Monday, January 2, 2012

MIFR 1 Jan 2012


2nd day - 1 jan 2012 (180km)

Pagi ni ujan lebat pulak..tapi kayuh tetap kayuh..mmg lebat ujan subuh tu, sampai dekat 8am tu masih ujan lagi..kayuhan bermula dalam ujan, tapi selepas simpang ke Penang Bridge tu tak ujan pulak, jalan pon kering..regroup semua cyclist sebelum start kayuh melintasi penang brigde sepanjang 13.5km kot kalau tak silap..sempat laa amik gambo dulu atas jambatan..marshall dah bising, tak bg stop atas jambatan tapi ramai jugak dok stop amik gambo..join laa sekali, apa ada hal..pastu aku dgn rizal kejar balik peloton depan..dapat jugak tangkap team aku kat simpang sebelum exit hiway ke bukit mertajam..syok dok dalam peloton orang tolong tarik..maintain 30km/h..



Pastu aku regroup plannya nak ride dlm 1 team, gilir2 buat kerja dalam peloton..last2 keon dah tercicir masa climbing flyover alagapas..tiba2 datang peloton team TV3, 9M2JEN dok buat kerja tarik peloton..aku terus join la..sedap dok dalam peloton tu, tak laju, tak slow..sesedap rasa la..JEN tarik sampai ke feeding point pertama di USM Nibong Tebal (60km)..Hebat la JEN skg ni, badan pon dah kurus..terkejut aku jumpa dia kat hotel vistana..dah lama betoi tak jumpa dia..last aku jumpa tahun lepas kot badan dia masih lagi "gemok"..tapi skg dah kurus sikit..matlamat dia dah hampir berjaya..all the best my fren..
Cikgu eimiza pon dah maintain kurus, kurus dari aku dan lebih power dari aku..dulu 1st time aku jumpa dia, berat mau cecah 70km..skg ni aku mmg bangga dengan dia..aku pakai jersi saiz M, dia pakai jersi saiz S..tu semua kesan dari berkayuh..

Dengan Cikgu Eimiza (9W2BGR)

Layan sorang2 je la..




Aku kena tinggal kat feeding point pertama ni..aku dok Q pi toilet, kuar2 peloton pertama dah jalan, team TV3 pon dah jalan..last2 jumpa zahrain kat main gate USM..terus loading beskal dalam support van, hantar ke feedpoint kat Lunas..dari Lunas terus ke Padang Serai - Jambatan Merdeka - Kepala Batas...regroup balik dgn team aku kat Kepala Batas..kayuh pon dah slow, tinggal aku, zahrain, keon, rizal..jam pon dah dekat kui 3pm..ramai cyclist yg dah singgah kedai2 makan di sepanjang laluan..mmg lapar dah time ni..ingatkan finishing kat juru autocity macam tahun lepas, rupanya takat R&R hiway pantai bersih je..legaaa aihh..

No comments:

Post a Comment