Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru

Salam Semua
kejap jer kan dah masuk 2011 and bye bye to 2010...KPI tak lengkap, keje tak habis-habis..badan pun tak kurus ...tapi hujung tahun 2010 nie  aku dah berjinak jinak dengan bakery..tq kat asben sebab belikan aku oven..Alhamdulillah..
 Time nie tinggal aku ngan anak-2 jer kat rumah..asben aku pergi berhempas pulas mengira berapa panjang jalan yang ada kat penang tuh...malakoff interstate 2010 ..boring gak..keje kat rumah banyak cuma macam boring sikit..tu yang update  sikit-2 tuh.Citer pasal nak habisnya tahun 2010 nie  semalam department aku buat makan-2 kat Secret Recipe..layan....kitaorg bertolak dari opis lunch time.....dok lepak kat sana dalam sejam lebih lepas kenyang sumer masing-2 balik rumah..sebab hari tu Malakoff bagi 1/2 day hari tu.sempena Malaysia menang bola..jumaat dapat cuti free sebab sabtu Public Holiday..yahooooooo

Masa makan tu sempat la snap  2 -3 keping gambor...
tq kak ezra sebab dengan jawapan yang begitu tulus dan ikhlas lagi  sempoi bagi green light untuk kita satu department buat makan-2.nanti boleh la bagi 2nd green light untuk sambut tahun baru pulak..hehehee..Azrul ngan hassan mesti suka...hehehehee

 In one team
 yang dok sebelah aku tu azrul ( baju biru )..hepi semacam
 Mamat-2 Honda : Dari kiri shidi Cip, Azrul dan Hassan...baca doa selepas makan ker
yang nie pulak geng yang hilang dari pandangan..ambik gmbr pun kat luar jer...depa p bakor nyamok..

K lah kot naaaaa

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011 

Wednesday, December 29, 2010

Hai Semua,


nie nak habaq entry kali nie untuk citer-2 yang dah lepas..xder masa nak update..nie pun ingat sikit-2 ja..boleh la kan untuk memori..




Untuk citer kali nie masa jalan-jalan habiskan duit time cuti sekolah..tak tau nak p mana.tapi sebelum cuti sekolah hari tu aku dah janji dengan azim nak balik Melaka dan kebetulan pulak Citra Club ada buat Family Day..buat pulak kat Melaka..so kami pun ambik peluang nie sambuang cuti lagi 2 hari stay kat umah Emak mertua  ( 13 - 14 Dec 2010 )..event dengan family citra habis hari ahad dalam lepas lunch la macam tuh.dah habis bersurai sumer kami dalam 5 biji kereta p MITC..saja buat-2 lenguh kaki..kebetulan ada SDSI ( Satu Daerah Satu Industri )..oklah..xbeli apa sangat pun..dalam kul 6 lbh kami gerak ke haluan masing..aku satu family terus gerak g jasin...sampai umah mertua pun dah lewat ..pas  maghrib camtuh..sebelum tu singgah dulu pekena nasi lemak kukus kat satu kedai makan kat Jasin..kalau sapa-2 p jalan kat jasin boleh la singgah kat kedai nie..nama kedai nie DIN CORNER..kedai nie famous dengan otak-2, nasi lemak kukus yang mabeles...yang lain byk jugk tapi kami order nie jer..pas dah kenyang sumer baru balik umah mak mertua..


malam tu rest jer..tido pun awal..sebab esoknya nak jalan..sebelum tu dah kol adik aku yang sememangnya dah bermastautin kat melaka nie..so ajak dia g jalan-jalan..


pagi esoknya dalam kul 11 kami kuar umah...terus p bandar hilir..tempah tiket untuk naik menara Tamingsari..tiket RM20..untuk dewasa..kalau tunjuk Mykad dapat RM10..kanak-kanak 3- 11 tahun RM10..kalau tunjuk Mykad dapat RM5.kena tunggu turn nak naik..risau jugak takut dina n azim gayat..tapi tengok ok ja..standby tunggu turn.menara nie setinggi 110 meter  dan berputar 360 darjah. masa kat atas tu boleh melihat bandar melaka..nice view..


dah habis tu jalan kaki p melawat A Famosa...letih jalan naik tangga..Nie ada sikit pasal sejarah A Famosa


Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah artikula penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

dah penat berjalan ..n dina pun dah start moody...kami pun gerak p lunch  ..nama tempat tak hingat...sori lupa..banyak makan otak ikan...hahahhaa..

