Saturday, November 19, 2011

Jersi MIFR 2011/2012

Jersey for REGISTERED PARTICIPANTS ONLY..lawa jugak..bib pon ada, tapi bib kena beli sendiri RM100 dan kena collect sendiri kat Ciclista booth, Youth Park pada 31/12/2011 jam 11am keatas..sapa yg berhajat nak order, sila laa isi form kat link dibawah ni..:

https://creator.zoho.com/chentheanhock/copy--of-kotrt2/form-perma/MIFR_APPAREL_ORDER_FORM/




Yang satu lagi ni jersey utk Marshall rasanya..cun jugak..harga sama jugak, jersi RM100, bib RM100..


Friday, November 18, 2011

Pei Zheng konvokesyen and report card

hai semua
Alhamdulillah bersiaran kembali kali ni nak citer pasal abang dan kakak Iqbal jer.skang ni kan dah hujung tahun persekolahan..so banyak lah juga perkara-2 yang aku ngan suami tak boleh join untuk event abang dan kakak.

Firstly untuk azim..sori ibu ngan ayah tak boleh nak p sign report card hari tu..ibu still dalam pantang and ayah pulak morning shift.nasib baik ada adik aku..so dialah yang p sign..siap cikgu bagi bawak balik report card untuk tunjuk kat aku..alhamdulillah ada peningkatan..pertengahan tahun 2 dapat no.6 ..kali nie akhir tahun dapat no.4.Ermm pas nie kena lebih usaha lagi..no online game ok !.

untuk dina pulak..sori jugak k ibu ngan ayah tak boleh nak join dina punya konsert..sapa suruh cikgu buat malam..huhuhu..ayah pulak time tu night shift..harap mak-2 sedara jer yang boleh p tengok..lagipun dina kan selalu menyanyi dan menari dalam rumah..kira ibu tengoklah tuh.Dina mlm konsert tu dia buat 3 persembahan ( menyanyi solo, menari ulik mayang dan persembahan adat perkahwinan orang melayu ).Malam tu jugak dina dapat Best student untuk 5 years.masa dina masuk tadika dulu ibu risau sangat kat dina..sbab dina nie tak takut orang dan ikut kepala dina jer..tapi dina dah usaha dan berubah sikit la..hehehe..alhamdulillah.

Di sebalik persembahan dina ada juga orang kuat yang bekerja di balik tabir. ..thanks tu Khairin naim a.k.a Shukord yang telah menBurn kan lagu untuk persembahan dina.segala usaha anda dikenang ..semoga Allah jer yang dapat membalas..nanti eton belanja...

haha Jom layan gambar dina malam konsert tu..azim xde la gambor...lagipun dia x suka sangat klu org ambik gambor dia.

Dina ngan wardina @ puteri untuk persembahan ulik mayang
Dengan pengantin berbangsa cina
Dengan pengantin Melayu
posing dengan baju kebaya
posing lagi
Congrat's
haaa yang berlebai nie..tok kadi

Saturday, November 12, 2011

Powerman Malaysia 2011


Powerman Malaysia 2011 sekali lagi di Manjung dan macam biasa aku takkan ketinggalan turut serta syok2 untuk meramaikan majlis..masuk free maaa..huhuhu..

Petang tadi agak lewat pi amik race kit kat stadium manjung, keta kat umah kena blocking dgn keta pengantin..kebetulan jiran aku ada buat kenduri kahwin anak dia..Mujur ada keta adik ipar aku, guna keta dia pi amik race kit..time aku sampai pukul 4.30pm dah tak ramai orang..dah dekat nak tutup dah kot..dalam email bgtau tutup jam 5pm..beli powergel sekali dgn stok untuk kayuhan Malakoff Interstate Fellowship Ride ujung tahun ni..dapat lagi botol air powerbar..dalam race kit pon dah ada sebotol, jadi 2 botol..taktau mana nak letak..dalam kabinet dapur dah penuh dgn botol air..register cycling event je, dapat free botol air..

Harap2 esok cuaca baik, tak ujan lebat mcm pagi tadi..apa pon cuaca, semoga memberi keberkatan kepada smua yg bertanding dalam Powerman Malaysia 2011.

Penyu Segari




Hari ni aku, Azim & Dina dan Eton join bersama program Malakoff, projek CSR Malakoff di Pusat Pengurusan Penyu, Segari..Ibu & Iqbal tinggal kat umah, masih berpantang..
29 Oct aritu ada gotong royong di Pusat Pengurusan Penyu ni, hingga mencetuskan idea2 mencipta dialog cerita "ada apa dengan tiang"..Pagi ni pulak majlis melepaskan anak2 penyu ke laut..Pagi tadi ujan lebat, tapi majlis tetap diteruskan..

aku baru 1st time pi tempat penyu tu, dah berbelas tahun aku dok ulang alik pi kerja, tak pernah pon aku kona pi ke tempat penyu ni..bukan jauh pon dari Lumut Power Plant, satu jalan je..Tempat Pengurusan Penyu ni bersebelahan dgn Baitul Hilal, tempat tengok anak bulan..Untuk negeri Perak, sini la tempat utk tgk anak bulan tiap2 tahun sebelum pengumuman raya..

