Monday, October 24, 2011

My SonShine..

Azim & Dina dah pon berdamai selepas 9 bulan berebut sorang nak adik lelaki, sorang nak adik perempuan dari dalam kandungan ibu lagi..akhirnya dengan ini diisytiharkan, setelah mendapat persetujuan dari kesemua pihak, terutama Azim & Dina..Nama yang dipersetujui ialah Muhammad Iqbal Hakimi..
"Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama Muhammad Iqbal Hakimi yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikanlah menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai Tuhan kami, berkatilah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikanlah ia pemimpin diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebajikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih." Amin...

2 comments:

  1. bulatnya dia...
    tembamnya dia...

    sedapnya namaaaaaaaa...!!

    ReplyDelete
  2. aminn ya Allah aminn ... he he he ... nama yang bagus utk baby pau merah nih ... :D

    ReplyDelete