Wednesday, December 29, 2010

Hai Semua,


nie nak habaq entry kali nie untuk citer-2 yang dah lepas..xder masa nak update..nie pun ingat sikit-2 ja..boleh la kan untuk memori..




Untuk citer kali nie masa jalan-jalan habiskan duit time cuti sekolah..tak tau nak p mana.tapi sebelum cuti sekolah hari tu aku dah janji dengan azim nak balik Melaka dan kebetulan pulak Citra Club ada buat Family Day..buat pulak kat Melaka..so kami pun ambik peluang nie sambuang cuti lagi 2 hari stay kat umah Emak mertua  ( 13 - 14 Dec 2010 )..event dengan family citra habis hari ahad dalam lepas lunch la macam tuh.dah habis bersurai sumer kami dalam 5 biji kereta p MITC..saja buat-2 lenguh kaki..kebetulan ada SDSI ( Satu Daerah Satu Industri )..oklah..xbeli apa sangat pun..dalam kul 6 lbh kami gerak ke haluan masing..aku satu family terus gerak g jasin...sampai umah mertua pun dah lewat ..pas  maghrib camtuh..sebelum tu singgah dulu pekena nasi lemak kukus kat satu kedai makan kat Jasin..kalau sapa-2 p jalan kat jasin boleh la singgah kat kedai nie..nama kedai nie DIN CORNER..kedai nie famous dengan otak-2, nasi lemak kukus yang mabeles...yang lain byk jugk tapi kami order nie jer..pas dah kenyang sumer baru balik umah mak mertua..


malam tu rest jer..tido pun awal..sebab esoknya nak jalan..sebelum tu dah kol adik aku yang sememangnya dah bermastautin kat melaka nie..so ajak dia g jalan-jalan..


pagi esoknya dalam kul 11 kami kuar umah...terus p bandar hilir..tempah tiket untuk naik menara Tamingsari..tiket RM20..untuk dewasa..kalau tunjuk Mykad dapat RM10..kanak-kanak 3- 11 tahun RM10..kalau tunjuk Mykad dapat RM5.kena tunggu turn nak naik..risau jugak takut dina n azim gayat..tapi tengok ok ja..standby tunggu turn.menara nie setinggi 110 meter  dan berputar 360 darjah. masa kat atas tu boleh melihat bandar melaka..nice view..


dah habis tu jalan kaki p melawat A Famosa...letih jalan naik tangga..Nie ada sikit pasal sejarah A Famosa


Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah artikula penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

dah penat berjalan ..n dina pun dah start moody...kami pun gerak p lunch  ..nama tempat tak hingat...sori lupa..banyak makan otak ikan...hahahhaa..

Lepas sola zohor kami gerak p Taman Buaya kat air keroh....aku ingat kat taman buaya ada buaya ja..rupanya binatang lain pun ada..kura-2, burung, ular, tuntung dan bnyak lagilah...haa tapi kat sini ada buaya show...time dia kalau tak silap pagi kul 11 dan petang kul 2.30..macam tu lah..dah habis melawat semua dalam kul 5.30..pas tu balik arhhhhhhhh letih.......


kami-kami yang tunggu turn..yang belakang tu rumah hantu..
Taraaaa dah start naik sambil berputar..
syok tengok pemandangan
View bandar melaka

Dina yang sempoi
Adik ipar ( Cikgi ) - baju Biru
start walking and walking
LPP yang control ancem naik tangga..penat tuh...

nanti kalau ada masa aku atau LPP akan update citer p ICity shah alam dan yang lain lah na...

salam 

No comments:

Post a Comment