Monday, June 14, 2010

Staff Outing-Chiangmai Day 1


Percutian utk Malakoff Staff Outing tahun ni ada 2 pilihan, pakej ke Chiangmai/Chiangrai & pakej ke Club Med Cherating..Aku & family pilih utk ke Chiangmai, 5 hari 4 malam..Flight dari LCCT jam 0700am..Seawal jam 0300am dah bergerak ke LCCT, berkumpul & check in luggage jam 04.30am..Mujur Abg Jan sanggup tolong hantar kami ke LCCT pagi tuu..Thanks..!!!



Azim & Dina

Perjalanan ke Chiangmai 2jam 40min..Sampai je kat Chiangmai international airport, kena ejas time dulu sebab thailand lewat dari Malaysia 1 jam, kecik je pon airport dia, suhu direkod antara 37~39 deg C time aku pi ni..Tempat pertama sekali singgah ialah kedai makan utk breakfast, byk kedai makan muslim kat bandar chiangmai..nak makan mmg tak susah la..siapkan duit jee..Nasi beriani ayam baru RM3 (TB300), mee sup pon RM3..pagi tu aku makan satu famili, baru RM12.50, 50 sen tuu air sebotol..
Tapi nasi beriani dia tak berapa sedap berbanding nasi beriani yg aku makan kat Krabi..Harga masih sama, cuma ayam goreng kat Krabi tuu lebih garing dan masih panas sebab baru lepas goreng..Dah lapor punya pasai, makan je laa..Azim & Dina dah breakfast dgn spagetti atas flight..

Sedap kee..??
Breakfast timeee...

Lepas breakfast terus bergerak pusing2 chiangmai old town...pastu ke Royal Flora Garden, lebih kurang mcm taman bunga laa..Dlm taman ni ada rumah2 replika yg dibina oleh setiap negara dlm dunia ni termasuk Rumah Malaysia (rumah kampung) sebagai tribute kepada King Bhumibol Adulyadej..Mmg luas kawasannya, nak pusing pon naik shuttle train mcm kat zoo taiping tuu..Kalau nak jalan kaki, mau 1 hari baru abis..Ada 16 taman ASEAN, 6 European, 9 African..Time aku sampai, ada jambori MTB kt situ, patut la tgk ramai geng2 MTB baru abis kayuh, ramai pakai merida..igtkan dorang dtg beriadah kat taman tuu...


Royal Flora Garden-Main Entrance

Dinner kat Khantoke Old Chiangmai Culture Center..Sambil makan, sambil ada tarian kebudayaan thailand..Tomyam mmg dah jadi menu wajib bila sampai thailand..Lepas makan, ada persembahan bunga api pulak kat luar...
Khantoke Old Chiangmai Culture Center

Sebelum balik ke Empress Hotel, bas akan singgah dulu kat Chiangmai Night Market (pasar malam) utk cari2 souvenir nak bawak balik nnt..Panjang pasar malam ni lebih kurang mcm pasar mlm kat Batu Feringgi Penang jgk, penat laa berjalan..Kiri kanan jalan ada stall yg jual mcm2 barang, baju, kasut, fridge magnet, postcard..macammmm macammm ada...Balik dari pasar mlm, naik tuk tuk, RM4 je (TB40) utk 1 tuk tuk..

No comments:

Post a Comment