Wednesday, November 30, 2011

Pilihan Ramai


Akhirnya, setelah berbalas2 email maka dengan persetujuan semua, terpilih la jersey & bib ni utk team Malakoff Cycling Club..Harap2 cepat siap..yeehaaaaa...

Tuesday, November 29, 2011

KLIA - 29112011



Kali ni online dari KLIA..Alhamdulillah, kedua mertua aku dah selamat sampai dari Mekah ke KLIA jam 10pm tadi..Aku bergerak ke KL pagi tadi jam 10am dan sampai di Cheras dah kui 3pm..Ujan lebat di sepanjang hiway sampai la ke KL..Insyaallah esok pagi gerak balik ke Pantai Remis..

Monday, November 28, 2011

Permit Extended..Padang Besar, Perlis..



Sabtu kelmarin aku balik taiping sorang je, yg lain semua tak ikut..XYL pon belum abis pantang lagi, azim & dina pulak pi manjung dgn eton & wati..tinggal la XYL dgn Iqbal berdua..Aku balik taiping dalam kui 6pm, tengahari tu pi kenduri kawin umah fairus (3rd runner aku)..

Selamat Pengantin Baru Fairus & Farah..lepas abis kenduri terus pi ke pelantar beli ikan utk stok umah sini & bawak balik taiping..beli ikan kat pelantar lebih murah sbb direct dgn tokey ikan..

Sampai Taiping dah kui 7pm, pi pusing kedai tayar tgk masih buka lagi..terus singgah tukar 2 biji tayar yg dah botak..selasa aku nak mobile ke KLIA utk amik mak & pak mertua balik dari Mekah..

Ahad pulak aku dapat "extended permit" utk pi kenduri Saifi aka dedau, member opis jugak..tapi yg ni kat Perlis..Taqin (9W2GVI) datang amik aku kt tol kamunting dalam kui 9am..pastu terus bergerak ke Perlis..agak lama jugak aku tak pi perlis, last masa Malakoff One Day Ride..tak igt dah bulan baper, ada dlm entry yg lepas2..

Kui 11am dah sampai umah kenduri, tapi kenduri tak ready lagi..So pusing ke Padang Besar dulu, Taqin pon 1st time pi Padang Besar ni..so aku jadi tourist guide dia laa pulak..Masih awal, tak ramai orang di Kompleks Pasar Padang Besar..



Taqin nak survey jersey, dia ni mmg collector jersey..aku takde plan pon nak beli apa..window shopping je la..pagi tu kitorang tak beli apa pon, kui 1pm baru bergerak semula ke rumah kenduri..apa lagi, perut dah lapar..makan dlu laa..Lepas kenduri, kitorang repeat sekali lagi ke Padang Besar..Kali ni baru borong jersey..aku pon turut terjebak beli 1 jersey QPR..



Selamat Pengantin Baru Saifi & Mira

Kat umah kenduri jumpa Kak Yong (9W2YZU), Kak Yong sepupu dgn pengantin lelaki..Jumpa jugak geng HAM..hehehe..Ni gambo dalam entry ni aku cilok dari blog Kak Yong..aku xde amik gambo pon, Taqin je yg dok snap gambo..nak tunggu dia email la dlu gambo2 tu semua..

Friday, November 25, 2011

Result Powerman Malaysia 2011

Result tahun lepas utk Team Malakoff Cycling Club 3002..



dan..Result tahun ni utk Team Malakoff Cycling Club 3003..




Kekal JUARA..!!!

Wednesday, November 23, 2011

Malakoff Pro Jersey

Mana satu pilihan hati..harap2 sempat utk pakai kayuh interstate nanti..

Pilihan 1


Pilihan 2



Pilihan 3

Tuesday, November 22, 2011

Iqbal selsema

Hai semua,

hari ni kali ke dua aku p klinik bawa Iqbal ( aku tak drive la ).first p doktor cakap dia ada kahak sebab perubahan cuaca..ok lah aku mintak ubat dia explain baby kecik lagi..hanya bagi ubat titis hidung.Iqbal still xde perubahan sama ja..setiap kali nak menyusu Iqbal mesti mengamuk termasuk la nak tdo..sebab kahak tu dah ganggu dia.

