Thursday, January 6, 2011

Nur Addina Sofea 1st Day at School

Salam Semua,

Rasanya ramai ibu-ibu macam aku mesti nak update citer pasal anak -2 kan EFBI/BLOG Terutamanya yang baru nak sekolah kan..agak lambat jugak la aku update....xder masa..walaupun cuti 3 hari..jadual penuh..hehhee oklah jom story mori

Tarikh 03.1.2011 hari tu anak aku yang no.2 Addina a.k.a manja ayah dah masuk sekolah tadika...aku dan suami decided daftar sekolah yang sama macam abg azim dulu..iaitu Tadika Pei Zheng.sesi persekolah dina sesi petang nak hantar pagi dah penuh..tapi ok jugak la..petang tak ramai sangat..senang teacher nak concentrate..Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..dina pun tak nangis takut nak balik..baru masuk dah jeling-2 dekat kawan baru dia.Nama kawan dia  Puteri Balqis Batrisyia...aku tak tau la budak nie boleh ker tak tulis nama dia dengan betul..panjang sangat.

Hari pertama dina dah boleh mesra dengan kawan-2..termasuk la teacher dia..teacher maria dan teacher shila.Hari tu dina malu-2 kena usik dengan teacher dia..sebab teacher-2 panggil sofea....depa suka panggil nama tuh..aku tak kisah lah kan..sah-2 la aku bagi nama anak aku macam tuh...kira tak sia-2 la...heheheh...

Petang tu aku pergi dengan azim jer ...ayah dia keje pagi...so aku ambik alih semua urusan anak-2 aku disekolah...dengan bantuan kewangan oleh bank  keluarga..alhamdulillah...

Penat woooooooo aku rasa kaki aku letih dok tekan minyak ngan brek..kejap sekolah rendah..kejap p sekolah tadika..dengan mandi tak menentu makan pun tak menentu..dengan nak masak lagi..letih sangat...tapi takper untuk anak-2 aku yang aku sayangi..aku sanggup buat apa saja walaupun tak makan.

Azim :-
Dia dah masuk darjah dua..so senang sikit tak payah macam masa mula-2 masuk darjah satu dulu..nanti azim darjah empat..dina darjah satu....ermm besar dah anak-2 aku..love u all so much..ayah dia pun sayang jugak..heheh

Untuk Azim dan Dina :-
Belajar Bersungguh-sungguh ..semoga Allah terangkan hati ..jadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya..aminnnnnnn..

1st Day  

 Jeling-jeling nak berkenalan
 Dah ok
 Azim pun join venture

 My Name is Nur Addina Sofea Binti Azahar
 5 Watermelon

 main-main jer..teacher tengah sibuk tenteramkan budak-2 yang nangis
nak lari balik..nak iku mak..

2nd Day
 malu-malu meow


 ibu luve u sayang

No comments:

Post a Comment