Thursday, November 11, 2010

Hari Anugerah SK Pengkalan Baharu


Hari ni 111110, aku & SEV amik cuti sebab ada Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah Azim..Dapat surat dari pihak sekolah 2 hari lepas, Azim bukan main excited lagi nak tunjuk kat aku..dah berkomplot dgn SEV siap call lagi, suh balik cepat baca surat tu & isi borang maklum balas untuk kehadiran pada hari anugerah..selagi tak isi borang tu, selagi tuu laa dia dok usung sana sini...




Peperiksaan akhir tahun ni, keputusan Azim sedikit merosot dari segi permarkahan walaupon still lagi dapat A..So dapat no 2 je dalam kelas..tu pon berkat kesungguhan & kesabaran SEV setiap malam menjadi guru tuisyen dia kat rumah..aku takde bakat mengajar, takut dia lari rumah pulak nnt..ada ke nak belajar dok depan TV, kang dgn dia & TV tu sekali lepas keluar..hik..hik..hik...

Masa exam pertengahan tahun hari tu dapat no 1...tapi persaingan dalam kelas dia mmg hebat, ada 2,3 student yang sentiasa dok cucuk angin bak kata mat rempit, silap sket je kompom depa akan dapat potong ranking walaupon kelebihan 1 atau 2 markah..

Dapat no 2 pon aku & SEV dah bersyukur sesangat..aku dulu pon exam tak pernah dapat dok dalam TOP 10, asyik tercorot jee..Dapat no 2 dlm kelas pon still satu keputusan yang boleh dipuji dan Azim jugak dapat 2 anugerah Mata Pelajaran Terbaik utk Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia..Siap dapat duit lagi,untuk ranking no 2 dlm kelas dapat RM8 dan untuk 2 mata pelajaran terbaik RM10..
Aku bahasa malaysia pon tak berapa nak betul, ini kan pulak bahasa inggeris mmg hacussss laa, maklum laa duduk kat Korea lama sangat...huhuhuhu..



Dari segi kedatangan ke sekolah pulak..emmm, like father like son laa...bukan ponteng, tapi amik "annual leave"..hahaha...Dari 494 student dlm sekolah tuu, hanya 39 org je rekod bersih utk kedatangan dlm setahun...yang sekelas dgn Azim ada kot tadi 4 org yg dpt sijil penuh kedatangan..yang lain2 termasuk Azim, paham2 sendiri laa..

UPSR 2010 pon merosot, yang dapat 5A 3 org je, tu pon semua pompuan...tahun 2009 ada jugak 9 org yg dapat 5A...tak pasti laa kat mana silapnya..harap2 pihak sekolah dapat la membuat RCA bagi menangani jika ada sebarang masalah...

Apapon aku sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih pada guru kelas Azim & jugak guru lain SK Pengkalan Baharu diatas segala ilmu,didikan dan pengorbanan yang dicurahkan...Hanya Allah sahaja dapat membalasnya...Pinjam sat ayat Nordin, cikgu2 & cikgi2.."keep up the good work.."

1 comment: