Friday, June 10, 2011

Day 3 - Mekong Tour

Pagi turun breakfast dan amik air panas agak lewat hari ni..semua orang dah takde, follow trip pi ke sungai mekong naik bot..jarak perjalanan 2jam naik bas dari HCMC..tapi aku & family takmo join trip pi naik bot sungai mekong ni..kitorang buat own shopping tour..

Pintu Belakang Ben Thanh

Selesai breakfast, terus bergerak ke Ben Thanh Market, kalau kat malaysia lebih kurang macam bazar je tempat ni..macam2 ada dalam Ben Thanh Market tuu, divided by section..Kedai2 kat sekeliling (outer ring) dalam Ben Thanh tu adalah kedai fix price, sekupang kemek pon takleh kurang dah..tak payah la nak bazirkan ayaq liuq nak nego..
Kedai dalam Ben Thanh

Kedai2 di setiap lorong2 dalam Ben Thanh tuu mmg boleh tawar menawar giler gilerrr...jangan kasi chance, nego kaw kaw je..kompom dapat...jual beli boleh guna USD, VND dan RM..kalau berkenan je kat apa2, tunjuk je nnt sales girl tu akan tanya nak sebut harga dalam matawang apa..depa pon kebanyakan boleh cakap dan faham bahasa melayu..tak perlu nak susah2 kan diri belit2 lidah cakap omputih..


Main entrance Ben Thanh ni depan roundabout kuda ni laa..

Setel shopping tour dah masuk jam 12 tengahari..mula plan nak pi lunch sendiri kat Restoran VN Halal, lebih kurang 5 minit je jalan kaki dari Ben Thanh Market tuu..Last2 dah balik hotel hantar barang2 shopping terus tak jadi pi..Azim & Dina tak larat nak jalan kaki dah..

Mujur la semalam masa beli vietnam silk kat night market, makcik yang jual vietnam silk tu bagi bisnes kad dia..sembang2 sekejap, dia cakap dia ada restoran & boleh buat food delivery sampai ke hotel kalau nak..So apa lagi, selongkar balik bag, jumpa laa kad dia..terus call dan order nasi utk 4 org..Lebih kurang sejam tunggu, sampai laa nasi ke bilik hotel..total semua kena 310,000 VND, lebih kurang dekat RM50..Menu nasi putih, telur dadar, ayam dan sup tulang..






Lepas makan, semua pakat tido..perut dah kenyang, memang sedap layan tido..tetiba aku dapat skype call dari Rosdi, bagitau bas yg diorang naik rosak kat Mekong..semua tgh dok tunggu bas ganti sampai..anak2 dah kelaparan tak makan lagi..nasib baik aku tak ikut trip ni..tak tau kui baper depa sampai hotel..malam kui 7pm semua berkumpul kat lobi utk pi tengok water puppet show & dinner kat restoran empat musim..ujan dah mula turun hari ke 3 ni..

Thursday, June 9, 2011

Day 2 - HCMC City Tour

Lepas balik dari Cu Chi Tunnel, terus pi makan tengahari kat Kedai Shamsudin..semua dah lapar betoi time ni..dah laa setengah hari dok berjalan dalam hutan, naik turun terowong..baju semua dah berpeluh macam baru lepas main bola 90 minit..makan kat kedai depa ni, nasi je sampai dulu..pastu baru laa lauk satu persatu sampai..elok sampai lauk yang last, nasi pon dah abis..popia goreng kat kedai shamsudin ni sedap..






Lepas lunch, terus gerak ke Notre Dame Cathedral..just tengok2 ikut luar seni reka bangunan..seni binaan perancis dan dibuat oleh engineer perancis masa zaman depa menguasai HCMC..Bergambar kat situ, lepas tu masuk dalam Central Post Office..dan bergambar lagi..hehehe...

Notre Dame Cathedral



Central Post Office




Pastu semua bergerak ke Hard Rock Cafe..tapi tshirt semua tinggal saiz yg kecik & yg besar..sungguh kecewa..last2 beli jugak sehelai tshirt HRC kat dina..USD26 sehelai..untuk azim pon takde saiz..azim pon turut sama kecewa..hahahha..



Yang happy & kecewa..




Malam dinner lagi kat Saigon SeriPinang...Menunya lebih kurang sama je..

Day 2 - Cu Chi Tunnel Tour



Pagi turun tengok breakfast, tak menarik..roti dgn buah je ada..amik air panas je, pastu bawak naik bilik..kalau dah ada air panas, mesti kena ada megi, baru la ngam..hehe..memang banyak stok megi bawak datang sini..roti dan biskut as well..



Lepas breakfast kat bilik terus turun bawah, yang lain semua dah ready atas bas, nak bergerak ke Cu Chi Tunnel sejauh 70KM dari hotel tapi amik masa 1jam setengah sebab speed limit 40km/h saja..