Lepas sola zohor kami gerak p Taman Buaya kat air keroh....aku ingat kat taman buaya ada buaya ja..rupanya binatang lain pun ada..kura-2, burung, ular, tuntung dan bnyak lagilah...haa tapi kat sini ada buaya show...time dia kalau tak silap pagi kul 11 dan petang kul 2.30..macam tu lah..dah habis melawat semua dalam kul 5.30..pas tu balik arhhhhhhhh letih.......


kami-kami yang tunggu turn..yang belakang tu rumah hantu..
Taraaaa dah start naik sambil berputar..
syok tengok pemandangan
View bandar melaka

Dina yang sempoi
Adik ipar ( Cikgi ) - baju Biru
start walking and walking
LPP yang control ancem naik tangga..penat tuh...

nanti kalau ada masa aku atau LPP akan update citer p ICity shah alam dan yang lain lah na...

salam 

Tuesday, December 28, 2010

Hadiah utk AJ


Malakoff Interstate 31/12 & 1/1 nnt adalah last day AJ ride dalam Malakoff Group..Lepas ni AJ dah bersara, dan meninggalkan Malakoff Corp Berhad..Beliau dah tak nak extend lagi service sebagai CEO..Tak tau la sapa pulak yang akan ganti AJ..dan tak tau apa akan jadi dgn team cycling malakoff..apakah akan masih terus aktif dgn xtvt kayuhan, atau akan beralih arah mengikut bos baru yg bakal menggantikan AJ..

So far dari info yg aku dpt, Malakoff Charity Ride utk 2011 still ON..tapi tarikhnya dan tempat belum ditentukan lagi..Maybe masa kayuhan interstate nnt, boleh risik2...jangan malakoff buat awal bulan Jun dah laa, melepas laa aku nak join..time tuu aku dah pilih utk pi Vietnam dari 3 Jun hingga 7 Jun, Malakoff Family Day 2011..

Walaupon dah bersara, for sure AJ masih aktif dan sentiasa akan join kayuhan yg malakoff akan buat selepas ni..Sebagai mengimbau kenangan AJ bersama Malakoff Cycling Team, Rosdi ex-malakoff cyclist dgn sukarela menghadiahkan jersi Malakoff Cycling Team utk ditandatangan oleh rakan2 dan diframekan..sebagai hadiah utk AJ nnt...Dalam banyak2 gambo yang ada tuu..gambo aku laa yg paling banyak..kayuh tak kuat mana, bergambo jee lebih...huhuhu...

Wednesday, December 15, 2010

Family Day - CCM 2010

11 dan 12 Disember 2010, join Citra Club Malaysia (CCM) punya family day kat Pengkalan Balak, Melaka..Gerak dari umah hari Jumaat 10 Disember,tu pon dah lewat dekat kui 9pm baru kuar umah..2 buah citra dari taiping dah tunggu kat R&R Tapah..kitorang 3 family je wakil CCM Perak..yang lelain tak dpt join..

Sampai di R&R Tapah, rileks kejap pastu baru bergerak..2 member dari Taiping tadi nak exit Rawang, depa akan stay kat umah Kak J (member CCM jugak) so aku terus ke Cheras, portable station aku kalau pi KL..sini laa port nya..sampai pon dah lewat dekat kui 1am..

Esoknya pagi sabtu, semua member citra akan berkumpul dia R&R Seremban arah selatan jam 10am..kitorg kuar dari cheras jam 9am, igtkan jauh laa R&R Seremban tuu rupanya dekat je..kalau kuar lewat sket pon baguih..Sampai je R&R Seremban dah nampak 3,4 buah naza citra yg ada stiker CCM kat cermin belakang dok parking..Owner dia x nampak, maybe tgh dok makan kot, breakfast...Lagipon bukan kenal sapa owner, selalu dok berbincang dlm forum je di internet, tak nampak muka..hanya sebilangan je yg aku pernah & selalu jumpa kalau turun KL..



Spiderman & Froggy

Lebih kurang 36 buah Naza Citra jugak yang join family day ni..Ni family day pertama yg aku join semenjak join citraclub dari 2006..Konvoi di lead oleh Marshall citraclub, yang jugak rakan2 HAM, semua bercallsign..memang memudahkan konvoi bila menggunakan radio/walkie talkie sepanjang perjalanan..tak perlu nak guna handphone lagi..Perjalanan smooth sepanjang hiway hingga exit alor gajah sampai laa ke destinasi di D'Nelayan Resort Padang Kemunting, Pengkalan Balak. Pengkalan balak ni la check point ke 3 masa aku buat kayuhan dari PJ ke A'Famosa haritu..tempat Pak Ya Marshall eksiden..



