Sunday, October 11, 2009

Menu 101009

Jumaat dlm kui 9pm aku baru sampai dari Shah Alam..2 hari aku portable kat sana..boring dok kat hotel..Bawak handy, cuma leh monitor je..nak join QSO x dpt menjangkau mana2 repeater..
Training Distributed Control System kat Concorde Shah Alam tuu agak membosankan..huhu..6 org je participants..5 org dari LPP, 1 org dari Libya, tapi XYL dia org T'ganu..Dulu XYL dia study kat UTM Johor, amik electrical engineering..aku kalau bab2 training, org yg ngajor tuu dok baca slide je kat depan mmg takleh masuk laa..dah laa byk tentang IT..blurrr je aku tgk semua org...dah la yg nganjor tuu dari India..ayoo yooo....hahaha..

Pagi Sabtu awal lagi dah bangun, setel kan semua urusan yg wajib..dlm kui 8am aku start training aku yg pertama setelah 2 bulan berehat...Menu pagi sabtu tuu 60km, kayuhan dari base station aku, Pantai Remis ke Taiping..aku tamatkan dgn masa hampir 2jam 30minit..teruk giler time yg aku rekodkan, sepatutnya dlm 2jam dah abis..average aku leh pi 25km/h jee..paling slow 20km/h..ni laa akibatnya kalau dah lama tak kayuh..suffer giler aku mengayuh pagi tuu..sampai kat air kuning aku calling VZO, kot2 rakan tepeng ada buat kayuhan pagi tuu..tapi takde, VZO pon ada kat bank..maklum laa org kaya dah dia laaa ni..huhuhu...paling suffer aku panjat bukit doremon, takde la tinggi pon bukit ni, tapi kaki aku takmo respon..hampeh betoi,camne nak panjat laluan balik pulau 25/10 nnt..???? sampai je kat puncak, telan powergel,baru lega sket..Sampai je kamunting, aku disambut oleh ujan renyai2..
Elok sampai je kat portable base station aku, layan tido sampai ke petang..huhu..penat gilerrrr..."padannnn muka koooo"..ahahhaa...


Wednesday, October 7, 2009

Portable Station

Hari ni,071009 travel ke Shah Alam..gerak dari base tadi kui 2pm lepas hantar harmonik aku pi sekolah..saja je takmo lalu hiway, try laluan pesisir pantai dari manjung sampai ke meru..1st time aku travel lalu jalan ni ke Shah Alam..Mujur la 9W2IOI bagi aku guna YL dia, kalau tak, kompom la aku sesat dari meru nak ke Concorde Shah Alam ni..aku main redah jee, ikut arahan YL tuu, mmg bergantung nasib dgn YL ni jee kalau dia tipu aku,sesat laa jawabnya..at last sampai jugak aku 6.30pm..
Bilik pulak dah abis, tinggal premier room je tapi harga mahal laa..belasah je la..takkan nak tido masjid shah alam (masjid shah alam dekat je)
Yg best nya bilik premier ni, bilik ada internet free (unlimited access)..pastu tiap2 petang ada "Complimentary Evening Cocktail" unlimited jgk food and drinks kt "Premier Lounge"..Lepas je check in tadi, terus dgn x malunya aku pi makan..huhuhu..lapor wooo travel 4 jam tadi..

Room mate aku x sampai lagik, boring dok sorang2..monitor RBC pon takde org QSO..tima kasih 9W2GTR (faizal) sms kat aku frekuensi 9M4RBC ni..dan TAHNIAH faizal!!! dah LULUS CW pagi tadi..Khabarnya 24 org yg dah LULUS dan bakal menjadi 9M2 nnt..




Tuesday, October 6, 2009

Nie UdAnG keee LiPan..?

Assalammualaikum

Topik kali nie adalah pasal makanan..apa menunya simple jer..goreng kunyit ..tapi yang istimewanya....apa yang dimasak..yang tu nak citer sebenarnya...hari ahad lepas biasala..9W2LPP dia keje malam..so disebabkan tak nak ganggu ketenteraman dia nak Tdo..aku apa lagi dok lepak umah mak la..actually umah mak tak jauh pun <10 minit cmtu la..pagi -2 lagi abah p pasar beli ikan.udang dan sbgainya untuk lunch nanti..abah sampai jer umah..harmonik dah mejerit...katanya abah beli udang galah...aku pun rileks la..setakat udang galah dah besa tengok..so aku pun buat derk jer la..bila sampai time nak masak untuk lunch..aku pun bukak la plastik nak masak udang galah...kejut biawak aku nengok udang lipan punya la besar..mak aiiii nie boleh tambahkan kolestrol..bahaya nie kalau yang ada penyakit darah tingkat 14 jangan makan banyak ..bahaya wooo..disebabkan size nyer yang besar aku pun masak simple jer goreng kunyit....harap-2 xder la yang meratah udang tu sampai tak sedar nak bangun...rupa-rupanya licin jugak..harmonik aku yang sulong..dia saja 1 ekor..kejot aku...badan la bam..bam..naik risau aku tengok dia makan..nasib takder paper..

udang lipan tu abah kata dia beli 1.5kg..( 1kg/Rm10 )..ada la dalam5 ekor..susah nak dapat nie...kalau kawan-2 nak tahu kat Pantai Remis nie senang jugak la nak dapat ikan fresh/ketam/udang..kadang-2 tu sampai jer kedai, ikan pun baru sampai..baru lepas mendarat..apa lagi sambar la..tapi yang best nyer tak yah berebut sebab banyak..

itu saja citer pasal makanan kali ini.

udang lipan sebelum dicuci


udang lipan dalam proses menggoreng


udang lipan yang siap digoreng..




