Thursday, June 9, 2011

Day 2 - Cu Chi Tunnel Tour



Pagi turun tengok breakfast, tak menarik..roti dgn buah je ada..amik air panas je, pastu bawak naik bilik..kalau dah ada air panas, mesti kena ada megi, baru la ngam..hehe..memang banyak stok megi bawak datang sini..roti dan biskut as well..



Lepas breakfast kat bilik terus turun bawah, yang lain semua dah ready atas bas, nak bergerak ke Cu Chi Tunnel sejauh 70KM dari hotel tapi amik masa 1jam setengah sebab speed limit 40km/h saja..

Terowong sepanjang 200km yang di bina oleh tentera vietnam masa perang dengan amerika dulu..semua kemudahan lengkap dengan hospital, bilik mesyuarat, kilang senjata api..
Terowong ni ada 3 lapis, lapisan atas 3 meter dalam, lapisan tengah 6 meter dalam & lapisan paling bawah 10 meter dalam..berpuluh tahun jugak depa nak siapkan terowong ni..sekeliling kawasan Cu Chi Tunnel ni dipasang dengan jerangkap samar..macam2 bentuk ada..jauh jugak kitorang berjalan dalam hutan tuu, dari satu tempat ke satu tempat..nasib baik pagi tu cuaca ok, kalau hujan kompom basah..takde langsung tempat nak berteduh..

Perjalanan menuju ke dalam hutan bermula



Dina dah dapat kawan baru


Antara perangkap2 yang dipasang di sekitar Cu Chi Tunnel khas utk tentera amerika






Tunnel




Kereta kebal amerika yang berjaya diletupkan dalam hutan tu..



Replika askar vietcong



Dalam kem tentera vietcong ni ada shooting range, sapa2 yang nak menembak kena beli minimum 10 biji peluru..



aku kongsi 4 orang, amik AK47 dgn M1 Carbine..dapat merasa pengalaman menembak..tapi tak kena pon target..





Lepas menembak, semua di bawak utk menjamu selera..makan ubi kayu rebus cicah dgn kacang tumbuk..Dina bukan main makan lagi ubi kayu tuu, sedap jgk cicah dgn kacang tumbuk..ni rasanya 1st time dia makan ubi kayu..mula2 gigit sikit2 je, pastu tengok laju jee makan..kira ok la tuu..hehehe...





No comments:

Post a Comment