Monday, May 10, 2010

Beli RM100 guna RM10

Lama x post en3..ni aku C&P dari blog rakan jgk utk renungan aku sendiri yg mmg kadangkala kena tepat kat aku apa yg diperkatakan...huhuhu..


Pernah tak anda rasa tertipu bila beli barang RM100, tapi harga sebenarnya adalah RM10? Apa rasa? Nak marah, tak nak datang lagi kedai tu.....semua ada kan

Apa pula anda rasa bila beli barang yang harganya RM100 tapi gunanya hanya RM10 sahaja?

Contoh:

1. Beli kalkulator saintifik yang harganya RM50-RM100, tapi guna hanya RM10 untuk 'tambah, tolak, darab dan bahagi' sahaja

2. Beli HP harga RM500 tapi guna RM100, untuk 'telefon dan SMS sahaja'

Tiada masalah nak beli barang mahal, tapi pastikan guna sepadan dengan harganya. Beli RM100, pastikan guna RM100 ataupun lebih. Kalau kalkulator guna untuk '+ - x dan \' sahaja kalkulator harga RM10 pun sudah cukup. Kalau HP guna untuk 'call dan SMS' sahaja HP harga RM100 pun dah cukup.

Sama juga untuk barang-barang dan contoh lain. Beli barang harga mahal tidak mengapa, tetapi PASTIKAN GUNA SEPADAN DENGAN HARGANYA. Jika yang harga murah sudah memenuhi kreteria yang dikehendaki, mengapa perlu belanja lebih?

2 comments:

  1. salam,,,

    ye betul,,, betul,,, betul,,,
    kayuh beskal harga 1000 tak sama dgn harga 10000,,,
    tp berbaloi jika beskal 1000 bg asap kat beskal 10000,,,

    kayuh utk kesihatan,,,

    wakakakaka,,,

    ReplyDelete
  2. kalau beskal harga 1000 kayuh pun harga 1000...apa kes....hikhikhik...

    tapi kalau beskal harga 15000 kayuh harga 1000 lagi teruk.....kahkahkah.....

    ReplyDelete