Tapi hari ni aku dah tak boleh tahan tengok dia..sekali lagi p klinik yg sama..p awal sebab nak dapat no awal sebab husband nak keje malam...xleh blik lewat.sampai turn doktor check cakap iqbal selsema...adoiii hari tu lain..kali ni lain pulak..malas aku nak cakap byk dengan doktor tadi sakit hati...pas dah check sumer aku terus masuk kete.husband yang ambik ubat.3 jenis sumernya ..harap-2 iqbal boleh lega dan sembuh..

entah la aku pun tak tau mana silapnya..doktor salah cakap ker atau pun aku silap dengar...

Muka budak yang tak sihat


nape jelir lidah dik..tak makan apa-apa ubat pun




nanti free update lagi yer...Salam

Saturday, November 19, 2011

Laluan MIFR 2011/2012

Ni laluan yg aku dapat dari email utk MIFR 2011/2012..Day 1 Round Island kali ni tak lalu teluk bahang, batu feringhi lagi..Maybe laluan dh tukar ke arah Balik Pulau dan terus je Georgetown balik ke Youth Park..tak pasti sama ada round island ikut arah jam atau lawan jam kali ni..



Hari kedua, dari Youth Park, hala ke jambatan pulau pinang dan terus naik ke utara, ke Bakar Arang, Padang Serai, Kulim dan balik ke Juru Autocity.



Test Ride utk route ni maybe akan dijalankan dalam bulan Disember, tarikh belum di pastikan lagi..

Jersi MIFR 2011/2012

Jersey for REGISTERED PARTICIPANTS ONLY..lawa jugak..bib pon ada, tapi bib kena beli sendiri RM100 dan kena collect sendiri kat Ciclista booth, Youth Park pada 31/12/2011 jam 11am keatas..sapa yg berhajat nak order, sila laa isi form kat link dibawah ni..:

https://creator.zoho.com/chentheanhock/copy--of-kotrt2/form-perma/MIFR_APPAREL_ORDER_FORM/




Yang satu lagi ni jersey utk Marshall rasanya..cun jugak..harga sama jugak, jersi RM100, bib RM100..


Friday, November 18, 2011

Pei Zheng konvokesyen and report card

hai semua
Alhamdulillah bersiaran kembali kali ni nak citer pasal abang dan kakak Iqbal jer.skang ni kan dah hujung tahun persekolahan..so banyak lah juga perkara-2 yang aku ngan suami tak boleh join untuk event abang dan kakak.

Firstly untuk azim..sori ibu ngan ayah tak boleh nak p sign report card hari tu..ibu still dalam pantang and ayah pulak morning shift.nasib baik ada adik aku..so dialah yang p sign..siap cikgu bagi bawak balik report card untuk tunjuk kat aku..alhamdulillah ada peningkatan..pertengahan tahun 2 dapat no.6 ..kali nie akhir tahun dapat no.4.Ermm pas nie kena lebih usaha lagi..no online game ok !.

untuk dina pulak..sori jugak k ibu ngan ayah tak boleh nak join dina punya konsert..sapa suruh cikgu buat malam..huhuhu..ayah pulak time tu night shift..harap mak-2 sedara jer yang boleh p tengok..lagipun dina kan selalu menyanyi dan menari dalam rumah..kira ibu tengoklah tuh.Dina mlm konsert tu dia buat 3 persembahan ( menyanyi solo, menari ulik mayang dan persembahan adat perkahwinan orang melayu ).Malam tu jugak dina dapat Best student untuk 5 years.masa dina masuk tadika dulu ibu risau sangat kat dina..sbab dina nie tak takut orang dan ikut kepala dina jer..tapi dina dah usaha dan berubah sikit la..hehehe..alhamdulillah.

