Monday, April 5, 2010

Sakit GiGi

Dah agak lama jgk aku tak sakit gigi..tapi start dari last week aku sakit gigi,sampai laa semlm, sakit yg amat sgt sampai mencengkam ke otak kanan aku..

2 hari aku keje pagi, rasa mcm nak berguling2 kat control room..Letak ais kat kepala baru la reda sikit sakit..Makan ubat tahan sakit pon dah tak berkesan..sehinggakan pagi semlm aku terpaksa jgk buat keputusan utk ke klinik gigi,walaupon sememangnya aku sangat fobia/takut jumpa doktor gigi..ooohh tiddaaakkk..!!!!!huhuhu...

Dgn ditemani oleh isteri yg paling aku sayang (9W2SEV), aku paksa jgk beranikan diri utk ke klinik gigi..kui 8am sampai opis, aku jumpa bos, amik cuti dulu..Terima kasih pada rakan ku "FND Rossi 46", sanggup cover aku keje pagi semlm...dlm kui 11am terus bergerak ke manjung..mak oiiii ada 16 org lagi dok ada, so aku dah jadi org yg ke 17..punya laa ramai nak menunggu...last2 sampai jugak giliran aku tepat jam 3pm..3jam menunggu..boringgggg gilerrrrr,gigi pon berdenyut2 sakit...

Sejuk kaki tangan aku bila nama dipanggil..takuttttt...baring atas kerusi, doktor check, dia ckp gusi ada bengkak sket, takleh cabut..WTF..????!!!! dah 3 jam aku tunggu dia ckp takleh cabut...aku tak kira, aku suruh dia cabut jgk..aku dah tak tahan, mlm takleh tido, siang takleh kerja..lgpon next week seminggu aku kena pi KL ada kursus...

Last2 doktor cakap OK..terus dia bagi bius, tak rasa sakit pon walaupon survey yg aku buat depa ramai dok ckp masa cucuk bius tu sakit..tgu dlm 10 minit, dah kebas..sebelum dia start cabut gigi aku, dia bagi lagi satu injection kt gusi..pastu slow & steady jee doktor clamp gigi aku dgn playar..dia goyang kiri kanan, depan belakang..tercabut jgk gigi tuu..gigi geraham 3 akar, Molar #3..

Apa pon lega dah sekarang ni, cuma aku dok pening2 lagi dari semlm sampai ke hari ni..tak tau sebab apa..A million thanks to my wife yg byk bagi semangat pada aku & memilih doktor gigi yg terbaikkk utk aku semlm..Wife aku cakap, "sakit gigi ni adalah sakit ranking nombor 2 selepas sakit nak bersalin.."

Tapi aku masih igt kata2 Ustaz aku dulu..

"Sesungguhnya, ALLAH kurniakan pada seorang LELAKI itu, kekuatan TENAGA tetapi TIDAK kekuatan PERASAAN"

ALLAH tidak kurniakan seorang PEREMPUAN itu dgn kekuatan TENAGA, tetapi dikurniakan kekuatan PERASAAN yg sgt hebat"


No comments:

Post a Comment