Terowong sepanjang 200km yang di bina oleh tentera vietnam masa perang dengan amerika dulu..semua kemudahan lengkap dengan hospital, bilik mesyuarat, kilang senjata api..
Terowong ni ada 3 lapis, lapisan atas 3 meter dalam, lapisan tengah 6 meter dalam & lapisan paling bawah 10 meter dalam..berpuluh tahun jugak depa nak siapkan terowong ni..sekeliling kawasan Cu Chi Tunnel ni dipasang dengan jerangkap samar..macam2 bentuk ada..jauh jugak kitorang berjalan dalam hutan tuu, dari satu tempat ke satu tempat..nasib baik pagi tu cuaca ok, kalau hujan kompom basah..takde langsung tempat nak berteduh..

Perjalanan menuju ke dalam hutan bermula



Dina dah dapat kawan baru


Antara perangkap2 yang dipasang di sekitar Cu Chi Tunnel khas utk tentera amerika






Tunnel




Kereta kebal amerika yang berjaya diletupkan dalam hutan tu..



Replika askar vietcong



Dalam kem tentera vietcong ni ada shooting range, sapa2 yang nak menembak kena beli minimum 10 biji peluru..



aku kongsi 4 orang, amik AK47 dgn M1 Carbine..dapat merasa pengalaman menembak..tapi tak kena pon target..





Lepas menembak, semua di bawak utk menjamu selera..makan ubi kayu rebus cicah dgn kacang tumbuk..Dina bukan main makan lagi ubi kayu tuu, sedap jgk cicah dgn kacang tumbuk..ni rasanya 1st time dia makan ubi kayu..mula2 gigit sikit2 je, pastu tengok laju jee makan..kira ok la tuu..hehehe...





Day 1 - HCMC

Sampai kat Tan Son Nhat International Airport dah malam..kat Vietnam delay 1 jam dari waktu Malaysia..kat Vietnam sunrise 6.30am, sunset 6.30pm..Terus amik luggage dan tunggu bas..Masa collect luggage, ada 2 family yang hilang bag..tunggu punya tunggu, bag tak muncul2..dah laa pakaian segalanya semua dalam bag tuu, tak ke pening..Diorang cakap maybe dah misplaced kot dan terpaksa tunggu flight MAS esok pagi utk hantar bag tu kalau betoi tertinggal kat KLIA..

Bas pon sampai, terpaksa pulak bahagi kepada 2 kumpulan, untuk yg ada family & anak2 naik Bas A, yg datang tak bawak anak dan yg bujang semua naik Bas B..Rupanya kat Vietnam left-hand drive..sepanjang jalan dari airport nak pi ke tempat makan, jalanraya penuh sesak dgn motor..kalau kat malaysia kena tunggu malam minggu je byk motor mcm tu..tapi kat vietnam ni, setiap masa penuh dgn motor..motor dah jadi pengangkutan utama..

Dinner dulu kat Restoran Saigon SeriPinang, owner dia pon boleh cakap melayu..makanan pon ok laa, boleh kena la dengan selera orang melayu..yang paling best kopi ais vietnam, memang sedap, harga segelas 30,000 VND (RM5)..ingatkan included dalam pakej dinner, rupanya side order..hehehe..mana yang takde VND tu, bayar RM5 pon diorang terima..







Selesai dinner, terus pusing2 town sekejap pastu bergerak ke LanLan 2 Hotel..Cuaca day 1 ni ok je..Lepas check in, terus keluar jalan2 pi pasar malam keliling Ben Thanh Market, dalam 5 minit je jalan kaki dari hotel..mula2 plan nak survey dulu, last2 terjadi jugak tawar menawar..hehe..tak yah survey2 lagi dah, input dari member2 yg dah pi dengan group sebelum ni kira dah lengkap sesangat..kat pasar malam ni depa terima RM, USD dan VND "as well"..hahaha..5 hari dok dengar, tour guide vietnam kitorang, Tommy dok sebut "as well" di setiap hujung perkataan dia..as well, as well, as well..

Bilik Hotel Lan Lan 2 ni pon ok..free wifi, kalau nak guna desktop pon boleh kat lobi, laju giler internet kat sini..tengok youtube, x yah nak tunggu buffering.. cuma tak bestnya bilik takde tingkap..tak tau apa keadaan kat luar, ujan je, siang ke, malam ke..

To be Cont. Day 2 : Cu Chi Tunnels Tour...

Day1 - KLIA

Malakoff Family Outing 2011

5 days, 4 nights Ho Chi Minh City..

Flight dari KLIA ke HCMC jam 6.45pm, tapi kena berkumpul seawal 2.30pm di KLIA..hari sabtu tu dah kira Day 1, so bergerak dari cheras ke KLIA jam 1pm, hiway sg besi jem pulak, kenderaan semua bergerak perlahan hingga ke seremban..paling laju 40km/h..nasib baik ngam2 jugak sampai ke KLIA..terus check in luggage & amik boarding pass..tour agen, kak Nelda & kak Kam dah standby kt situ..Setel check in luggage, terus pi solat..dok ikut signbod punya laa jauh nak pi ke surau..kalau short cut tuu dekat jee..hampehhh betoi..pastu kitorang ramai2 lepak kt Mc D dulu..dah takde tempat nak melepak sementara nak tunggu masuk ke pintu pelepasan.



4.30pm baru start masuk..takde sapa pon lagi..so takyah nak Q ramai2 kat imigresen nak check paspot..merayau2 kat kedai2 free duty, window shopping jee..duit RM baper je ada, semua dah tukar USD & VND..

Dina & Azim macam biasa laa, memang nak bergambar je..tapi Dina la yang paling excited sangat nak bergambar dalam KLIA..








Dinner dlm flight, apa ntah nama saintifik dia, yang pasti nasi style arab dgn ayam berkeju..tengah perut lapar ni, memang rasa sedap belaka..huhuhu...

We R Back

Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah petang tadi, bergerak dari cheras lebih kurang kui 11am..Semalam landing kat KLIA dah kui 1030pm, dalam flight bergegar2 sebab ujan..aku paling tak gemar bila naik flight cuaca ujan ni..kat luar tingkap kilat memancar-mancar..landing pon tak smooth, rasa macam terhoyong hayang jee maybe sebab licin kot..apa pon lega selamat mendarat..

Dari flight nak kuar sampai ke pintu luar tu amik masa dekat sejam jugak..nak collect bag, nak cop imigresen..semuanya kena beratur panjang..nasib baik takyah nak declare apa2, kalau tidak lagi la lama nak buka bag segala..

Last day kat Saigon aku dah start nak selsema sampai la hari ni..asyik dok kena ujan tiap2 petang kat sana..

Yang paling tak best banyak bag utk trip kali ni rosak, mostly handle patah termasuk la bag yg aku bawak..tgk bell boy tu main campak je bag dlm bas..sampai airport, main tarik je nak keluarkan bag..tu pon semua pakat2 collect duit bagi upah kat dia..kalau tak bagi upah tak tau la camna dia buat kerja..dah laa nak balik ni bag semua berat hampir2 35kg..penuh dengan barang2 shopping..tu pon tak abis lagi duit, masih ada baki lagi ni..cuma bag je tak muat nak isi dah..

Apa pon mmg enjoy jugak la trip pi Vietnam ni..tour guide, kak nelda pon sempoi..Next time kalau ada trip obersi dpt la kot jumpa lagi..

Thursday, June 2, 2011

Hujan Emas

Emas skang ni dah makin popular dan harga pon melonjak2 naik..semua orang tgh dok rebut peluang melabur dalam pelaburan emas..Ada yang beli dinar emas, ada yg beli emas yg seketul mcm wafer tuu, gold bar ke apa ntah nama dia..ada jugak yg buka Gold Saving Passbook Account kat bank..Semua berkaitan dengan emas..

Kalau diikutkan pepatah org dulu2, "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri"..nampak gayanya ujung minggu ni cerahlah peluang aku,leh jugak pi rebut peluang, pi merasa hujan "emas" di negara orang..
Mengikut weather forecast yang aku google sat sat tadi...untuk tempoh 10 hari akan datang, dijangkakan hujan dan ribut petir akan turun di Saigon bermula dari esok..tuuuuu diaaa..!!!!


Apapon ada jugak pepatah yang nak kawtim balik pepatah tadi tuu, iaitu "sediakan payung sebelum hujan"..Petang ni kena pi shopping siap2 ubat2 yg berkenaan..dan stok makanan utk 5 hari dok kat sana..elehhh, macam laa kat sana takde makanan nak susah2 bawak dari sini...makanan mmg laa ada kat sana, tapi was was la pulak halal ke tidak..dok kat malaysia yg kononnya dilabelkan negara Islam pon byk lagi makanan haram dijual tapi kat kedai terpampang logo HALAL..ini kan pulak negara orang..

Silap haribulan merasa makan tikus mcm dalam rancangan Asia Food Channel 703, tikus tu kalau dah dimasak, dipotong2, sapa pon takkan tau yg tu tikus kalau chef tu tak bagitau...dan chef tu bagitau daging tikus tu lagi sedap dari ayam..perghhhh, tuuuu diaaaa..!!!!! Dahsyat oooo Vietnam ni..Citer tu tunjuk proses dari mula tangkap tikus tu kat tepi longkang, sampai laa hidang atas meja..berkumpul ramai2 pakat dok cicah dgn ayaq asam..

Harap2 ramalan cuaca tuu tak benar belaka...semuanya kehendak Allah swt..semoga selamat perjalanan pergi dan balik...