Di sebalik persembahan dina ada juga orang kuat yang bekerja di balik tabir. ..thanks tu Khairin naim a.k.a Shukord yang telah menBurn kan lagu untuk persembahan dina.segala usaha anda dikenang ..semoga Allah jer yang dapat membalas..nanti eton belanja...

haha Jom layan gambar dina malam konsert tu..azim xde la gambor...lagipun dia x suka sangat klu org ambik gambor dia.

Dina ngan wardina @ puteri untuk persembahan ulik mayang
Dengan pengantin berbangsa cina
Dengan pengantin Melayu
posing dengan baju kebaya
posing lagi
Congrat's
haaa yang berlebai nie..tok kadi

Saturday, November 12, 2011

Powerman Malaysia 2011


Powerman Malaysia 2011 sekali lagi di Manjung dan macam biasa aku takkan ketinggalan turut serta syok2 untuk meramaikan majlis..masuk free maaa..huhuhu..

Petang tadi agak lewat pi amik race kit kat stadium manjung, keta kat umah kena blocking dgn keta pengantin..kebetulan jiran aku ada buat kenduri kahwin anak dia..Mujur ada keta adik ipar aku, guna keta dia pi amik race kit..time aku sampai pukul 4.30pm dah tak ramai orang..dah dekat nak tutup dah kot..dalam email bgtau tutup jam 5pm..beli powergel sekali dgn stok untuk kayuhan Malakoff Interstate Fellowship Ride ujung tahun ni..dapat lagi botol air powerbar..dalam race kit pon dah ada sebotol, jadi 2 botol..taktau mana nak letak..dalam kabinet dapur dah penuh dgn botol air..register cycling event je, dapat free botol air..

Harap2 esok cuaca baik, tak ujan lebat mcm pagi tadi..apa pon cuaca, semoga memberi keberkatan kepada smua yg bertanding dalam Powerman Malaysia 2011.

Penyu Segari




Hari ni aku, Azim & Dina dan Eton join bersama program Malakoff, projek CSR Malakoff di Pusat Pengurusan Penyu, Segari..Ibu & Iqbal tinggal kat umah, masih berpantang..
29 Oct aritu ada gotong royong di Pusat Pengurusan Penyu ni, hingga mencetuskan idea2 mencipta dialog cerita "ada apa dengan tiang"..Pagi ni pulak majlis melepaskan anak2 penyu ke laut..Pagi tadi ujan lebat, tapi majlis tetap diteruskan..

aku baru 1st time pi tempat penyu tu, dah berbelas tahun aku dok ulang alik pi kerja, tak pernah pon aku kona pi ke tempat penyu ni..bukan jauh pon dari Lumut Power Plant, satu jalan je..Tempat Pengurusan Penyu ni bersebelahan dgn Baitul Hilal, tempat tengok anak bulan..Untuk negeri Perak, sini la tempat utk tgk anak bulan tiap2 tahun sebelum pengumuman raya..

Sekolah2 angkat Malakoff di sekitar daerah manjung pon turut serta menghantar pelajar2 utk bersama2 join program ni..ada kuiz penyu, pertandingan mewarna dan lawatan di tempat penternakan penyu..





Pelepasan anak2 penyu ke laut



Thursday, November 10, 2011

111111

Hari ni hospital kerajaan dan swasta penuh sesak..ramai yg nak bersalin tarikh ni..yang nak akad nikah pon ramai hari ni, kenduri weekend ni baru buat..salah sorangnya adik poji kerang..kenduri hari ahad ni..Insyaallah lepas abis powerman kat manjung boleh laa pi "terpa" umah hang makan kenduri..

Dan, pagi tadi aku dapat SMS dari abg man (9W2MPB), bagitau Pak Haji Idris (9W2IBH) Kg Gajah, telah meninggal dunia..Innalillah..Takziah buat keluarga 9W2IBH..aku pernah jugak beberapa kali QSO di udara dgn arwah sebelum ni, cuma belum sempat bertemu bersalaman di daratan..Semoga roh arwah Pak Haji Idris dicucuri rahmat..amin...

Ni gambo yg sempat direkodkan oleh Mutaqin (9W2GVI) kat Lokal Control Room GB3..Terbaekkk...!!!