Thursday, April 28, 2011

Sok Sek..Sok Sek..

Adoyai..esok pagi dah start Malakoff Charity Ride..hidung dok berair sok sek sok sek lagi ni, selsema pulak..start dari Isnin lepas masa training BOFA & CPR tuu hidung dah rasa lain macam..last2 dpt selsema jugak..

Faktor cuaca yg tak menentu skg ni, hujan memanjang dari subuh sampai ke tengahari..lebat pulak tu siap dgn ribut..lagi la lambat rasanya nak recover..ubat dah dekat sepapan nak abis..tak mau jugak sembuh..dah laa ubat selsema ni tak leh main makan ikut suka ati, mengantuk lalok jee..esok pagi kalau makan, mau aku kayuh sambil tido.."kayuh dlm van"..huhuhu..

Semua barang dah ready, basikal pon dah ready, kasut dah ready..wahhhh, kasut yg penting tuu..putih suci, kalah kasut sekolah anak aku..huhuhu...mlm ni nak siap2 pi hantar ke Lumut dulu..esok pagi takde la kelam kabut sgt..

Destinasi kayuhan bermula esok 30 April hingga 2 May
1st day - Lumut ke Kuala Kangsar
2nd day - Kuala Kangsar ke Slim River
3rd day - Slim River ke KL Sentral

Friday, April 22, 2011

Entry Untuk Cerita lama

Salam semua,
Entry kali nie adalah nak  upload gambor jer..nak citer pun no idea...nak tdo tak boleh..pe'el nie akan jadi bila suami keje malam..mula la susah nak tdo..pala pikir macam-2..takut lah sumer ada..biar betol-2 ngantok baru tdo..kang kalau paksa mata tdo..confirm mata nie pejam jer....otak masih berfikir.

Oklah kali nie nak upload gambor...pulak..kisahnya jalan-2 p MUZIUM TAIPING..dan ni pun atas permintaan anak teruna aku..dia nie suka sains..tapi takut sikit..haaa apa yang dia takut nnt aku aku citer melalui gambor yang akan diupload nanti.

jOm laYan


 NIe la yang azim takut nak pegang..
 bukan berani sangat pun time nie


 takut jugak nie.
 Bruas
 Lumut

 I'm here..


Monday, April 4, 2011

Kluang Rail Coffee


Kuar surat khabor bebaru ni..kopi yg dihidangkan kat restoran yg amat popular kat KTM kluang ni mengandungi serbuk gelatin babi..perghhhh..!!!!
Sini laa port geng2 kayuh MAD tahun lepas pi breakfast..baguih punya dok pekena kopi dan roti kukus..

Pastu sebelum balik siap dpt free lagi serbuk kopi sorang sebungkus, khabarnya kopi yang paling "tip top" dari kilangnya kat kluang, kopi cap TV..last2 bebaru ni kuar gambar dalam paper jabatan agama islam johor (JAIJ) dok menjalankan kerja2 menyamak restoran tersebut..

Apa nak jadi laa dgn Malaysia ni, nak makan minum pun susah padahal negara Islam tuuu..tapi byk yg tak halal dari yang halal..Stiker HALAL bukan main besar lagi tampal, tapi hampehhhh..!!!

ptuihh...ptuihhh..!!!

Sunday, April 3, 2011

Ya Allah...aku baru jer posting pasal budak kena dera nie...tup-2 pagi nie dalam paper pelajar sekolah agama nie..dah meninggal dunia.....sedihnya aku rasa.......memang siut la ustaz yang dera budak nie....semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-2 yang solih...sudah pasti ibunya menanti disana...

ko tunggula nasib ko wahai ustaz...xder guna ko nak nyesal...harap ko ke tali gantung..!!!!

Al-fatihah untuk arwah adik Saiful Syazani

Pelajar dipukul hampir 2 jam..

Ko tahulah nasib ko wahai si ustaz....ko terima la balasan dari Allah...dah la ko belasah anak yatim.....ishhhhh geram betoi aku..sampai hari nie aku dok bayangkan camner muka budak nie masa merayu kat ustaz tu supaya jangan pukul dia lagi..


memang patut pun ko dipanggil guru syaitan..

untuk ayah budak nie..kalau jadi apa-2 kat anak ko..ko saman ustaz kuang ajau nie..

 

Pelajar dipukul hampir dua jam

ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.


Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.

ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.


Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.

Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.

“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.

“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.

“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.

“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.

“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.

Friday, April 1, 2011

RON97 naik lagi..?


Ingatkan April fool, rupanya betoi2...Terbaca dlm byk blog tgh hot dok cerita RON97 naik 20 sen jadi RM2.70 skg ni..

Wahhh, ini ada harapan naikkan harga barang, tak kisah laa barang apa pon..janji naik harga selaras dgn harga RON97 yg dah naik 20 sen tuu...kencang laa bisnes depa semua laa ni, masyuukkkkk....

Macam h4r4m jeee depa ni, asal naik harga minyak je, mula laa start nak naik harga barang, pastu sorok barang bg stok kurang..tak caya tunggu dan lihat laa..

Macam laa depa pi beli barang tuu naik caldina, pakai RON97...pi pon naik van buruk guna RON95, tak pon lori guna diesel...RON97 yg naik harga, depa pulak buat2 gelabah naikkan harga barang2 kononnya nak cover balik duit minyak..watdehel..!!!!

Selalu lepas pilihanraya baru naik harga minyak..kali ni sebelum pilihanraya lagi dah naik siap2..duit tak cukup laa gamaknya nak perabis kat s4r4w4k...ntah baper juta pulak taktau laa...

Setakat RON97 tuu nak naik harga, aku tak kisah sgt pon, naik pi laa RM10 seliter..bukannya kereta aku guna RON97 tu..cuma implikasi dari kenaikan RON97 tu je yg selalu diambil peluang oleh segelintir peniaga utk mengaut keuntungan dgn menaikkan harga barang..

Harga minyak dah naik, gaji bila nak naik ntah, dah masuk bulan 4 dah ni..tak dengar citer apa pon lagik..tahun ni takde kenaikan gaji ke..? huhuhu...