Singgah makan tengahari dulu..Penuh kedai ni diserang oleh CCM yg kebanyakan memakai baju merah, baju rasmi CCM..Kehadiran CCM menyerbu restoran tu membuatkan owner menadah tangan bersyukur, banyak rezeki dia dapat hari tu...


Ayaumph & Family (fotographer CCM)

Malta & Family (Boss CCM Perak)

Hairi7575 & Family (Ex-Boss CCM Perak)

TiiTii & Family

Citra Big Family

Sampai je kat resort, parking keta cantik2 terus amik kunci..petangnya ada acara sukaneka pulak utk anak2 dan jugak mak bapak...1st time Dina join sukaneka ni..walaupon dia agak kelam kabut tapi not bad laa, dia dah pandai bawak diri..boleh sertai semua acara sukaneka..Azim dah expert, dah tau selok belok sukaneka ni, kat tadika dulu pon dah mmg menjadi acara wajib..
Dina tunggu giliran - bawa bola pingpong dalam sudu

Kui 6pm semua acara stop, walaupon masih ada 3 acara yg belum dibuat kerana kesuntukan masa..lepas minum petang, ada yang mandi laut, ada yang layan banana boat..aku sempat jugak jumpa "lelo", member lama aku, kebetulan dia ada di Akademi Laut Malaysia(ALAM), tak jauh pon dari resort ni..

Malam dinner, BBQ..siap dgn acara tukar2 hadiah dan "kotak beracun"..nasib laa sapa yg kena denda karaoke, menari tarian hindustan, tarian asli..mujur aku kena perkenalkan diri & family..abis BBQ, ada yang layan karaoke, poco2 sampai kui 1am..kitorang ramai2 dekat 15 org kot, pi layan teh tarik kat kedai sebelah resort ni sampai 2.30am...



Pagi sarapan nasi lemak dan roti..lepas tu ada lagi sessi karaoke dan poco2..SEV je layan poco2 dgn geng2 pompuan yang lain..geng2 lelaki mcm biasa laa sessi eyeball & ushar2 keta..sembang pasai modified keta, sembang pasai radio amatur..Sebelum check out, sekali lagi sessi bergambar beramai2..



Kui 11am baru check out dan menuju ke rumah pesakit kanser..Family Day Citra Club ni sekali dengan bantuan amal, mmg tiap2 tahun CCM buat event CSR ni utk bantu orang2 yang memerlukan..sampai di rumah Pak Hamzah sesudah konvoi semua bersolat zohor di surau berdekatan dalam Taman Terendak Permai..macam2 sumbangan yg diberi, beras, gula,tepung, selain dari wang tunai untuk perbelanjaan..laporan berita sila klik Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8526085.asp

Semua konvoi berpecah ke destinasi masing2, 6 citra ke Kluang, 6 citra ke MITC Melaka..yang selebihnya balik ke destinasi masing2..Aku sambung lagi 2 hari percutian, balik ke rumah family aku kat Jasin..hari Isnin pagi, jalan2 dgn adik ipar aku ke Banda Hilir, naik Menara Taming Sari, naik Bukit St Paul, A Famosa...Hari Selasa pagi baru bergerak balik ke sini, melalui Port Dickson..

Wednesday, December 8, 2010

LeTua Cycling Team

Hari ni dpt 2 email dari member kat Malakoff HQ pasal LeTua Cycling Team ni..
Yang pertama, pasai jersey baru LeTua 2011 untuk dijual..tapi last date order 10 Dec 2010...aisehhh, bonus pon belum dpt lagi ni..kalau Malakoff bagi subsidi sikit beli jersey ni utk Malakoff Cycling Team cunnnnn jugak...huhuhu..
Harga jersey RM160, Bib RM230, Glove RM70, Stokin RM30..


Email kedua pulak tentang pre-LTDL ride called "LeTua 100km RIDE" pada 16 January 2011 nnt...Malakoff Cycling Team dijemput sekali untuk join sama..

Details :

Date: 16 January 2011

Venue: Sime Darby Pavilion, Bukit Jelutong, Shah Alam

Time: 7.30am to 12 noon

Let's ride with the 2011 LeTua Continental Cycling Team!!!
100km fully supported ride from Bukit Jelutong to Bukit Jelutong.
Funds raised during this event shall be used to support the LeTua Cycling Team for its 2011 campaign.

Refreshments, ride marshalls, goodie bags (cap, t-shirt, finisher medal) are provided.

Water stops at 30km and 85km.

Entrance fee : RM50