Thursday, May 24, 2012

Peristiwa di bulan May..

1st time guna ipad utk tulis blog..Banyak betoi peristiwa dalam bulan May ni..dengan sambutan hari ibu, hari guru, harijadi Dina, Harijadi ibu..dan semalam abah mertua aku dimasukkan ke Hospital Manjung..Aku tak dapat nak pi hantar sebab ada training overhead crane kat opis..

So wife aku agak bz jgk la travel ke Manjung untuk hantar Iqbal ke rumah adik ipar aku kt Manjung, pastu petang lepas keje pi Manjung utk amik balik..Petang semalam, lps abis training kat opis sempat la jugak pi melawat ayah mertua aku kt wad..Wad 6, katil 10..Pakcik & makcik dari klang pon dh sampai.

Pagi ni wife aku amik cuti, abah mertua aku dijadualkan utk menjalani pembedahan jam 9.30am. So lepas hantar azim pi sekolah terus gerak ke Hospital Manjung. Time sampai tu doktor tengah dok buat preparation di wad sebelum masuk ke bilik bedah..adik2 ipar aku yang lain semua dah ready nak follow sampai ke bilik bedah..mmg ngam2 masuk 9.30am..

So masing2 tunggu di luar bilik..lepas tu baru la mak bergerak ke kantin dgn pakcik & makcik..maybe baru nak breakfast kot..yang lain masih stay kat luar bilik bedah..pembedahan mengambil masa dalam 4 hingga 5 jam..Jam dah pukul 12 tghari, aku gerak dlu balik untuk pick up azim kat sekolah & hantar dina ke sekolah..

Petang lepas amik Dina & Azim balik dari sekolah baru kitorang bergerak semula ke Hospital Manjung..Dari info adik2 ipar aku kat wad, abah dah sedar di wad & dah start rasa kesakitan lepas pembedahan tu..So doktor terpaksa bagi ubat penahan sakit. Tadi masa sampai pon abah maybe dalam separuh sedar kesan dari ubat tahan sakit tu..
Malam ni Nazru & mak akan jaga abah kat hospital..yang lain semua ada di rumah Nie in case mak perlukan apa2 dekat sikit nak pi..Masa nak balik malam tadi pon adik ipar aku bagitau abah dah sedar, dia requested nak solat..Subhanallah, walau dalam apa jua keadaan pon abah tetap tak lupa nak solat..Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita semua.

Esok wife aku cuti lagi, lepas setel azim & dina kat sekolah baru pi semula ke hospital.hopefully ada perkembangan yang positif..aku x dpt nak join esok, esok kena masuk keje pagi..

Monday, May 21, 2012

Birthday Ibu..

Ucapan khas buat ibu tersayang dari Ayah, Azim, Dina & Iqbal..Semoga ibu panjang umur dan dimurahkan rezeki..Sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dalam hidup..
"Selamat menyambut Hari Ibu & Happy Birthday"..We love u sooooo much...!!!!






"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu...
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu..
Jika engkau minta satu APPLE akan aku coba..
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.."


Saturday, May 19, 2012

Sukan Rakyat Malakoff & Kg Segari


Sabtu 19 May 2012 - Malakoff bersama2 dengan staff Lumut Power Plant mengadakan Sukan Rakyat dengan penduduk2 kawasan Segari..Sukan rakyat diadakan di padang Sekolah Keb Segari bermula jam 8.30 pagi...walaupon pada awal pagi hujan turun dan angin agak kuat bertiup..tapi ketika majlis bermula cuaca mula bertambah baik..
Tak tau laa semenjak seminggu dua ni, sebelah malam je mesti ada ribut & hujan lebat..baru 2 hari lepas pon sama, byk pokok2 tumbang di tepi2 jalan antara Pantai Remis ke Manjung..Rumah2 penduduk kat sini pon khabarnya ada yg rosak.

Mula2 macam malas je nak pi, lagipon aku tak register nak main apa2 game..Semalam plan nak join Hairul & Shafeg kayuh 100KM, repeat route JMFR..Hujan punya pasal terus aku cancel & daripada dok sorang2 kat umah, baik ikut je, kebetulan wife aku pon mmg AJK utk event Sukan Rakyat ni..Anak2 aku pon dah excited nak masuk pertandingan mewarna..


Sampai Segari, terus register nama & amik nombor lucky draw..pastu depa bagi pulak borang suh isi nak main sukaneka apa..aku pon buat team dgn Zahrain & Din, kitorg register main Lari Batu Bata, alahh yg berjalan atas 3 ketul bata tu..yang ni team kitorg dpt tempat pertama..dapat hadiah nak kata tuala bukan, nak kata selimut pon bukan..dia tulis "Fleece Throw", selimut laa kot, kain lembut nipis tuu..yang first game kitorg main ialah Boling Kelapa..Din je dpt jatuhkan 6 botol mineral..aku dgn Zahrain, ke longkanggggg..hehehe...


Second game main kerusi berirama, main rebut2 kerusi la pulak..yg ni taktau sapa yg tulis nama aku..terima kasih la pada yg tolong register tuu..game ni aku dpt no 2..dapat set pinggan mangkuk plastik tesco..kalau menang 1st place, dpt selimut tu lagi, since aku dah dpt tadi, so aku bagi dpt no 2, dpt la hadiah lain plk..terrer tak buat strategi..???? hahahahhaa..padahal tak terrer pon main rebut kerusi tuuu, menang nasib je..puuuiiii...

Last game aku main bola pakai kain batik..yg ni pon tak tau sapa yg register..dah bertahun aku tak main bola, bola padang & futsal..mmg tahap gantung boot dah..tau tau nama kena panggil je..Game ni menang tempat ke 2, hadiah kotak lipat yg boleh transformed utk jadi kotak simpan barang...ada kot besar kotak kasut..boleh laa simpan barang2 cycling aku yg bersepah tuu..heart rate monitor, cermin mata, speedo meter, glove, tool set..




