Tuesday, February 19, 2013

Bercuti di Columbia




Check in kat Columbia Asia Taiping hari Isnin lepas, 18 Feb 2013, genap umur Iqbal a.k.a Amin 1 tahun 4 bulan..dah teruk sangat batuk berkahak hakkk tuiiihh sampai mengganggu tido dia..sebelum ni tiap2 bulan pegi buat Neb kat Klinik Pantai Medic je..Klinik ni je yg buka 24jam kat area sini..Bila kena je serangan penat lelah ni terutama bila start masuk musim sejuk, mmg bawak ke klinik ni je laa..Sehari 2 kali, pagi dan malam buat nebuliser.



Memandangkan keadaan amin yang tak stabil, wife aku ajak pi try bawak amin ke hospital pulak, so pagi tu lepas hantar azim & dina ke sekolah terus bersiap ke Columbia..Naluri hati wife aku memang nak sangat try kat hospital. Kebetulan aku memang off day so bawak la ke Columbia. Lepas dapat consultation dari Doktor Fabian, dia suggested untuk tahan amin kat wad sehari..at least dia boleh bagi neb every 4 hours dan memantau keadaan amin. Selama ni neb 2 kali sehari tu tak cukup untuk dia.



Mujur la amin dah pernah buat neb sebelum ni, so takde masalah la untuk dia. Rileks jeee pakai mask & sedut gas..Maybe dia rasa lega, lapang dada bila gas tu masuk ke dalam saluran pernafasan..walaupon dok penat, lelah, asthma segala..tapi still aktif berlari sana sini dalam bilik..nasib baik la amik bilik sorang, kalau kongsi bilik dengan orang lain, kompom pesakit sebelah jadi stress..dalam bilik siap main bola lagi..aku memang bawak spare bola tu sebab aku tau hidup dia akan boring tanpa bola..nanti dia akan tendang kasut, tendang kerusi, tendang meja, tendang almari..hahahaaa..bila ada bola baru laa ada "kick"..

Masuk je bilik dah order bubur nasi..makan maintain kuat..cuma makan ubat je susah sikit, abis semua nama mak sedara pak sedara kena sebut..termasuk la "besi buruk"..baru laa boleh abis makan ubat..



layan Neb..





Pastu layan tido..





So lepas ni kena sedut gas sendiri kat rumah guna inhaler..









2 comments: