Kalau diikutkan pepatah org dulu2, "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri"..nampak gayanya ujung minggu ni cerahlah peluang aku,leh jugak pi rebut peluang, pi merasa hujan "emas" di negara orang..
Mengikut weather forecast yang aku google sat sat tadi...untuk tempoh 10 hari akan datang, dijangkakan hujan dan ribut petir akan turun di Saigon bermula dari esok..tuuuuu diaaa..!!!!

Apapon ada jugak pepatah yang nak kawtim balik pepatah tadi tuu, iaitu "sediakan payung sebelum hujan"..Petang ni kena pi shopping siap2 ubat2 yg berkenaan..dan stok makanan utk 5 hari dok kat sana..elehhh, macam laa kat sana takde makanan nak susah2 bawak dari sini...makanan mmg laa ada kat sana, tapi was was la pulak halal ke tidak..dok kat malaysia yg kononnya dilabelkan negara Islam pon byk lagi makanan haram dijual tapi kat kedai terpampang logo HALAL..ini kan pulak negara orang..
Silap haribulan merasa makan tikus mcm dalam rancangan Asia Food Channel 703, tikus tu kalau dah dimasak, dipotong2, sapa pon takkan tau yg tu tikus kalau chef tu tak bagitau...dan chef tu bagitau daging tikus tu lagi sedap dari ayam..perghhhh, tuuuu diaaaa..!!!!! Dahsyat oooo Vietnam ni..Citer tu tunjuk proses dari mula tangkap tikus tu kat tepi longkang, sampai laa hidang atas meja..berkumpul ramai2 pakat dok cicah dgn ayaq asam..
Harap2 ramalan cuaca tuu tak benar belaka...semuanya kehendak Allah swt..semoga selamat perjalanan pergi dan balik...
No comments:
Post a Comment