Monday, October 5, 2009

Jumpa kat blog rakan kayuhan di Manjung



Terjumpa gambo aku, abg rahim Letua, dan big boss malakoff, AJ..x igt ni kayuhan mana ni, tgk jersey maybe kayuhan dari putrajaya-kuantan..saja je tadi masuk blog toki manjung, pastu merayap pulak ke blog hj fauzi(GeTua)..jalan2 sambil tgk xtvt kayuhan depa..rajin sungguh depa ni berkayuh, mmg tiap2 bulan ada je xtvt berkayuh dgn geng2 MCT manjung..

Powerman Malaysia Launching at Malakoff HQ


Launching Powerman Malaysia edisi ke 8 dah mula di akhbar2 dan media elektronik..Training tak start pon lagik, skg ni tiap2 pagi asyik ujan jee..takde peluang nak buat long ride...Ujung minggu ni kena pi Shah Alam pulak, dok kat Concorde 2 hari..Bilanya nak training ni, setakat nak kayuh basikal dlm gim kat opis tuu anytime je, tapi malas laa pulak..huhuhu...


bapak dengan anak dua_kali_lima

salam semua..lama sangat tak masuk blog...lately nie agak BZii mklumlah PDR nak dah dekat...kuota tak cukup lagi...tapi dah lama tak udpate nie rindu la pulak.....ermmm alkisahnya petang tadi sampai jer umah terkejut giler sebab tengok 9W2LPP pakai helmet cycling ngan kain pelekat..check temperature ok...apa lagi kena gelak la..nasib tak snap gambor jer..tapi takper daling still encem..huhuhuh... disebabkan bapak budak buat perangai anak-2 dia pun ikut..dok pakai helmet cycling dalam umah..nasib tak kayuh basikal jer dalam rumah..kalau tak...keje overtime malam nie mop lantai..


nie gambar dina ( azim time nie makan...untuk kali kedua selepas balik sekolah kul 5 tadi)



yang nie pulak gambar azim selepas kenyang...



ibu xder lah...tak comeiiiiii


Thursday, October 1, 2009

Malakoff Cycling Club

Sejak penglibatan aku dalam berbasikal bermula dari tahun 2004,aku paling suka buat long ride..Sudah mmg kebiasaan tiap2 tahun company aku, malakoff bhd akan buat "charity ride"..kutip sumbangan dari syarikat2 besar utk disumbangkan kepada rumah anak2 yatim, rumah org2 tua, pusat komuniti dan lain2 badan kebajikan..kutipan mmg selalunya mencecah puluhan ribu ringgit..
Malakoff Cycling Club akan berbasikal dari satu negeri ke satu negeri yg telah dipilih utk memberi sumbangan amal ini..Dalam event kayuhan ni, bukan saja Malakoff cycling club saja terlibat, turut dijemput cyclist dari team petronas dan dari team power plant yg lain..Juga x dilupakan rakan2 dari Letua Cycling Team yg turut sama berkayuh dan memberi tunjuk ajar...
Malakoff cycling club ditubuhkan pada tahun 2004, dah pelbagai xtvt yg dijalankan..Berlambak sijil kat umah,ada yg dah ilang semasa dok berpindah umah dulu..xtau mana simpan, bukan leh buat sijil minta kerja pon...XYL aku,9W2SEV pon turut terlibat dlm menjayakan xtvt2 kayuhan ni, kalau ride yg dekat2, dia akan follow sebagai support car..

2004 - Lumut-Prai(153km)
2004 - Kerteh,T'ganu - Gebeng,Pahang (110km)
2005 - Charity Ride Melaka-Johor (274km)
2006 - Charity Ride Grik-Kota Bharu
2006 - Lumut-Kapar, Klang (180km)
2007 - Charity Ride Putrajaya-Kuantan (439km)
2008 - Charity Ride Ulu Yam-Bukit frazer-Temerloh (aku x join)
2009 - Yan,Kedah - Krabi,Thailand

Selain tu aku tiap2 tahun join Malakoff Powerman Malaysia..dari tahun 2004, Malakoff ada sponsor event Malakoff University Duathlon Series (MUDS), Malakoff Malaysia Duathlon Series (MMDS) (3 event dlm setahun) sebelum event kemuncak iaitu Powerman Malaysia...Staff Malakoff mmg digalakkan masuk event2 ni..fully sponsored..huhuhu..

Lumut-Prai

Lumut-Prai (XYL)

Kerteh-Gebeng

Melaka-Johor

MMDS-JB

Yan-Krabi


Nnt kalau aku ada masa nnt, aku tulis pulak tentang tips and tricks..stop setakat ni dulu..