Sunday, March 21, 2010

Malakoff 1 day ride


20/3/2010 - Padang Terap to Wang Kelian (150km)

Kali ni ride x ramai yg dpt join, kebetulan di LPP ada GT23 C Inspection + Block 2 Block Outage..Jadi ramai la yg kena standby kat opis..staff dari Lumut yg dpt join ride kali ni hanya 6 org..aku, Hamid, Zahrain, Mije, Zahram & Leman (trainee)..

Bergerak dari Manjung jam 5.30PM..sampai di Terap Inn, padang terap jam 12am..Hiway lepas tol juru jem teruk sampai la ke tol sg dua..bukannya sebab apa pon, lepas tol sg dua ada kemalangan, keta terbabas masuk ke sawah yg kering kontang tepi hiway tuu..disebabkan keprihatinan rakyat malaysia ni, yg slow nak tgk xcden tuu, jem teruk bermula dari tol juru..

Kayuhan pagi semlm bermula lebih kurang jam 8am, selepas selesai breakfast & stretching...Total cyclist 20 org camtu je, geng Letua x turun kali ni..Cyclist dari TTPC ada 5 org kalau x silap, mmg regular rider yg join charity ride ke Krabi dulu..tapi Hj Nik dah beli roadbike baru, TREK Madone...sorg lg, Shiva pon dah naik rdbike jgk..Ari masih maintain dgn MTB + slick tayar..tapi tetap lajuuuu....Bos Malakoff, AJ pon dah beli roadbike baru, SCOTT..CERVELO dah simpan...


Trek Hj Nik TTPC
AJ dgn SCOTT baru..
aku dgn group TTPC


Suhu kepanasan mmg takleh tahan, direkodkan 41 Deg C kat hiway Chuping (ladang tebu) dgn angin yg kuat..Mmg tak bleh blah, aku tertinggal di belakang sekali sepanjang laluan hiway merentasi ladang tebu..tinggal aku, ari TTPC & aini malakoff..yg lain semua dah lepas ke depan..Mmg terasa kulit dibakar dek terik matahari, walaupon masa tu baru jam 11am...berbelang lengan aku..huhuhu..

Bulatan hiway Chuping

Ladang Tebu, Chuping



Lunch time kat Restoran Tok Mek di timah tasoh jalan padang besar-kangar(ngam2 100km)...makan mmg sedap, dah laa lapar..hehehe...
shiva & ari(jersey kuning) TTPC posing depan restoran Tok Mek
Lauk je, nasi belum sampai..
Air Cincau..
Nasi dah sampai..pulun je laa...

Lepas lunch kayuhan lagi 50km diteruskan dgn hanya 17 cyclist..Tapi bukan 17 cyclist tu yg berjaya sampai ke puncak wang kelian..tak sampai 10 cyclist kot rasanya yg berjaya sampai ke puncak wang kelian..

Apa pon meh layan gambo dulu yg sempat aku snap dgn henpon disepanjang laluan..Gambo dari jurugambar pro, akan diupload kemudian..

Puncak Wang Kelian
Thailand...
Basikal pon naik ambulans
Ari posing depan ambulan kat puncak wang kelian..Jangan risau, ride dgn malakoff gerenti ada ambulans yg support...



Tuesday, March 16, 2010

Tenung punya tenung..ehhhh..

Macam aku kenai jee mamat yg pakai kain pelekat tak berbaju tuu...tapi di mana yaaa..??? hahaha...hampeh punya awe...dgn tak berbaju, tu kalau terlondeh pulak kain pelekat, bukan takat satu malakoff je malu..satu malaysia woooo..kuar surat khabar "atlit duathlon malaysia terlampau..."





Monday, March 15, 2010

Exam...AO

Yahooooo...dah boleh merdeka, exam AO dah abis tepat jam 12.15 tgh hari tadi...Lega aihhhh...Kalau tidak, makan tak lalu, tidoq tak lena..asyik baca buku jee...huhuhu..
Skang dah boleh merdeka, dah boleh sambut besday..harap2 LULUS laa, kalau tak lulus nak kena repeat balik..takmooo, takmooo...:( :(
Lepas ni tumpukan pada Kelas Praktikal, Kawalan Motor pulak..

Apapon terima kasih diatas doa, sokongan dan keperihatinan XYL dan anak2, sewaktu time aku tgh struggle gile-2 study last minit..(biasa laaa budak poli, mesti study last minit..hahaha...)

On the way balik dari IKM Manjung tadi, sempat singgah sat kat Imigresen Lumut utk check status permohonan passport aku yg ilang tahun lepas..Alhamdulillah, permohonan utk buat passport baru dah diluluskan..Cuma skg ni tgl pi buat passport utk XYL & harmonik 2 org tu je lagik..Siap je passport, Insyaallah ujung bulan 5 pi Chiangmai...Jaaaalaaannn, jaaaaalaaaaannnn ke "Golden Triangle"


Sunday, March 14, 2010

Happy Besday To My lovely Husband ~ 9W2LPP

Untuk My hubby yang tersayang :-

Ya Allah kau panjangkanlah Umur suamiku,
Kau berkatilah hidupnya,
Kau Murahkanlah rezekinya dengan rezeki yang halal
Kau jauhilah ia dari perkara-perkara yang tidak dingini
Kau lindungilah ia sentiasa
Kau tetapkanlah iman didalam dirinya

Aminnnnnnnnn

semoga abang menjadi suami dan ayah terbaik.....







Monday, March 8, 2010

Doa



Allaahumma innii a’uudzu bika minal hammi wal hazan,
Wa a’uudzu bika minal ‘ajzi wal kasal,
Wa a’uudzu bika minal jubni wal bukhl,
Wa a’uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.

Ertinya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.