Monday, February 8, 2010

Semut Putih...

Lama benor rasanya aku tak update blog ni..Bizi sesangat dgn tugasan di pejabat & di rumah..time cuti dah hantar, amik anak pi dan balik sekolah...

Lebih2 lagi pulak bebaru ni almari stor kat umah kena serang dengan angkatan tentera "semut putih" a.k.a anai-anai...abis dokumen, file2 kerja, file kursus, majalah kereta yg aku simpan dari aku start main kancil turbo kat dlm almari tu jadi makanan depa..dan yg paling aku bengang, duit yg aku letak dlm laci tu pon depa dah makan separuh...RM260 semuanya koyak rabak...dengar citer boleh tukar balik duit tu kat mana2 bank...kebetulan ada rakan XYL aku di HQ, suami dia keje di bank negara..so dah pass dia duit tu hari jumaat lepas..hari ni,isnin dia dah dpt tukar yg baru...Allhamdulillah, ada lagi rezeki aku...


Aku mmg tak puas hati betoi dgn anai2 ni..pagi tu aku discovered depa buat sarang dlm almari stor tuu, petang tu jgk lepas balik keje, terus beli racun anai2..mlm terus start operasi sembur racun..abis satu umah berbau racun..dekat seminggu jgk laa berbau..2 kali aku repeat sembur racun kat luar dlm almari dan di setiap terowong anai2 tuu...dah check balik 2,3 hari lepas nampaknya anai2 tu dah lari..taktau depa lari ke mana...


tanya jiran sebelah, rupanya umah dia pon dah lama kena..tingkap dapor dah nak reput kayunya kena makan dgn anai2..aku pon tak pasti anai2 yg kat umah aku tu dtg dari umah dia, atau anai2 dari umah aku pi ke umah dia..apa apa pon, kawasan perumahan aku ni dah diserang anai2...


kalau nak panggil geng2 pest control mau beribu jgk laa depa charge...tebuk lubang dan sembur racun apa ntah masuk ke dlm tanah...aku ada survey dlm internet, depa ada juai "umpan anai2"..skg ni byk guna sistem umpan ni..bila anai2 tentera ni makan umpan tuu, depa akan jadi gila dan menyerang anai2 lain serta ratu anai2..so akan abis laa mati koloni anai2 tuu semua..kalau ada rakan2 yg ada info mcm mana nak membasmi sepenuhnya koloni anai2 ni, sila kongsi2..


No comments:

Post a Comment