Monday, January 2, 2012

Jelajah Tahun Baru 2011/2012

Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah semlm dari penang..macam2 peristiwa berlaku dari awal perjalanan nak pegi sampai la hari kayuhan hari pertama..pagi jumaat tu aku awal lagi dah siap, sebab janji 9.30am sharp nak gerak..tunggu punya tunggu 11.00am baru start bergerak..sempat la aku bawak Iqbal balik umah mertua aku dulu, pastu mem besau hantar kat tepi jalan..tengkiu sesangat kat mem besau sebab memahami minat aku ni..aku amat2 menghargainya..Tengkiu sayang, I love U so much..

Pi lunch dulu pekena nasi ayam hainan sebelah balai polis simpang pastu baru pi solat jumaat kat masjid simpang..yang naik Van singgah solat kat masjid batu 8.
Sampai hotel vistana penang terus jumpa pak hamid amik bilik, jersi..malam nak pi makan kat nasi kandar kayu, tapi kena bawak turun basikal dulu sebab geng KL nak guna van tu pi beli air..so maghrib2 kena turun basikal tapi nak bwk masuk bilik manager hotel tak bagi pulak..nasib baik dia provided function room utk simpan basikal kitorang..

Awal pagi lagi dah bangun, solat subuh kat surau hotel, pastu tunggu lori sampai nak angkut air mineral berkotak2 dalam van ke dalam lori..kitorang nak guna van tu bawak basikal ke starting point..lori pulak lambat, last2 kitorang punggah je berkotak2 air mineral tu kat tepi jalan..loading terus basikal dan konvoi bergerak sekali sebab tak tau jalan nak ke taman perbandaran tu..last2 misscommunication, lead car bawak kitorang pi ke feeding point pertama kat puncak tun sardon..hahahaha..mmg lawak betoi..yang hairul pulak tertinggal kasut cycling dia kat surau, separuh jalan dah pun manager hotel tu call aku bagitau beg kasut tertinggal kat surau..kayuh dengan kasut futsal je la dia pagi tu..

Last2 mintak tolong matnor prai bwk van hantar kitorang pi starting point, tapi dah lewat la sampai separuh jalan nampak lead car marshall dah sampai dgn cyclist..so kitorang turun separuh jalan, set basikal terus join kayuh..jimat la kot dalam 5km dari starting point utk kayuhan hari pertama..

Ni gambo tgh dok try jersi baru malakoff kt hotel vistana, satu apartment 3 bilik tu kitorang dok 4 orang..aku, khairil, rizal & suraj (cameraman)...aiseh, semua dok komplen sekali saiz jersi dah lari laa ketat sket..maklum la dah lama x kayuh, esok 1st day & 2nd day kayuh kow2 punya, hari isnin muat laa nak pakai jersi ni..uhuhuhu..

Tarik nafasssss, tahaaaaannn...1,2,3..

No comments:

Post a Comment