Monday, September 21, 2009

Menjelang Malam Raya

Malam tuu lepas je berbuka puasa, terus bersiap sedia utk buat ketupat dan nasi impit, rendang daging dan sambal kacang+ daging cincang (resepi buka puasa HAM manjung)..Special requested dari 9W2LPP..aku pon buat lah walaupon tu 1st time baru nak mencuba resepi tuu..

Kat luar ujan masih lagi turun, bermula dari petang sampai laa lepas berbuka puasa...Mujurlah lebih kurang pukul 10 mlm ujan berhenti...Memandangkan harmonik dua2 dah tido, aku dgn 9W2LPP kuar ke Taiping utk last shopping raya...

Jalan jem teruk seperti yg dah dijangka, sebelum kuar umah pon 9W2LPP dah QSO dgn 2,3 rakan yg bermobile di sekitar taiping, memberikan info trafik laluan yg perlu dielak utk mlm tuu..
Sampai di Taiping parking pulak full, 2,3 kali pusing pon masih tak dpt parking yg berdekatan dgn kawasan "Pasar Malam Raya", so terpaksa la parking jauh sket dan menapak...Orang punya la ramai..Mengalahkan jalan TAR kat KL tuu pulak..huhuhu...Mlm tuu laa acara lelong kuih raya dan pakaian dijalankan...Sempat shopping tudung bawal utk adik ipar dan kain batik serta baju kurung kedah utk tok aku kat taiping tuu...Pastu beli 2 pasang sandal crocs, bukan ori pon..ala yg mcm dok iklan dlm mudah.com tuu..tapi harga murah dari mudah.com dan jugak kakicrocs.blogspot.com...offer sempena raya la tuu...yg penting sedap dan selesa...
Pukul 1 pagi baru balik ke portable station di kamunting...Syok jgk dpt peluang kuar berdating berdua2an camni...huhuhu...


No comments:

Post a Comment