Wednesday, May 29, 2013

Malakoff Charity Ride 2013

Total 480km, bermula dari Johor Bahru dan tamat di KL Sentral..

Laluan:
Day 1 : JB - Kota Tinggi - Desaru - Kuala Rompin (Finishing) 160KM - stay kat Hotel seri malaysia.
Day 2: Kuala Rompin - Muadzam - Bahau (Finishing) 195KM - stay kat Hotel Era
Day 3: Bahau - Kuala Pilah - Bukit Putus (KOM 1) - Ampangan - Bukit Mantin (KOM 2) - Semenyih - Bukit Dukong - KL Sentral (Finishing) 133KM

Kat JB semua cyclist dan krew2 yg terlibat stay kat Hotel Silka..Bertolak dari Lumut jam 11 pagi, sampai JB jam 9 malam..masa sampai tu pon bas yg bwk cyclist dari KL pon baru sampai..Bas bertolak dari KL Sentral jam 3 petang.

Day1 : Kayuhan untuk 60km pertama berjalan lancar dgn cuaca yg redup. Lepas je 1st feeding station terus ujan lebat..Ujan sepanjang laluan sampai ke feeding 120km..Last 40km dah start cuaca dah start panas semula. (*basah kuyup*)


Day2 : Laluan kayuhan yang panjang utk hari ke2 sejauh 190km. Cuaca yang baik sepanjang kayuhan, laluan rolling selepas feeding pertama di Simpang Bukit Ibam Muadzam/Segamat...Feeding ke 2, kat restoran Azea Kitchen kat KM 92..Selepas feeding ke 2 ni cuaca dah makin panas, laluan rolling sehingga ke feeding station di Stesen Petronas Palong 16 hingga ke penamat di Bahau. (*rentung*)

Day3 : Kayuhan sejauh 130km dengan 3 climbing di Hutan Lipur Ulu Bendul, Bukit Putus dan Bukit Mantin. Satu je feeding station kat KM60 petronas ampangan selepas climbing kedua di Bukit Putus..Lepas tu dah takde feeding station, hanya regroup selepas climbing Bukit Mantin. Cuaca dah semakin panas dan laluan rolling hingga ke penamat di KL Sentral..Bajet utk sampai jam 1.30pm tapi 3.30pm baru sampai..(*rentung & lapar*)
Sempat bergambo dgn orang lama ni..staff no TJ004...




Situasi biasa di setiap feeding station, beratur menunggu giliran...




Dan hasilnya...Rentunggggg...!!!!!











Monday, May 20, 2013

Selamat Hari Jadi

Selamat hari lahir yang ke 35
Semoga Allah memberkati usia mu..
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan...
dan
semoga bahagia selalu..

Abang & anak2 sentiasa doakan yang terbaik untuk sayang...
semoga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat..

selamat hari jadi

Semoga jadi ibu yang terbaik...

88

Tuesday, May 14, 2013

Nur Addina Sofea Azahar turn to seven years old...

Assalammualaikum and Gud nite


Entry ni dibuat setelah hero aku yang no.3 kini sedang nyenyak tido..kalau dia x tdo memang xde chance la aku nak menaip malam2 ni..okeyyy dipendekkan citer..hari ni birthday my princess Dina..dah darjah satu dah pun..macam besa dia sibuk nak bawak cake ke sekolah nk jamu rakan2..aku pun apa lagi order jer la..ingatkan hati nak buat kek sendiri tapi tu lah bila dah beranak kecik ni masa tu agak limited...nak mandi pun kadang2 sempat kadang2 lewat..tapi tulah itukan semua adat berumahtangga dan adat beranak pinak..hahahhaha

yaperdaaaaa kata-2 hikmat a.k.a doa tak jugak tulis kan..hehehe

oklah nie doa dari ibu untuk dina...
Ya Allah ya tuhan ku ya rahman ya rahim..engkau panjangkan lah umur anak ku Nur addina Sofea..murahkan rezeki untuknya , berilah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya, jadikan anak ku ini seorang anak yang sentiasa mendirikan solat, terangkanlah hatinya dan lindungilah ia selalu...aminnn

walaupun ibu garang dengan dina..ibu tetap sayangkan dina...sebabnya dina ni suka psyco ibu...

88 dari ibu, ayah, abang azim ngan iqbal@amin..

14.05.2013 @10.39pm

Tuesday, April 23, 2013

Tuesday, April 2, 2013

Thursday, March 14, 2013

Happy Birthday ~ Sweetheart

Salam pagi jumaat semua and salam mesra untuk my beloved husband aka ayah kepada 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang sangat mengada-ngada.Haaaaa...sebenarnya bukan nak cerita salasilah keluarga tapi nak buat special wish sempena hari lahir asben aku yang sememangnya jatuh pada hari ini, hari yang baik gitu penghulu segala hari.

For My sleeping partner :-

I wish you hepi besday , MOga Allah Panjangkan umur,dilimpah rezeki yang halal dan sejahtera selalu didalam lindunganNya.Doa dan harapan agar abg sentiasa meneruskan tanggungjawab yang sebaik mungkin untuk keluarga dan juga seorang Hamba Allah yang mengikut segala suruhanNya aminnnnnnn.

WE luv u so much
* your sleeping partner*azim*dina*amin* muahhhhh



Friday, March 8, 2013

Souvenir dari Switzerland




Tengkiu Sham..dia baru balik dari switzerland ada Factory Acceptance Test (FAT) kat sana..tak sure projek yang mana satu..tau2 dah pi je dan balik bawak souvenir untuk kengkawan..

Next week aku sepatutnya ada FAT jugak dengan ABB, tapi bukan kat switzerland..kat opis ABB Subang Jaya je..last2 cancelled pulak last minit..hampeh betoi, dah laa hotel dah booked kat Holiday Villa Subang Jaya..pastu tadi call nak cancel room reservation dah tak boleh..dia cakap dah exceeded 72 hours free cancellation..Kalau nak cancel mesti sebelum 72 hours..so depa akan charge bilik untuk 1 malam kalau tak jadi datang..Hotel Grand Dorsett sebelah tu pon bagi masa within 24 hours untuk cancel kalau tak jadi datang..siot aaaarrrr..