Tuesday, May 18, 2010

Trauma..!!!!!!

Minggu lepas aku baru je baca blog 9W2ROT tentang TRAUMA ni, agak sukar utk aku fahami apa benda sebenarnya TRAUMA yang dicoretkan dlm blog beliau..Kalau korang nak tau apa dia, korang masuk la blog ROT dan baca --> http://9w2rot.blogspot.com/2010/05/trauma.html


Sehingga la pada 14 MAY 2010, jam 1310 Hrs, aku masa tu tgh drive kancil aku utk pi ke masjid menunaikan solat jumaat...Masa tu cuaca panas, x ujan dan aku drive pon tak laju, speed limit pon 60km/h je sepanjang jalan tu..bukan aku nak cepat tergesa2 nak kejar apa pon..cuma otw nak pi solat jumaat je..

Elok menghampiri Petronas Batu 17 Pantai Remis, ada satu hero naik moto yamaha 100 sport kaler merah kuar dari simpang kanan jalan nak melintas tanpa menghiraukan keta aku masa tuu, aku dah npk dari jauh dan aku tak "expected" dia akan terus lintas, kalau ikut peraturan jalanraya dia mesti kena stop dulu tengok kiri,kanan,kiri..kalau takde kenderaan baru lintas...

Ini tidak, betoi2 mcm ayam lintas jalan tuuu, terus dari kanan jalan melintas depan aku..apa lagik, aku sempat mengelak sikit ke kiri je laa, kalau aku buat emergency brek, dah tentu keta belakang hentam..Pastu berdentummmmm, kebaboo000ooo!!!!! moto tu terpelanting dan menghentam pintu belakang kancil aku...Keta aku tersasar ke bahu jalan berhampiran restoran mee kari udang lipan...Kebetulan dlm kedai makan tu, ada pulak member aku budak maybank pantai remis, Jaafar...5 minit lepas tuu, XYL aku pon sampai kat lokasi xciden dgn member2 opis..

Cina yg xcden dgn aku tuu, selamba je leh bangun terus pi kedai mee kari tuu, lepak sambil minum dan isap rokok lagik..Aku pi tanya dia, ada luka ke, cedera kat mana2 kee..dah dia pon tak pakai helmet masa xciden tuu...tapi dia leh wat relaks mcm takde apa2...Makcik kedai makan tu ckp cina ni mereng sket dan kepala selalu "stimmmm"..tu pasai kena xcden pon still boleh relaks isap rokok lagik..

Polis peronda yg sampai pon dah kenai sgt dgn cina ni, pasai dah byk kali xcden..terus pi panggil bapak dia kat rumah..polis siap dah tau rumah dia kt mana..huhuhu..

Apa pon aku rasa skg ni aku dah TRAUMA..TRAUMA..TRAUMA...terima kasih ROT, skrg aku dah paham apa itu TRAUMA...
Tapi aku tetap bersyukur kepada ALLAH swt yg masih memanjangkan umur aku dan memberi aku kesempatan utk menambahkan lagi amal ibadat aku untuk bekalan..Alhamdulillah....

Bahagian hadapan
Fender kanan


Koyakkkk..!!!
Pintu kanan
Pintu kanan


No comments:

Post a Comment