Saturday, March 19, 2011

Malakoff Charity Ride 2011


Jelajah berbasikal Malakoff Charity Ride yg ke 6 kembali lagi..route kali ni bermula dari Lumut pada 30 April dan berakhir di Kuala Lumpur pada 2 May sejauh 430KM..Bayaran RM100 per cyclist dan limited 100 cyclist je kali ni by-invitation..

Sunday, March 13, 2011

Monday Blues

hai...
aku rasa dah lama sangat aku tak cuci sawang under 9W2SEV nie...malas yarabbi..tengok member yang lain kemain semangat lagi update blog and BW...ermmm hari nie monday..mood memang tarakkkkk..buat keje kat opis pun macam badan xder tulang...duduk pun senget...tangan kanan pegang mouse tangan kiri tongkat dagu..nie dah memang rasa malas tahap gabannn...nasib kerusi tu ada tempat sandar kalau tak aku dah meniarap atas kapet opis nie...esok  sampai jumaat aku xder opis..2 hari training kat Holiday Villa ( Rabu + khamis )..jumaat cuti..ingat plan nak bawak my lovely son and daughter g jalan-2.tempat tak tau lagi....tggu LPP decide...harap-2 dia setuju.....ermmm K lah nak melayan perasaan jap..daaaaaaaaaaaa




 memang teruk ...

tak tau la apa nak jadi

Zairi nie maybe sama jugak cam aku..minggu nie nak p vietnam..confirm lagi malas nak keje..balik jer la.

Friday, March 11, 2011

HAARP



Apa itu HAARP?

HAARP singkatan untuk High Frequency Active Auroral Research Program. Ia dibiayai oleh tentera laut US, US AirForce, Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).

Konsep asasnya ialah binaan antenna, menggunakan satu jumlah kuasa besar , dan memancar kuasa ke dalam atmosfera atas. Maka kemampuan untuk mengubah dan memanipulasi cuaca melalui ionosfera. Berpotensi mencetuskan banjir, kemarau, puting beliung dan gempa bumi.


Details leh surf kat web:
http://milkhouse-mouse.blogspot.com/2008/06/western-bankers-threatened-japan-with.html
http://www.theforbiddenknowledge.com/hardtruth/haarp_mind_weather_control.htm
http://www.elitesideeffect.com/haarp.php

Gempa bumi Jepun


Gempa bumi yg berlaku adakah disebabkan oleh High-frequency Active Aural Research Program (HAARP)..? byk kajian dh dibuat sebelum dan selepas kejadian gempa bumi di Jepun ni..byk konspirasi mengatakan ini adalah berpunca dari HAARP, senjata yang dibangunkan oleh US dan Rusia yg terletak di Alaska..HAARP mempunyai kebolehan utk memanipulasi climate control dan could be used to test the ability “to deliver very large amount of energy, comparable to a nuclear bomb, anywhere on earth”, “changing the weather patterns”, “blocking all global communications”, “disrupting human mental processes” and mind control, communicating with submarines, and “xraying the earth”.

Projek HAARP menggunakan satu isyarat berkuasa 3.6MW, dalam frekuensi 2.8Mhz–10MHz jalur HF [Frekuensi Tinggi], dipancar ke dalam ionosfera. Isyarat boleh dihantar secara pulse atau berterusan dan berpotensi mencetuskan banjir, kemarau, puting beliung dan gempa bumi.



Data HAARP induction magnetometer yang diambil dari university tokyo menunjukkan HAARP telah diONkan pada kira-kira jam 0:00 pada 9 Mac, 2011 UTC dan kekuatan signal semakin kuat dari tarikh itu. Di sini ialah data untuk terakhir 36 jam:


Ini pulak data yang diambil sejak seminggu lalu sebelum gempa bumi, HAARP telah diOFFkan dengan melihat data HAARP induction magnetometer lebih kurang ini setiap hari:


Tapi kenapa jepun..? Adakah kerana ekonomi Jepun ialah ketiga terbesar di dunia. Jika sasaran ialah untuk memusnahkan negara-negara terkuat dunia, Jepun memang satu daripada tumpuan utama. Ataupun mungkin satu serangan pada kemudahan nuklear Jepun kot..mengikut laporan berita, radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Fukushima Daichi, Jepun akibat kegagalan sistem pendinginan berfungsi dikatakan sebagai punca radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat.

Apabila HAARP telah diONkan, dan dihalakan ke negara2 tertentu, perubahan pada struktur dan warna awan, langit akan berlaku..Lepas ni boleh la pandang2 ke langit tengok kot2 ada perubahan struktur, warna pada lapisan awan..

Wednesday, February 23, 2011

Kursus pulakkkk..

Semalam aku baru balik dari KL..2 hari kursus kat Malakoff Academy of eXcellence(MAX), Plaza Sentral..pi sana hari ahad, tumpang dengan engineer aku..drive takat manjung jee, pastu singgah makan dulu kat sana sementara tunggu shahril fetch aku..gerak dari manjung 3.30pm, sampai ke KL Sentral lebih kurang jam 7pm...Nasib baik la aku familiar laa jugak area2 KL Sentral tuu..dapat laa jugak cari Hotel Sentral kat area situ jugak..betoi2 bersebelahan dgn stesen monorail KL Sentral..
Booking dah buat awal 1 minggu, 1st time check in Hotel Sentral ni, amik executive deluxe baru RM220, katil queen size..wifi free pon ada kat bilik...not bad jugak laa hotel ni..dekat dgn HQ kat Plaza Sentral tu..5 minit je jalan kaki..Dari bilik hotel aku boleh nampak stesen monorail, stesen KL Sentral..mmg betoi2 mengadap bangunan2 tu..bilik aku kat tingkat 15, paling atas sekali..NI pemandangan yg sempat aku snap dari tingkat 15..

Stesen KL Sentral

Plaza Sentral - HQ Malakoff

Stesen Monorail KL Sentral



Kali ni aku pi kursus "Introduction to Creativity and Innovation Thinking Skills (Innovation, Creativity Circles and Excellence") Dengar tajuk memang gempakkkk abiss..pagi 1st day tu mmg ok la, bila facilitator tu citer pasal how to generate creative idea dengan contoh2 dan brainstorming yg dijalankan...tapi bila dah dekat lunch time, aku rasa kursus ni dah mcm problem solving punya kursus pulak..

Sebelum ni mmg aku dah pernah attended kursus problem solving..so method2 yg digunakan dlm kursus yg aku pi kali ni mmg byk terpesong ke arah problem solving punya kursus bukan macam tajuk "Introduction to Creativity and Innovation Thinking Skills"..sesungguhnya aku mmg memerlukan skill berfikir secara kreatif ni, tapiiiii...aku dah start boringgggg..huhuhu..tambah pulak bila dia dah start buat game utk solve kan sesuatu masalah, konon nya group kitorang adalah satu syarikat..


Bagi aku memang tak meets aku punya expectation laaa, taktau la group2 yg lain..apa yang menarik perhatian aku dlm kursus ni bila dia sebut pasal "mind mapping"..yg tu aku perlu explore lebih lagi..sepatutnya dlm kursus ni, dia perlu bagi contoh2 skill dan motivated aku mcm mana nak generated idea2 yg kreatif..lebih byk exercise kan otak kanan berbanding otak kiri aku..baru laa more and more kreatif idea boleh dihasilkan..

Contohnya macam pagi tu dia tanya sorang2, apa boleh kita buat dgn duit RM1..? so semua start bagi macam2 idea..baru la boleh stimulated otak utk berfikir out of box..tapi lain pulak jadinya..aku rasa game yg dia bagi ni tak berapa menyumbangkan creative thinking aku..cuma sekadar flash back kursus problem solving yg aku pernah attend dulu jee...Lepas tu start laa presentation, bab ni laa yang aku paling tak suka..aku mmg failed bab2 presentation ni..sejuk, beku, kelu..tengok group2 yg lain siap cakap omputih lagi..aku bukan takmo cakap omputih, cuma takut depa tak faham jee, maklum laa lama dok korea...huhuhu...

Hanizam in action

Apento Rossi 46 - Best Male Presenter

Kak As - Best Female Presenter

Blog yang bersawang..!!!

Salam.

Blog aku dah bersawang. Tapi aku malas nak bersihkan. Haaaa.. Ini lah sawang kat blog aku. Kenapa macam sarang labah-labah? Entah lah. Aku pun tak tahu. Apa beza sawang dengan sarang labah-labah?


Cukup cerita pasal sawang, mari kita bercerita pasal lain pulak.Idea byk nak update blog, tapi masa tak mengizinkan..byk lagi benda yg urgent & important yang perlu disetelkan...dah hampir 2 bulan aku tak kayuh, plan nak kayuh last week, tapi cuaca plak tak ok..balik tepeng last weekend, geng2 tepeng pulak masuk offroad layan MTB..tak dpt laa aku nak join..

Lagipon kasut cycling baru pon tak pi beli lagi, tabung ayam tak penuh lagi..sidi aku dah takleh pakai..rosak masa kayuh MIFR awal bulan Jan..tolak punya tolak basikal, last2 rasa lain mcm jee, tengok tumit sidi dah pecah..clip atas tu pon dah brittle, tiba2 je dah crack...lagipon dah hampir 4 tahun aku pakai sidi tuu..mmg berbaloi beli..patut laa harga sidi mahal, "alah membeli memang memakai.." skg ni simpan buat koleksi je la..


Monday, February 7, 2011

Coretan untuk 9W2SEV...



MonoloQue - Tiada Kata Secantik Bahasa

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjukkan perasaan

Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa...

Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...

Namun musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda..

http://www.ziddu.com/download/12539898/monoloque-tiadakatasecantikbahasa.mp3.html

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 9...

"A good wife gives happiness and long-life to her husband. Allow me, dear, for our anniversary to wish you to share this long life with me!"

88..!!! de 9W2LPP