Tuesday, January 31, 2012

Semarak Cinta Rasul






Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Wednesday, January 11, 2012

Happy Birthday - Mohamad Azim Hakimi @ 9 yrs

Hai semua,

Hari ni genap 9 tahun umur anak aku yang sulung.Semalam siap kol aku lagi kat opis bagi reminder pasal dia nye birthday.malam tadi aku wish kat dia tapi dah tdo.aku tak kira kejut gak dari tdo.siap marah-marah lagi sebab kaco dia tdo.hehehe..

Special greeting to azim :-

Semoga Allah panjangkan umur azim dan dapat beribadah kepadaNya
Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu
Azim adalah orang yang pertama penyeri hidup ibu dan ayah
Semoga azim berjaya di dunia dan akhirat dan cemerlang dalam segala bidang yang azim ceburi
Jadi anak yang baik , dengar cakap ibu dan ayah
Jangan tinggal solat dan sentiasa dilindungi olehNya.

Dan sentiasa berbaik-baik dengan adik beradik

Ayah, ibu , addina dan Iqbal love u so much.



ni jer gambar yang ada dalam laptop..nanti aku tempek gambar azim yang latest..( susah sbnrnya nak ambik gambar dia nie..tu yang x berapa ada sgt dlm simpanan )

Monday, January 2, 2012

MIFR 1 Jan 2012


2nd day - 1 jan 2012 (180km)

Pagi ni ujan lebat pulak..tapi kayuh tetap kayuh..mmg lebat ujan subuh tu, sampai dekat 8am tu masih ujan lagi..kayuhan bermula dalam ujan, tapi selepas simpang ke Penang Bridge tu tak ujan pulak, jalan pon kering..regroup semua cyclist sebelum start kayuh melintasi penang brigde sepanjang 13.5km kot kalau tak silap..sempat laa amik gambo dulu atas jambatan..marshall dah bising, tak bg stop atas jambatan tapi ramai jugak dok stop amik gambo..join laa sekali, apa ada hal..pastu aku dgn rizal kejar balik peloton depan..dapat jugak tangkap team aku kat simpang sebelum exit hiway ke bukit mertajam..syok dok dalam peloton orang tolong tarik..maintain 30km/h..



Pastu aku regroup plannya nak ride dlm 1 team, gilir2 buat kerja dalam peloton..last2 keon dah tercicir masa climbing flyover alagapas..tiba2 datang peloton team TV3, 9M2JEN dok buat kerja tarik peloton..aku terus join la..sedap dok dalam peloton tu, tak laju, tak slow..sesedap rasa la..JEN tarik sampai ke feeding point pertama di USM Nibong Tebal (60km)..Hebat la JEN skg ni, badan pon dah kurus..terkejut aku jumpa dia kat hotel vistana..dah lama betoi tak jumpa dia..last aku jumpa tahun lepas kot badan dia masih lagi "gemok"..tapi skg dah kurus sikit..matlamat dia dah hampir berjaya..all the best my fren..
Cikgu eimiza pon dah maintain kurus, kurus dari aku dan lebih power dari aku..dulu 1st time aku jumpa dia, berat mau cecah 70km..skg ni aku mmg bangga dengan dia..aku pakai jersi saiz M, dia pakai jersi saiz S..tu semua kesan dari berkayuh..

Dengan Cikgu Eimiza (9W2BGR)

Layan sorang2 je la..




Aku kena tinggal kat feeding point pertama ni..aku dok Q pi toilet, kuar2 peloton pertama dah jalan, team TV3 pon dah jalan..last2 jumpa zahrain kat main gate USM..terus loading beskal dalam support van, hantar ke feedpoint kat Lunas..dari Lunas terus ke Padang Serai - Jambatan Merdeka - Kepala Batas...regroup balik dgn team aku kat Kepala Batas..kayuh pon dah slow, tinggal aku, zahrain, keon, rizal..jam pon dah dekat kui 3pm..ramai cyclist yg dah singgah kedai2 makan di sepanjang laluan..mmg lapar dah time ni..ingatkan finishing kat juru autocity macam tahun lepas, rupanya takat R&R hiway pantai bersih je..legaaa aihh..

MIFR 31 Dec 2011


Day 1 - 31 Dec 2011 (80km)

Kali ni kayuhan MIFR yg sangat meletihkan bagi aku..dengan takde training & persediaan yg mencukupi, pendakian jalan tun sardon mmg aku rasa betoi2 satu penyeksaan..dengan kenderaan awam yg banyak sepanjang pendakian, kekadang sampai jem, kenderaan tak bergerak langsung..mmg menghancurkan rentak kayuhan aku yg makin lama makin slow..terus stop kat tepi bila tengok ramai yg dah stop kat divider..cuma kali ni ok sebab kaki tak krem, pelik laa pulak..Sampai je kat puncak tun sardon tu, xtvt wajib bergambar je la..air byk dah abis sbb sampai lambat..peloton pertama dah tibai air & pisang semua..yg tinggal semua pisang yg separuh masak..time aku sampai, peloton pertama dah start nak jalan..

Rizal 1st time join geng tolak basikal - basikal baru beli tuu spesel utk MIFR..


