Friday, September 30, 2011

Wajib, Sunat dan lain2...

Takrifan yg diistilahkan oleh ahli usul fiqh ; 5 hukum ini dinamakan sebagai hukum taklifi kerana ditaklifkan(dibebankan) kepada semua mukallaf (baligh,berakal,sampai dakwah,selamat pancaindera)

1) Wajib : (perintah buat) perintah Allah Ta'ala kpd sekalian mukallaf supaya melakukan sesuatu secara suruhan yg jazam (putus) dan diberikan pahala kepada mereka yg melakukan dan berdosa kepada mereka yg meninggalkannya.. cth : solat,puasa
***(Buat dapat pahala, tak buat dapat dosa)***

2) Haram : (perintah tinggal) perintah Allah Ta'ala kpd sekalian mukallaf supaya meninggalkan sesuatu secara tegahan yg jazam (putus) dan diberikan pahala bg yg meninggalkanya dan berdosa bg mereka yg melakukannya.. cth : minum arak,berzina per : secara putus bermaksud tidak dapat tidak/mesti melakukan sesuatu yg disuruh dan meninggalkan sesuatu yg dilarang..Perintah terbahagi kpd 2 i) perintah supaya buat. ii) perintah supaya tinggal.
***(Buat dapat dosa, tak buat dapat pahala)***

3) Sunat :(perintah buat) perintah Allah Ta'ala kpd sekalian mukallaf supaya buat tetapi dgn cara tidak jazam/tidak secara putus dgn makna dapat pahala org yg melakukan dan tidak berdosa kalau ditinggalkan.. spt : bersugi,sekalian solat2 sunat dll..
***(Buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa2)***

4) Makruh :(perintah tinggal) perintah Allah Ta'ala kpd sekalian mukallaf supaya meninggalkan sesuatu tetapi tegahan itu secara tidak putus dgn makna dapat pahala kalau kita tinggal dan tak berdosa kalau kita buat.. cth : cerai,cabut uban dan semua yg bertentangan dgn sunnah..
***(Buat tak dapat dosa, tak buat dapat pahala)***

5) Harus : (tiada perintah) tidak perintah buat dan tidak perintah tinggal dan buat tidak dapat pahala dan tinggal tidak dapat dosa.. cth : makan,minum,tido dsbgnya. Per : perbuatan yg harus yg berbetulkan dgn sunnah akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Wallahu A'laam Bissowab..
***(Buat tak dapat pahala, tak buat tak dapat dosa)***

No comments:

Post a Comment