Sekolah2 angkat Malakoff di sekitar daerah manjung pon turut serta menghantar pelajar2 utk bersama2 join program ni..ada kuiz penyu, pertandingan mewarna dan lawatan di tempat penternakan penyu..





Pelepasan anak2 penyu ke laut



Thursday, November 10, 2011

111111

Hari ni hospital kerajaan dan swasta penuh sesak..ramai yg nak bersalin tarikh ni..yang nak akad nikah pon ramai hari ni, kenduri weekend ni baru buat..salah sorangnya adik poji kerang..kenduri hari ahad ni..Insyaallah lepas abis powerman kat manjung boleh laa pi "terpa" umah hang makan kenduri..

Dan, pagi tadi aku dapat SMS dari abg man (9W2MPB), bagitau Pak Haji Idris (9W2IBH) Kg Gajah, telah meninggal dunia..Innalillah..Takziah buat keluarga 9W2IBH..aku pernah jugak beberapa kali QSO di udara dgn arwah sebelum ni, cuma belum sempat bertemu bersalaman di daratan..Semoga roh arwah Pak Haji Idris dicucuri rahmat..amin...

Ni gambo yg sempat direkodkan oleh Mutaqin (9W2GVI) kat Lokal Control Room GB3..Terbaekkk...!!!

Tuesday, November 8, 2011

Kena Lagi..

Untuk tahun ni dah 2 kali mata aku bengkak macam kena ketumbit tuu..bengkak seluruh kelopak mata atas dan sekeliling..1st time kena lepas raya puasa bebaru ni..kali ni kena lepas raya haji..aku suspek mesti ada kena mengena dgn makanan..mesti aku ada alergik dgn apa2 makanan time raya..

Raya puasa lepas ada buat lemang, nasi impit & rendang ayam, rendang daging..semua aku balun..dan jugak tak lupa mee kari, mmg terbaekkk resepi nya..sedaaaappp..biras aku, Helmi yg masak..dia ni bab masak memasak mmg champion laa..skg ni pon malam2 dok buat bisnes jual satay kat manjung, depan medan selera manjung..

Sebelum ni makan lemang, nasi impit, rendang ayam, rendang daging ok je..dah bertahun makan takde apa..Cuma raya puasa & raya haji tahun ni ada resepi baru, mee kari..takkan laa sebab makan mee kari mata aku bengkak kot..Sebelum ni pon dok makan mee kari jugak kat club house..ok je..

Apa pon mmg rasa tak selesa, nak drive pon tak best..Pagi ni dah plan nak kuar kayuh dgn geng2 manjung, dorang tunggu kat stadium..awal2 lagi ayoi dah msg aku tanya jadi ke tak..tapi disebabkan mata pon berapa nak ok..kensel laaa..

Wednesday, November 2, 2011

Berpantang

Salam semua, Alhamdulillah..dapat jugak aku nak update Bloq ni dengan kerjasama yang diberikan oleh Iqbal, kalau tak jangan harap la..memang dok berdakap jer dengan dia. kali ni aku berpantang di rumah sendiri dengan bantuan sapa lagikan kalau bukan si suami dan adik-2.Untuk ayah Iqbal tq sangat sebab dapat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang ayah.Ye lahkan anak-2 sebelum nie banyak dibantu oleh abah ngan mak.tapi kali ni memang salute habis lah start dari labour room - azankan Iqbal - bagi mandi Iqbal - belah mulut Iqbal - cukur rambut Iqbal - masak air untuk ibu ngan Iqbal nak mandi - basuh baju Iqbal - masak nasi dan macam -2 lagilah.kadang-2 sian tengok terkejar-2.( sebagai habuan untuk relaxkan minda, dapat p kayuh kat KL ).tapi nak buat macammana dah tanggungjawabkan..heheh 1 hb Nov hari tu ayah Iqbal dah start keje pagi.ngam-2 14 hari cuti.aku pulak dok fikir camner nak buat nie..sokmo mandi lewat tunggu adik datang untuk tengokkan Iqbal.kakak Iqbal ada tapi x boleh nak harap sgt sebab dia pantang adik bunyi dia akan start cakap ngan adik..confirm adik akan nangis .. keje-2 umah yang routine tunggu adik_ Eton balik keje.dia memang dah ditempah khas untuk membantu...hehehheh.hari nie dah 17 hari aku berpantang..lama lagiiii..dah ketagih nak bawak kereta ni. oklah Iqbal pun dah berbunyi aku pun dah kering idea..Oh ya..hari nie Iqbal dapat minum air zam-zam yang dikirimkan oleh abah dari Mekah.Alhamdulillah...rezeki Iqbal. Nie ada satu dua gambar Iqbal yang dah dibotakkan oleh ayah dia.
sekian, nanti update lagi yer...Iqbal dan panggil ...