Yang paling best lucky draw naik lagi nombor aku..dpt kotak lipat jugak, tapi yg ni lagi besar siap boleh duduk jadi kerusi..


Game utk kanak2 pon ada..macam biasa aku hantar Azim & Dina utk bertanding..Bawak bola ping pon dengan sudu, isi air dalam botol dgn span, tiup belon..Hopefully depa dpt belajar sikit tentang semangat berpasukan...









Yang bestnya mana2 game kanak2, "Khairil" mesti masuk bertanding sekali..hehehhee..




Apa pon mmg enjoyed jugak la walaupon penat..mlm ni nak masuk keja syif malam pulak..huhuhu...


Besday Addina Sofea

14 May 2012 - Genap usia puteri kami, Nur Addina Sofea yang ke 6 tahun..Tugasan hantar ke sekolah hari tu diamanahkan kepada ibu sebab dia nak bawak kek ke sekolah..Celebrated besday dia dengan kawan2 di sekolah.

Dikesempatan ni, ayah, ibu, abg Azim & adik Iqbal mengucapkan "Selamat ulangtahun hari lahir utk kak Dina yg ke 6..Semoga dipanjangkan umor & dimurahkan rezeki..Sentiasa menjadi anak yang solehah & menjadi contoh teladan yang baik dalam keluarga..aminnnnnn..."

Wednesday, May 9, 2012

Malakoff Charity Ride 2012


Abis je minggu lepas event JMFR 2012, terus packing gerak pi KL pulak utk sambung event Malakoff Charity Ride 2012..kali ni pon total mileage 470KM..start dari KL Sentral ke Pontian..

1st Day (160KM) - Start dari KL Sentral 7.30am, melalui Kajang - Semenyih - Beranang - Mantin - Rembau. Singgah kat Rembau, solat jumaat dulu dan lunch...pastu terus kayuh balik & time ni cuaca dah semakin panas sepanjang kayuhan..Sampai kat trafik light persimpangan durian tunggal/alor gajah aku dah tak boleh blah..makin lama, makin jauh kena tinggal dari peloton..end up aku stop kayuh..tinggal lebih kurang dalam 30KM je lagi kot nak sampai finishing..tapi aku mmg totally exhausted..1st day aku mampu kayuh setakat 130KM je..
Sampai Orna Golf Resort Jasin, terus check in..Kongsi 7 orang sebilik, ada 2 katil besar & 3 katil bujang..Malam semua senyap sepi, lepas abis dinner terus naik bilik tido.

2nd Day (140KM) - Start dari Orna Golf Resort 7.30am..melalui Jasin..dok perati2 jugak kot2 ada jumpa member2 kat Jasin tuu..Peloton menghala ke Tangkak untuk 1st water station kat petronas..hari kedua kayuhan cuaca mmg best, redup jee..Pastu ada peluang untuk sprint 500 meter sebelum sampai ke 1st stop water station..masing2 dah standby nak "tembak" bila dapat peluang..mmg terbaekkkk..
Route dari Bukit Gambir mmg kaw2 punya rolling up & down mcm dragon back..start je dari Bukit Serampang dah mula start climbing..aku mmg failed laa bab2 climbing ni..tapi layan je laa..nasib baik cuaca ok.. yang tak best peloton depan control speed, naik turun bukit maintain speed dalam 17km/h - 20km/h..adoiiii, mmg sakit laa dok main brek jee, igtkan turun bukit leh la amik lajak simpan energy..sampai kat simpang Jementah/Segamat marshall suruh stop sat untuk regroup balik sebab ramai yg dah putus..laluan ke Pekan Jementah tu laluan agak sibuk, kalau regroup senang marshall nak control jalan..masa ni aku selisih dengan estima hitam ada callsign 9W2ZSM..dia tgh dok syok layan amik gambo dgn DSLR..Sebelum sampai ke stop lunch, sempat sekali lagi sprint..mmg terbaekkk..
Lepas lunch semua layan kayuhan santai, sampai ke Hotel Villa Segamat...

3rd Day (180KM) - Start dari Hotel Villa Segamat menuju ke Pontian..First 5km semua cyclist Malakoff lead the peloton untuk photo shoot..time ni la kot Misa KUOTA (cyclist Malakoff-Lumut) jatuh..dengar citer dia terlanggar tayar orang depan..lepas tu macam biasa, acara tarik menarik bermula..Dari Segamat terus ke Tenang - Labis - dan stop kat Terminal Bas Chaah untuk 1st stop water station..Kemudian terus ke Yong Peng, cuaca dah mula redup..Lepas je Yong Peng nak sampai ke Ayer Hitam hujan lebat..Singgah lunch kat area Ayer Hitam kalau tak silap..macam biasa xtvt "menembak" bila dah dekat nak sampai destinasi...walaupon dihalang oleh Nazir selaku pacesetter kat depan, tapi semua buat tak reti je..sprint jugak dalam ujan..2 kali pulak tu sprint..yg 1st semua tertipu, bukannya 500 meter lagi, rupanya dekat 2KM lagi nak sampai..time ni la kot tayar beskal Nazir pancit..hehehe..so takde laa orang nak halang lagi xtvt menembak..lagi 500M je berdesup semua henjut ke depan..mmg enjoyyyyyy..rugi Khairil tak pi...huhuhu..

Semua berjaya abiskan kayuhan dengan selamat tanpa support car..cuma Misa & Shukri je yg jatuh time kayuh..masing2 berlanggor dengan orang depan..mileage aku clocked 430KM je instead of 470KM, yg selebihnya loss masa 1st day..:(