Wednesday, January 2, 2013

1st day kat sekolah

31 Dec 2012 - Dina 1st day masuk sekolah darjah 1..Semuanya diuruskan oleh wife aku, yang aku tengah dok struggle mengayuh nak abiskan Day1 punya MIFR..Dah 4 tahun wife aku yang uruskan perdaftaran masuk sekolah hari pertama untuk anak2..2 Januari onwards baru aku take over pulak..Terima kasih banyak2 kat wife aku sebab released "permit" untuk aku pi cycling every year..dan bertuah dapat anak2 yang sangat independent..

Ni gambo yang sempat wife aku snap masa dina kat sekolah, lepas amik ujian penilaian sebelum ditempatkan di kelas yang sesuai..


Skang ni Dina dah masuk kelas no 1, 1 Nilam..memang dia dok idam lama dah nak masuk kelas 1 Nilam ni..sebelum sekolah lagi dah bagitau dia masuk 1 Nilam..padahal ujian pon blom lagi..kalau dia kena masuk kelas no 2, mesti kena kutuk dengan azim, sebab azim dulu pon kelas 1 Nilam jugak..cuma beza kelas azim dulu ada dekat 40 org, semua power2 jenuh laa nak bersaing..Dina kali ni ada 27 org je dalam kelas..Lokasi kelas masih sama macam azim dulu, cuma azim je tahun ni, 4 Nilam dah dok kelas tingkat atas..kurus la kot dia naik turun tangga lepas ni..

Malakoff Interstate Fellowship Ride 2012/2013

Selamat Tahun Baru 2013 untuk semua..

Macam tahun2 sebelum ni, aku sambut tahun baru di Penang, join kayuh Malakoff Interstate Fellowship Ride untuk kali yang ke 4..Tapi yang tak best tahun ni takde kayuh lintas jambatan pulau pinang.
Laluan untuk kali pon berbeza, untuk group malakoff & sekutu2 nya, stayed kat Georgetown City Hotel (Berjaya Georgetown Hotel) Pulau Tikus.


Day 1 (31st Dec 2012): 180km
Butterworth Outer Ring Road - Lunas-Serdang – Selama - Kampung Mesjid – Selama - Sungai Tengas – Sungai Lembu – Penanti – Sungai Dua – Butterworth Outer Ring Road.

Day 2 (1st Jan 2013): 80km
Taman Perbandaran Pulau Pinang (Youth Park) – Batu Maung – Balik Pulau – Pulau Betong – Teluk Bahang – Tanjung Bunga – Taman Perbandaran Pulau Pinang (Youth Park)

Untuk day 1 tu sebelum pukul 6 pagi dah gerak dari hotel ke R&R Bagan Ajam..Siap solat subuh kat R&R semua, setting basikal lebih kurang, start kayuh jam 7 pagi. Hujan renyai2 sepanjang kayuhan dari mula sampai penamat..so takde laa rentung macam tahun2 sebelum ni..

Day2 rileks sket laa, round penang island je, lagipon tempat starting dekat dengan hotel, 10 minit kayuh dah sampai.. Macam hari semalam, hujan renyai2 jugak..

Thanks to wak sebagai support crew untuk team cycling LPP & rosdi jurukamera khas dari LPP.

Pics Day 1:


Mije je takde dalam gambo ni, tengah bizi kilat kasut sidi ergo baru beli kat dalam van..

Dah selamat sampai ke LPP


Tuesday, December 25, 2012

Friday, December 21, 2012

Pantai Teluk Senangin

Tak tau nak pi mana lagi dah, last2 bawak anak2 pi berjalan kat tepi pantai teluk senangin..bagi depa main ombak..mula2, jalan2 kat tepi pantai je, last2 main ombak jugak..




Mentang2 dah pandai berjalan..bukan main lagi nak turun berjalan main ombak sama..


Balik dari Teluk Senangin terus singgah klinik, buat rutin utk seminggu ni, nebuliser..Skang ni dah start balik musim ujan, malam je sejuk..mula laa start balik batuk & berkahak...so sehari kena pi buat 2 kali neb pagi dan malam..kalau tak buat nanti seharian tuu akan porak peranda..




dadu ABC tu laa utk bagi dok diam tenteram selama dok buat neb..kalau tidak kompom takmo dok diam..Skang dah masuk setahun 2 bulan..harap2 cepat laa fully recover dari asthma ni..

Thursday, December 20, 2012

Mini gath

Ni laa best friend lama dari zaman sekolah dulu lagi..sampai skg masih berkawan..time aku pi KL, malam mmg kuar dgn depa ni lepak2 minum..Sebelum smpi KL, msg je kat sorang nanti depa arrange laa utk buat gath..aku just stanby kt hotel, nt salah sorang yg terdekat dengan hotel akan datang amik...
Macam biasa laa, bila dah lama tak jumpa, sekali jumpa sampai kedai nak tutup baru reti nak balik..Insyaallah Next year pulak kita plan mini gath ni, tahun ni punya kuota untuk pi KL dah fulfilled.


uiksss, ilang pulak sorg lagi..tapi bila klik gambo tu ok pulak nampak semua..kejap ada, kejap ilang..macam biskut betoi laa..

Monday, December 17, 2012

STOP dulu..


Badan tak berapa sedap dalam 3,4 hari ni..tak tau pasai apa..hamstring kiri kanan sakit..takkan sebab dok kayuh atas trainer kot..tapi kiri kanan memang terasa sakit, paling sakit time nak rukuk dgn nak duduk bersila..start rasa sakit bahagian hamstring ni masa pi solat jumaat minggu lepas..masa duduk bersila tu dah rasa tempang dah, kena time rukuk..perghhhhh..

Gambo kayuh atas trainer takde, ni gambo last kayuh kat luar aritu..training kayuh atas trainer STOP sat dulu, harap2 cepat laa recover..Malakoff Interstate Ride tak baper hari je lagi..naya, nayaaa...

Malakoff Junior Year End Camp 2012 & Volleyball

Malaih nak menaip..bizi. copy paste je la..huhuhu..

This workshop is called Malakoff Year End Camp 2012.

The targeted participants is from primary and secondary school children, aged between 8 years to 17 years old.

Ada 2 event,
1. Leadership Workshop by Leaderonomics Sdn Bhd
2. English Language Workshop by Cambridge English for Life (CEFL)

Azim pilih no 2, English Language Workshop by Cambridge English for Life (CEFL). Event buat kat Virgo, Teluk Batik 6-8 Disember. So 3 hari ni berulang alik hantar ke teluk batik. Sempat laa jugak "touch n go" 9W2VVH, dia hantar XYL dia kursus di Orient Star Lumut.


Kebetulan hari last azim kursus 8 Disember tuu, ada pulak game volleyball kat Dewan Tertutup Seri Manjung.. So lepas je hantar azim, terus pi ke dewan, join main sekali..Rezeki lak hari tu, menang tempat pertama. Dapat la voucher AEON RM80..Campur pulak dgn voucher AEON menang tempat ke 5 Mini Powerman..Shopping kat AEON Manjung yang baru buka tu dengan Voucher je la..

Team Juara - Korea Legend

Team Naib Juara