Wednesday, June 23, 2010

Staff Outing-Chiangmai Day 3

Hari ke 3 perjalan ke Doi Suthep Temple..Perjalanan agak jauh jugak, masuk jauh ke dlm kawasan hutan simpan kot..kiri kanan pokok kayu jati...perjalanan lebih kurang mcm naik cameron highland...Doi Suthep Temple ni terletak di atas gunung...Chiangmai dikelilingi oleh kawasan tanah tinggi...On the way naik ke puncak, nampak 3,4 org yg naik roadbike baru menuruni kawasan Doi Suthep ni..


Sampai di Doi Suthep, ujan la pulak..Utk sampai ke puncak atas, bas dah tak boleh naik..kena parking bawah..so dari situ kena naik kereta kabel atau pon naik tangga..Semua pilih utk naik kereta kabel, bayaran tiket tak pasti pulak berapa harganya sebab semua dah termasuk dlm pakej...Takde apa yg menarik pon atas tuu..cuma boleh tgk bandar Chiangmai keseluruhan jee..Sebiji rasa mcm dok atas puncak Bukit Bendera, tgk Pulau Pinang...hehehe...

Turun dari Doi Suthep, melalui tangga..Tak pasti berapa ratus anak tangga dari atas sampai ke bawah...Bawah tuu byk la jualan cenderamata yg boleh dibeli..Mostly sama jee, kat pasar malam pon jumpa yg itu jugak..

Next trip, ke Chiangmai Zoo...Masuk Zoo tu semata2 nak tgk Panda jee..Panda hadiah dari kerajaan China pada Thailand..Anak Panda tu pon baru je sambut besday yg ke 1,diberi nama "Ling Ping" (Gabungan nama China: Ling & Ping (nama sungai terbesar di Chiangmai,Mae Ping River)



Gajah yg berlakon dlm filem ong bak pon ada kat Zoo ni..Selain dari tgk binatang2 yg dlm sangkar tuu, ada jugak underwater world dlm zoo ni...tapi aku malas dah nak jalan pi ke water world tuu..jauh sgt dari perhentian bas zoo...Pusing Zoo naik bas tu pon amik masa 45 minit dari main entrance..Luas betoi kawasan Zoo ni,binatang2 ditempatkan dikawasan yg berjauhan mcm dari satu kampung ke satu kampung..selain dari bas yg disediakan oleh pihak Zoo, pengunjung boleh jgk naik "monorel"..Siap monorel dlm zoo, mcm kat KL pulak..


Balik dari zoo, terus ke Gem Gallery..apa yg dijual sama je mcm kat Phuket & Bangkok..Mula2 masuk tgk video tentang mcm mana Gem dihasilkan, pastu dibawa melawat kilang Gem dlm tuu..last sekali masa utk shopping segala mcm barang emas berlian..siapkan duit jee, kad kredit pon diterima...Harga bermula dari serendah RM100 hingga tertinggi lebih dari RM10,000...Customer service dlm tuu boleh cakap german, jepun dan lain2..senang nak berkomunikasi dgn customer..yg boleh cakap melayu pon ada, tapi sikit2 jee..Dulu masa pi Phuket & Bangkok takde beli apa2 pon kat Gem Galery ni,setakat window shopping je..tp kali ni beli jugak la sebagai hadiah utk XYL..Tahun 2010 ni Alhamdulillah murah rezeki..

Malam mcm biasa sebelum balik ke hotel, shopping lagiii kat Chiangmai Old Town walking street...

No comments:

Post a Comment