Tuesday, April 20, 2010

SKF Jln Ipoh




Akhirnya abis jgk kursus aku seminggu kat KL...Banyak benda baru yg aku belajar di SKF, mostly pasai bearing yg digunakan dlm industri di dunia ni..Begitu luas penggunaan bearing dan berbagai2 jenis bearing yg ada...sebelum ni aku hanya tau ball bearing jee..



Walaupon aku takde basic mechanical, mmg sebelum ni pon aku dari background electrical power..Job scope aku pon mmg berkaitan dgn electrical & instrument..So melalui kursus yg dihantar oleh company aku ni sedikit sebanyak memberi aku ruang utk belajar tentang mechanical..

Kursus pon best, tenaga pengajar pon berpengalaman luas dan byk membantu aku dlm kelas..Disamping dpt ilmu, aku dah berjaya menambah lg rakan2 yg turut sama berkursus..antara peserta kursus :
3 org dari Felda Vegetables Oil Plantation Lahad Datu Sabah
2 org dari Felda Vegetables Oil Plantation Kuantan.
2 org instructur dari UTM.
2 org dari Syarikat Prasarana Negara (Komuter, LRT, RapidKL)
3 org dari Melewar Steel Shah Alam.



Last day kursus, berpeluang pulak melawat Kilang SKF di Nilai..Alhamdulillah dpt bertemu didaratan dgn 9W2DGA (Din Mega) yg mmg bekerja di Kilang SKF tuu..Kat mana2 saja ada je rakan2 HAM ni..Kalau rajin mencari pasti berjumpa..Dlm kilang tak dibenarkan utk amik gambar, jadi tak dpt la nak tunjuk proses bagaimana bearing dibuat..start dari proses melarik, heat treatment (bearing dibakar pada suhu 860 deg C) utk menguatkan struktur besi, proses QC, hinggalah ke packaging...



No comments:

Post a Comment