Time nak turun dari puncak aku dah kena tinggal dengan team aku..aku kuar dari toilet tengok team aku dah jalan..siot betoi tak tunggu aku..lepas tu shukri sampai, rantai dia putus..dok melilau cari jami nak repair rantai..mana nak ada, jami & team mekanik dia dah lama turun..tiba2 amirul bgtau zahrain call dia suh dtg amik kat bawah..uikss ada lagi rupanya geng aku yg tak sampai..so aku dengan shukri terus turun balik dgn van pi rescue zaharin dengan sorang member wirazone..pastu amirul dapat call dari khairil pulak, jatuh masa turun layan kona tun sardon..turun bukit tun sardon tu, aku pernah cecah dekat 60km/h..masa tu dok ingat syok je, tak pikir pon pasal safety..semenjak tahun lepas ada kes cyclist yg jatuh, berdarah2, aku dah jadi seriau nak turun laju2..

Terus inform ambulance, dan kitorg gerak pi rescue khairil..tgk dia boleh senyum lagi kira ok la..tapi lengan, siku tak bercalar abis..jersey dah koyak..lutut, badan dah calar2..basikal ok lagi, cuma seat je koyak..sementara paramedik dok bg rawatan sempat la aku snap gambo dia..utk kenangan birthday dia, mmg kebetulan la 31 Dec tu hari jadi dia..kira hadiah harijadi laa jatuh tun sardon..huhuhu..







Khairil in action

Kali ni tak lalu teluk bahang, batu feringgi..kali ni kayuh dari balik pulau tu pusing ke bayan lepas..lalu ikut umah mertua hanafe, umah mertua zainul..jalan yg dok buat dari bayan lepas ke balik pulau tu dah hampir siap..sesetengah tempat je masih dalam pembinaan..jalan jem terus sebab penuh dengan cyclist..

Regroup balik kat batu maung, kharil nak sambung kayuh..so aku decide takmau follow peloton, sebab khairil pon kayuh dah slow..tangan dah sengal2 laa tu..so aku maintain kayuh dgn dia je..tiba2 kat depan ada lagi cyclist yang jatuh..tak pasti jatuh camne, tgk dahi dah berdarah2..dari pantai seagate sampai ke hiway jelutong tu dok maintain dgn khairil, dia dah tak larat kayuh, asyik dok tanya aku jauh lagi ke.., aku maintain jawab "ayat semangat" je.."tak jauh dah, lagi 5km je" padahal aku pon tak tau baper jauh lagi..maybe dalam 15km lagi kot..dengan marshall takde tunggu kat trafik lite, mmg azab laa kayuh sendiri..

Jelajah Tahun Baru 2011/2012

Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah semlm dari penang..macam2 peristiwa berlaku dari awal perjalanan nak pegi sampai la hari kayuhan hari pertama..pagi jumaat tu aku awal lagi dah siap, sebab janji 9.30am sharp nak gerak..tunggu punya tunggu 11.00am baru start bergerak..sempat la aku bawak Iqbal balik umah mertua aku dulu, pastu mem besau hantar kat tepi jalan..tengkiu sesangat kat mem besau sebab memahami minat aku ni..aku amat2 menghargainya..Tengkiu sayang, I love U so much..

Pi lunch dulu pekena nasi ayam hainan sebelah balai polis simpang pastu baru pi solat jumaat kat masjid simpang..yang naik Van singgah solat kat masjid batu 8.
Sampai hotel vistana penang terus jumpa pak hamid amik bilik, jersi..malam nak pi makan kat nasi kandar kayu, tapi kena bawak turun basikal dulu sebab geng KL nak guna van tu pi beli air..so maghrib2 kena turun basikal tapi nak bwk masuk bilik manager hotel tak bagi pulak..nasib baik dia provided function room utk simpan basikal kitorang..

Awal pagi lagi dah bangun, solat subuh kat surau hotel, pastu tunggu lori sampai nak angkut air mineral berkotak2 dalam van ke dalam lori..kitorang nak guna van tu bawak basikal ke starting point..lori pulak lambat, last2 kitorang punggah je berkotak2 air mineral tu kat tepi jalan..loading terus basikal dan konvoi bergerak sekali sebab tak tau jalan nak ke taman perbandaran tu..last2 misscommunication, lead car bawak kitorang pi ke feeding point pertama kat puncak tun sardon..hahahaha..mmg lawak betoi..yang hairul pulak tertinggal kasut cycling dia kat surau, separuh jalan dah pun manager hotel tu call aku bagitau beg kasut tertinggal kat surau..kayuh dengan kasut futsal je la dia pagi tu..

Last2 mintak tolong matnor prai bwk van hantar kitorang pi starting point, tapi dah lewat la sampai separuh jalan nampak lead car marshall dah sampai dgn cyclist..so kitorang turun separuh jalan, set basikal terus join kayuh..jimat la kot dalam 5km dari starting point utk kayuhan hari pertama..

Ni gambo tgh dok try jersi baru malakoff kt hotel vistana, satu apartment 3 bilik tu kitorang dok 4 orang..aku, khairil, rizal & suraj (cameraman)...aiseh, semua dok komplen sekali saiz jersi dah lari laa ketat sket..maklum la dah lama x kayuh, esok 1st day & 2nd day kayuh kow2 punya, hari isnin muat laa nak pakai jersi ni..uhuhuhu..

Tarik nafasssss, tahaaaaannn...1,2,3..