rambut ni pon nampak gaya kena google & youtube jugak laa kot kalau takde yg boleh buat..semua sendirian berhad..

Monday, October 24, 2011

My SonShine..

Azim & Dina dah pon berdamai selepas 9 bulan berebut sorang nak adik lelaki, sorang nak adik perempuan dari dalam kandungan ibu lagi..akhirnya dengan ini diisytiharkan, setelah mendapat persetujuan dari kesemua pihak, terutama Azim & Dina..Nama yang dipersetujui ialah Muhammad Iqbal Hakimi..
"Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama Muhammad Iqbal Hakimi yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikanlah menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai Tuhan kami, berkatilah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikanlah ia pemimpin diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebajikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih." Amin...

Wednesday, October 19, 2011

Orang Baru



Alhamdulillah..Dengan ini diumumkan kehadiran anak ke-3 di dalam keluarga kami..Bayi lelaki seberat 3.8kg telah pon selamat dilahirkan oleh XYL saya, Haslina (9W2SEV) di Klinik Bersalin Yasmin, Manjung pada 18 Oktober 2011 jam 12.18pm..



Pada member2 opis dan rakan2 HAM yg mengucapkan tahniah melalui email, sms dan jugak sudi datang menziarahi semalam..Kami sekeluarga ucapkan berbanyak terima kasih...Ibu dan bayi telah pon selamat balik ke rumah pada tengahari tadi..

Friday, October 14, 2011

Update MIFR2011/2012



Pendaftaran dah diTUTUP..!! Penghantaran borang & bayaran penyertaan selepas 12 Oktober hanya dikira sebagai "derma sumbangan" sahaja..dapat info hari tu limited to 1000 cyclist tahun ni, sekejap betoi dah cecah 1000 org, baru je buka pendaftaran tak sampai sebulan..kalau tak silap tahun ni last MIFR..

Thursday, October 13, 2011

Menghitung Hari

Hai Korang Jangan pikir tajuk yang aku tulis nie menghitung hari nak menamatkan zaman bujang tau..tu semua citer 9 tahun yang lepas.aku menghitung hari nak bersalin..uwaaaaa takut sangat.siang malam berdoa agar aku dapat bersalin dengan mudah dan selamat semuanya.sampaikan anak dara aku yang 5 tahun pun berdoa juga..terharu aku bila dengar dia berdoa lepas solat maghrib semalam kuat pulak tu.. ekceli aku punya due 21hb oct 2011..jumaat nie dah cukup 39 weeks..minggu nie aku masih bekerja lagi..minggu depan start cuti..yahooooooo..hehehehe.member kat opis nie ramai dah bising kat aku bila la aku nak cuti..ada yang nak offer hantar p klinik pun ada..suka jer depa nie tau.tapi yang terkejut nya..ada la bos besar kat sini..siap tanya lagi bila aku nak cuti..siap teka jantina lagi...bila aku kata dia teka salah dia siap cakap xper kita tunggu nanti bila baby dah keluar.wahhhh.kalau bagi hadiah ok gak.hehehe. oklah nanti sambung na tata

Tuesday, October 4, 2011

Malakoff Interstate Fellowship Ride 2011/2012 is back



Registration sudah dibuka..bayaran masih sama RM50 saja..cepat bertindak sebelum terlambat..borang boleh didonlod dari website KOTRT--> http://www.kotrt.com.my/


Day 1 : 31 December 2011 (70km)

6.00am : Open of registration lines & collection of rider plate. Check-in COMPULSORY!

6.45am : Arrival of VIP and ride briefing

7.00am : Flag off by VIP.

11.00am : Collection of rider plates for riders not cycling on Day 1.

11.00am : Arrival of cyclists at finishing line. Check-out COMPULSORY.

12.00pm : Arrival of Sweepers/Last check-out

12 noon: Briefing of the next day's ride



Day 2 : 1 Jan 2012 (180km)

6.00am : Open of registration lines & collection of rider plates. Check-in COMPULSORY!

6.45am : Arrival of VIP and ride briefing

7.00am : Flag off by VIP.

2.30pm : Arrival of first wave of riders. Check-out COMPULSORY!

3.30pm : Last check out of riders. Check-out COMPULSORY!